Rabu, 23 Oktober 2019

Akhirnya Maszlee jadi garang, sergah Ronnie Liu supaya jangan biadab dan kurang ajar

Akhirnya skrip yang sepatutnya terkeluar untuk merencahkan suasana drama hebat antara D4P dan Bersatu sudah nampak bayang-bayangnya.

Selama ini, Maszlee hanya berdiam diri, kalau nak buat kenyataan pun dia berhati-hati sebab dia sudah serik ditroll dengan teruk oleh nitizen akibat kenyataannya yang kerap ke laut.



Mungkin dia belajar dari kesilapan membawa idea kasut hitam tahun lepas, Meletup juga Maszlee akhirnya, semua kerana mulut Ronnie Liu yang begitu lancang mengerdik Mahathir sebagai Harimau kertas. Hina betul ungkapan itu wahai rakyat jelata.

Satu persatu pemimpin Bersatu meluahkan amarah sehingga skrip menguntungkan untuk PRK Tanjung Piai mungkin bakal berhasil. (akan diulaskan kemudian)

Skrip awal dimulakan D4P, disahut Armada, maka hari ini disedut pula skrip enak oleh Menteri Bersatu.

Kalau anda nampak itu adalah permainan, permainanlah ia, kalau anda lihat ia adalah perbalahan yang boleh meranapkan PH, maka itulah yang anda nampak.

Tetapi bagi penulis, sebenarnya memang berlaku perbalahan dalaman yang agak serius berlaku dalam Pakatan Harapan ketika ini.

Jadi pemimpin dan Menteri PH sedang menjalankan tugas ikut skrip supaya 'Demage Control' dapat dilakukan dengan halus.


'Tindakan Ronnie Liu biadap' - Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli

Tindakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu merendah-rendahkan parti komponen lain disifatkan sebagai biadap dan sangat tidak berasas.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut hanya akan membawa lebih banyak perpecahan dan membantutkan agenda reformasi yang sedang dilaksanakan Pakatan Harapan.

Malah, katanya, mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective responsibility”.


“Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara.

”Kedua perkara inilah yang membina negara kita,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook miliknya pada Rabu. - ASTRO AWANI

3 ulasan:

  1. KAH KAH MAZLE NI KEGEMAEAN RETIS WARDINA
    FUYOO BRANI NYER TENGKING RONIE LIU DAP
    ALAH BIASA LA TUHH ESOK MAZLE U TURN LA
    TELO ATOL DI CLAMPING TOPDOG MASIH KENA KUNCI


    KIKIKIKI..


    #formulaturunhargabarangBMFokey..!!


    BalasPadam
  2. HARIMAU KERTAS GELARAN DI BERI
    PEDIH ATI CAP BUNGA ATOK DIMAKI
    FUYOO MACAI BERSATU NAK LANGGAR DAP
    SKALI TOKONG TENGKING BEDESUP TELO ATOK MENARI



    KIIKIKIKIKI...


    #formulaturunbarangBMFokey..!!

    BalasPadam
  3. Pengundi Tg Piai jgn tertipu ya. Bersatu dan dap tetap tido sebantal dan mimpi bersama. Bak kata rapiji, saper suruh caya? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜Š

    BalasPadam

[Gempar] Hidung Tun M berdarah, sidang media diberhentikan serta merta

KUALA LUMPUR, Nov 19 — Sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada pagi ini dihentikan serta-merta apabila hidung beliau mula berdarah...