Khamis, 10 Oktober 2019

Curi bilion-bilion dapat Tan Sri, Tun kata Anwar Ibrahim, dia nak tujukan kepada siapa sebenarnya?

Anwar Ibrahim, bila berbicara berkenaan keadilan, boleh terlopong siapa mendengarnya, malah bibit-bibit ayatnya membolehkan siapa sahaja mendengar, pasti terpesona, khayal dan ada yang tergigit lidah. Hebat bukan?



Gambar - MalaysiaGazette

Tetapi, partinya sudah berkuasa, makna keadilan itu baik dia simpan dalam jamban sahaja, lihat sahaja apa berlaku masa sekarang, sistem membalas dendam sedang berjalan dengan jayanya, penguasa sedang menjalankan undang-undang rimba, mana suara kamu Anwar Ibrahim?


Isu arwah Adib, isu anak Menteri kantoi ganja, isu pegawai Menteri skodeng skirt amoi dan banyak lagi kes berkenaan pemimpin PH, nampak gayanya undang-udang memihak kepada mereka sahaja. Ramai memerhati dengan penuh amarah sebenarnya sekarang ini.

Paling ketara adalah isu video semburit Azmin, sampai sekarang tiada apa tindakan, sedangkan pelakunya dah mengaku, malah video itu pun disahkan tulen. Undang-undang apa PH guna agaknya?

Anwar Ibrahim dalam Seminar APEX di Hotel Pullman, Bangsar

“Saya lihat dalam penjara semua penderitaan, tak semua bersalah. Saya masih ingat ketika nak berjumpa peguam, saya ternampak seorang pemuda.


“Saya tanya penjaga, anak ini curi apa? Tidak saya bukan polis, saya bukan hakim, saya nak tahu.

“Saya (pemuda) curi jeans dekat pasaraya. Berapa lama duduk dalam penjara? Enam bulan. Kenapa lama sangat? Reman nak tunggu majistret bagi tarikh.

“Awak curi satu jeans, awak duduk enam bulan di penjara. Awak curi bilion, awak dapat Tan Sri atau Tun,”

3 ulasan:

  1. Nuar xblh bt ape.. Dia xde jawatan dlm kabinet.. Kene tanye madey ape yg dia dh buat... Tunggu nuar jdi PM bru kita blh nilaikan dia...mgkin sbb tu jgk madey takut lepaskan jawatan kt dia...

    BalasPadam
  2. Kita lihat dulu sebab sekarang cerita pun tak guna

    BalasPadam
  3. Kita harus tahu setiap yang jadi pm kita masing masing ada kelebihan kita tunggu dan lihat bila sampai waktu nya

    BalasPadam

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...