Jumaat, 18 Oktober 2019

Bila 'kiasu' biadab dengan Naib Canselor UM, mana pergi telur parti PPBM? Dah kena picit agaknya

Ingat lagi tanggal 6 Oktober 2019 lepas, berlangsungnya Kongres Maruah Melayu, Mahathir memberi amanat, tetapi amanat Perdana Menteri hanyalah membazir air liur sahaja.

Berapi-rapi ayat untuk Melayu, Siti Norhaliza siap menyanyikan lagu "Anak kecil main Api".

Bangga hadirin, ada yang menitis air mata, bangga sebab Kongres dihadiri oleh Pemimpin Umno dan Pas.


Namun, apa gunanya Kongres Maruah Melayu, tetapi apabila selepas Kongres itu, Melayu makin teruk ditekan.

Bila berkata Tanah ini adalah Tanah Melayu, Pendatang hanyalah menumpang, maka hiruk pikuk jadinya terutama D4P,

“Justeru, kami menuntut semua pemimpin politik yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman semasa Kongres Maruah Melayu meminta maaf kepada semua warga Malaysia. Malaysikini

Tanah Melayu bila kita sebagai Melayu bercakap atas dasar realiti, mereka kata rasis, tetapi mereka terang-terang memperjuangkan bahasa mandarin, tidak menghormati bahasa Melayu, malah mereka lebih rasis, tetapi itu dipanggil hak bersuara.

Ini masalahnya bila Melayu hanya berdegar-degar sembang berapi sahaja, tetapi bachul, kecut, diam, malah membisu sahaja bila anak kiasu bernama Wong Yan Ke bersikap kurang ajar dan biadab di Majlis Konvokesyen UM

Dia berani kerana dia tahu, Melayu semua pengecut, adakah benar?


GRADUAN yang mencetuskan kontroversi melakukan protes ketika Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Kali Ke-59, Isnin lalu, mahu Naib Canselor universiti itu berdepan dengannya untuk ‘berdamai’.

Wong Yan Ke, 23, yang didekati pemberita sebaik dikesan berlegar di hadapan Canseleri UM berkata, dia masih menunggu jawapan daripada Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk berjumpa dengannya bagi tujuan rundingan damai itu.

“Pada saya, beliau sepatutnya berdepan dengan saya, bukannya berdiri di belakang persatuan atau sebagainya, malah menyorok selepas laporan polis dibuat.

“Sebelum ini pun, saya pernah beberapa kali menghantar surat dan memorandum berkenaan isu lain membabitkan mahasiswa tetapi beliau tidak pernah memberikan maklum balas,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan meminta maaf kepada Abdul Rahim atas tindakannya, Yan Ke berkata, perkara itu akan hanya dilakukan sekiranya Naib Canselor itu terlebih dulu meminta maaf atas kenyataan beliau yang dianggapnya sebagai perkauman. Harian Metro

Sudahnya kita Melayu kena melutut pula dengan dia kerana dia rasa dia besar, kita masih diam, senyap menikus.

1 ulasan:

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...