Selasa, 15 Oktober 2019

Agenda jahat memesongkan pemikiran pelajar sekolah, tajuk debat 'Islam tidak menghalang Homo***sual'

Apa nak jadi dengan Malaysia Baharu ni, makin menjadi-jadi kegilaan luar batasan untuk merosakkan jati diri anak muda dan generasi kita akan datang.

Persoalannya, bagaimana debat dengan tajuk yang boleh dikatakan keterlaluan diterjemahkan untuk didebatkan pula oleh pelajar sekolah, anggaran umur 13-15 tahun yang ramai mendengar hujahan debat itu.



Kegilaan apakah ini semua? Nak rosakkan iman orang Islam dengan strategi keji begini, mengapa pula pihak berkaitan boleh pula izinkan perdebatan seksual pula tu, mengucap panjang penulis.

Makin hilang akal sejak Pakatan Harapan memerintah.


Oleh Kamarul Yusoff

TAJUK DEBAT SBP YANG MEMESONGKAN AQIDAH: AGENDA SUPER LIBERAL MALAYSIA BARU?

Al-Qur’an adalah terpelihara dari segala kecacatan dan kekurangan sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Hijr Ayat 9 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur’an dan memeliharanya” dan sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Maidah Ayat 3 yang bermaksud “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

Soalnya sekarang ialah mengapa pihak penganjur Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di SDAR, Seremban, pada 11-13 Oktober 2019 masih mahu memaksa para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia, yang baru berusia 13 hingga 15 tahun, yang menyertai pertandingan debat ini menghujahkan mengenai kecacatan dan kekurangan Al-Qur’an serta memaksa mereka menulis semula Al-Qur’an dengan membuang kandungan tertentu yang tidak liberal?

Soalnya sekarang ialah mengapa Ketua-Ketua Juri beragama Islam, yang bernama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, boleh memutuskan perkara ini sebagai tajuk debat:
“Diberikan kebolehan untuk menulis semula Al-Qur’an, Rumah ini, sebagai sarjana-sarjana Islam moderat akan menerbitkan semula satu versi baru Al-Qur’an dengan membuang kandungan yang terdedah kepada tafsiran radikal.” (“Given the ability to rewrite the Qur’an, this House, as moderate Islamic scholars would republish a new version of Qur’an with contents vulnerable to radical misinterpretation removed.”)

Homoseksual pula adalah satu dosa dalam Islam sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Syu’ara’ Ayat 165-166 yang bermaksud "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!" dan sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Naml Ayat 55 yang bermaksud "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".


Soalnya sekarang ialah mengapa pihak penganjur Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di SDAR, Seremban, pada 11-13 Oktober 2019 masih mahu memaksa para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia, yang baru berusia 13 hingga 15 tahun, yang menyertai pertandingan debat ini menghujahkan bahawa homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam?

Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang menyatakan bahawa kedua-dua tajuk debat yang memaksa para pendebat menulis semula Al-Qur’an dan memaksa para pendebat menghujahkan bahawa homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam adalah membabitkan persoalan aqidah yang wajib dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Bahagian Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan, yang Pengarahnya bernama Aidie Jantan yang melakukan perasmian penutup pertandingan debat ini, sepatutnya membuat pemantauan yang rapi ke atas perjalanan pertandingan debat ini bagi memastikan sebarang agenda super liberal yang boleh menjejaskan keharmonian ummah dan negara tidak menyusup masuk.

Semoga akan ada tindakan tegas ke atas perkara ini oleh pihak berkuasa bagi memastikan Malaysia Baru tidak terus tercemar dengan agenda super liberal begini.

3 ulasan:

  1. Apa komen Bakal PM ke 8 ....?

    takkan senyap mcm setan bisu...!?

    BalasPadam
  2. Penganjur otak udang. Dalam keadaan rakyat beragama Islam menyuarakan Rasa tidak puas hati tentang pelbagai ISU yg babitkan umat Islam, mereka masih berani lagi membebaskan tajuk sedemikian. Tidak munasabah [email protected] tidak peka dgn isu2 sebegini melainkan ada satu kemungkinan stay alasan yg lebih munasabah iaitu kesilapan atau terlepas pandang yg disengajakan. Maaf jika agak kasar memberikan Komen tapi rasanya dlm situasi seperti ini, ia adalah suatu komen yg wajar.

    BalasPadam
  3. Ph adalah dap dan dap adalah ph.

    BalasPadam

[Panas] Mahu minum arak di tempat awam tiada halangan kata Exco D4P

Agak terkejut, bila kenyataan begini bakal menjadi satu persoalan, adakah arak itu sudah tidak kisah untuk dihalang meminumnya di tempat awa...