Jumaat, 18 Oktober 2019

[Bakal PM] Berterus terang jangan buat Anwar tertunggu-tunggu menjadi PM ke 8 kata MP Klang

Tidak habis lagi cerita penyerahan kuasa Perdana Menteri yang dijangka akan berlaku pada Mei 2020, Anwar Ibrahim dengan yakin mengatakan, peralihan kuasa ini sudah ditandatangani pada awal tahun 2018 lagi, ada kertas putih, ada janji katanya.

Malah Wan Azizah juga tidak mahu pening kepala, katanya memang sudah perjanjian kata putus untuk suaminya menjadi Perdana Menteri, tidak perlu diungkitkan lagi.


Dikalangan pemerhati menjangkakan Mahathir belum mengatakan dengan jujur bila akan diberikan jawatan paling hangat itu, malah dijangkakan sukar untuk Anwar mendapat dengan jalan yang mudah, mungkin berliku, mungkin perang saudara dalaman Pakatan Harapan, mungkin terbubar Parlimen ataupun Mahathir beri jawatan itu kepada orang lain.

Siapa tahu, ini adalah politik, kemenangan Pakatan Harapan pun kerana tidak sengaja, kemenangan pakatan mereka adalah kerana kerja gila Mahathir, ramai terpengaruh sebab nak sangat Mahathir jadi Perdana Menteri kembali, ramai terpengaruh propaganda bencikan Najib.

Akhirnya bila sudah berkuasa, rakyat mula melihat realiti sebenar dan makna #rinduzamantun yang digembar gemburkan. Keperitan maksimum untuk rakyat merasainya.


Isu peralihan kuasa: Mahathir perlu berterus terang, kata MP Klang 

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang sering-kali memberi jawapan yang menimbulkan lebih banyak soalan berhubung penyerahan kuasanya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Katanya, Mahathir perlu memberikan jawapan secara berterus terang dengan jelas.

"Kenapa dia tidak memberi jawapan konkrit kepada wartawan yang bertanya mengenai kemungkinan pembangkang membentuk kerajaan baru dengan Bersatu, tetapi menjawab 'mereka boleh cuba'," kata Charles dalam satu kenyataan hari ini.


"Mahathir seharusnya berusaha keras untuk menyampaikan mesej bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan terus kekal, dan dia tidak mempunyai niat untuk meninggalkan rakan-rakannya.


9 ulasan:

  1. KALAU TUN MASIH ADA MARUAH..!!

    Nampaknya benteng terakhir orang melayu adalah Tun. Sekiranya Tun tumbang maka hilanglah kuasa orang melayu secara tak langsung.

    Kit Siang dilihat benar benar sukar untuk menjinakkan Tun. Tidak seperti pemimpin melayu lain yang kadangkala kelihatan berpelukan dengan pemimpin dap walaupun macam bermusuh.

    Tetapi Tun di lihat agak stabil mentalnya. Beliau tidak berpelukan dengan sesiapa walaupun dalam keadaan tergugat mahupun dalam keadaan gembira.

    Sebaliknya seorang taikun pernah tabik spring kepada beliau selepas memenangi pilihanraya.

    Tugas terakhir Tun sebagai perdana menteri adalah perlu memastikan kuasa tidak jatuh kepada pemimpin yang mudah tunduk kepada DAP

    Tugas ini agak mencabar kerana Tun duduk dikalangan mereka yang mesra dap dan hampir kesemua mereka pernah termakan budi dengan dap di zaman mereka susah dahulu.

    Dap agak merbahaya kepada orang melayu kerana mereka bijak dalam memelihara orang melayu yang begitu bencikan bangsa melayu itu sendiri.

    Sebenarnya orang melayu masih belum sedar... Mereka diulit dengan terlalu banyak hiburan.

    Orang melayu sukakan nyanyian maka lahirlah perbagai rancangan yang berbentuk nyanyian seperti gegar vaganza.

    Orang melayu suka memperlecehkan orang sambil ketawa maka keluarlah rancangan yang dinamakan maharaja lawak.

    Drama drama melayu juga sengaja disiarkan diwaktu maghrib bagi melalaikan orang melayu.

    Namun orang melayu masih belum sedar.

    Orang melayu di lalikan dengan banyak perkara iaitu hiburan dan juga politik.

    Orang melayu berpolitik bukan untuk menambah kebaikan tetapi memecahbelahkan.

    Ini tidak berlaku kepada dap... Dap berpolitik untuk menguatkan cengkaman kaum mereka.

    Tapi orang melayu masih belum sedar...

    Bukanlah nak mengata tetapi memang nampak jelas dan nyata apabila berkait rapat dengan melayu semua pemimpin didalam PH agak berhati hati dalam mengeluarkan statement.

    Tetapi apabila berkaitan dengan bangsa lain mereka akan cepat dan pantas mempertahankan walaupun ia membabitkan kes jenayah.

    Ini benar benar mendatangkan syak wasangka di mana kita boleh membuat andaian bahawa orang melayu tidak selamat dibawah pakatan harapan.

    Orang melayu ramai yang menjadi pelakon dan penyanyi... Lebih ramai artis maka lebih ramailah yang menjadi ejen perosak kepada masyarakat melayu.

    Malah anak anak kecil juga lebih cepat belajar menyanyi dari mengaji.
    Mungkin ada yang bertanya apakah jalan penyelesaian kepada masalah umat melayu ini?

    Jawapannya ialah... Tiada penyelesaian.

    Umat melayu hanya menunggu mati sahaja

    BalasPadam
  2. Semua ni hanyalah propaganda politik sahaja. Hakikatnya adalah sebaliknya.. BN pun ada MCA,MIC, ni pn bukan Melayu kn. Pikir2 kn lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang masih tak faham,cukup pendek akai.

      Padam
    2. Ya bn ada mca & mic.. Tp kena perlu ingat mca bukan mudah nk bg undi pada bn.. Sbb parti mca & mic hnya parti yg duduk bersandar pada bn.. Parti dap parti yg teguh berdiri sama level bn,umno,pas,pkr,ph..walaupun parti berbeza tetapi mereka tetap tlg sesama.. Berbeza dngan melayu.. Kerana berbeza parti sanggup memaki hamun ulamak, putus saudara, putus sahabat.. Melayu berpecah bnyak cabang..

      Padam
  3. Klu Melayu masih kontrol ok.. klu melayu di kontrol oleh kaum lain buat aoa dan melayu dlm PH suma haprak akidah iman dan pliralisma murtad lgbt COMANGO toksik gang marina gereja jadi sandaran suma di haprakkan...

    BalasPadam
  4. Dalam ph tu semua menteri menterinya gila kuasa mereka ada ajinda masingx baik menteri melayu, cina mahupun india

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayuh Melayu bankit bersatu kita akan berjaya.

      Padam
  5. bagi umnopas...dia merasakan dirinya terancam...umno bila terancam baru sebut melayu perlu bersatu... bila berkuasa habis dikokotnya harta negara...boleh dikatakan setiap cawangan dan bahagian terima duit rompakan negara...bila dah kalah...tabur fitnah hasut rakyat benci kerajaan sekarang supaya ekonomi negara disabotaj....bila kucar kacir katakan kerajaan sekarang lemah...mujo rakyat faham situasi sebenar...

    BalasPadam
  6. Kemaruk dah tu sebab? Sebab mandat ni je dia dapat merasa jadi PM ,lepas ni tak akan merasa dah sampai kiamat ph ni.

    BalasPadam

[Gempar] Hidung Tun M berdarah, sidang media diberhentikan serta merta

KUALA LUMPUR, Nov 19 — Sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada pagi ini dihentikan serta-merta apabila hidung beliau mula berdarah...