Jumaat, 25 Oktober 2019

Dengan nada tegas dari saya, 'bebas atau dakwa segera' tahanan SOSMA sebelum Deepavali kata MP Batu Kawan

Hebat, hebat dan sangat hebat, sehingga undang-undang yang sangat ketat seperti SOSMA perlu disergah sebegini rupa oleh MP D4P Batu Kawan. Terkedu juga bila dengan nada tegas supaya pihak Polis mendengar kata-kata dia.

Mungkin D4P ini ingat, segala apa bentuk undang-undang kena minta izin dari mereka rasanya, ingat negara ini bapak kamu yang punya ke?




Suka-suka sahaja nak suruh bebas, dakwa, siap beri masa lagi, sebelum Deepavali lagi, katalah pihak Polis tidak mahu mendengar kata MP kiasu ni, apa dia nak buat?

Banyak hal sudah D4P sudah buat sekarang ini, macam-macam mereka cuba lakukan sampai dah rasa D4P ini bukanlah komponen kerajaan, mereka sedang menyerang kempimpinan Mahathir dengan cara yang tidak disorok-sorok lagi.

Kepada ARMADA, Pemimpin PPBM, apa lagi,balun cukup-cukuplah minachi ni, kalau dengan Ronnie Liu boleh jadi garang bak beruang, kali ini luahkan emosi yang ganas bak halilintar supaya D4P gerun sikit, itupun kalau D4P gerun lah.

Pakatan Harapan menuju kehancuran. Tak sabar tunggu nak bubar Parlimen.


'Bebaskan atau dakwa tahanan Sosma sebelum Deepavali'

Dua hari menjelang Deepavali, wakil rakyat DAP Kasthuri Patto menggesa polis sama ada mendakwa atau membebaskan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Jelas Ahli Parlimen Batu Kawan itu, "tahan dulu, siasat kemudian" adalah pendekatan yang menindas yang pernah digunakan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu sebelum akta itu dihapuskan pada 2012.

“[...] Rayuan saya kepada kerajaan, dakwalah mereka di mahkamah atau lepaskanlah mereka sebelum Deepavali.


“[...] Ada undang-undang jenayah dan akta yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka. Tapi untuk gunakan Sosma ke atas mereka, itu tak dapat diterima, ia melanggar hak asasi dan kebebasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Daripada 12 yang ditahan di bawah Sosma itu, empat daripanya adalah ahli DAP. Malaysiakini


3 ulasan:

  1. MAHATHIR, ANWAR SEDANG BERGADUH, JANGAN LIBATKAN DIRI – SEDIAKAN POP CORN TAMBAH DAN TEPUK BIAR PADU

    Mahathir sedang bergaduh dengan Anwar dalam PH. Penyatuan Ummah tidak perlu sokong mana2 di antara kedua mereka ini.

    Mereka pun bukan mahu tolong Melayu dan Islam, mereka hanya mahu sokongan Melayu dan Islam bila mereka susah.

    Bila mereka habis bergaduh dan senang, mereka mahu hancurkan parti Melayu dan Islam akidah dan iman pula. Pluralisma murtad, SYIAH kafir, COMANGO toksik, lgbt, gay jadi ajaran puak PH

    Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja.

    Menteri Besar Selangor yang merupakan anak didik Azmin sendiripun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti.

    Begitu juga Brother Anwar Bin [email protected] B.A.B.I Paling ketara adalah isu video semburit Azmin, sampai sekarang tiada apa tindakan, sedangkan pelakunya dah mengaku, malah video itu pun disahkan tulen. Undang-undang apa PH guna agaknya?

    Pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita. Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

    Takkan masih tidak tahu lagi perangai Mahathir dan Anwar?

    MANA PERGI ADUN SAMSENG 'BELIAU' YB ATO AWAK YB
    PEMUDA BERSATU MELAKA DAH BAKAR BENDERA DAP
    WALAYEY INI KALI BETUL2 ATAU SAJA NAK GELI2
    APA2 PUN POPCORN TAMBAH TEPUK KASI PADU KALI INI

    Perdana Menteri Malaysia yang kini terlalu lemah dan serabut bagai mandi tak basah, tidur tidak lena. Jadual pembedahan tukar baterinya yang terpaksa ditangguh dari September ke November atau Disember. Kesihatan Tun Hasmah yang semakin meruncing, mimpi ngeri anak-anaknya bakal dipenjara sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri, gelabah cemas & terdesak

    Dan tidak serik lagi serta masih menaruh harapan kepada mereka?

    Mahathir yang dahulu bukan lagi Mahathir sekarang. Mahathir kini terlalu lemah dan tidak bermaya.

    Tidak ada tokoh lain mampu menyaingi kejahatan dan munafik Mahathir bab ini, beliau bisa membunuh semua rakan rapat yang pernah menolongnya, namun beliau juga mampu menebalkan muka berkerjasama dengan seteru politiknya, demi kuasa.

    Selepas Kongres Maruah Mahathir, bak kata Anwar, Mahathir bagai mempunyai semangat baru dengan oksigen yang beliau fikir bakal diperolehi daripada UMNO dan PAS. Realiti sebenarnya, Mahathir hanya cuba memujuk diri sendiri setelah kecewa dengan kegagalan cucu Dato Onn membawa 30 kerusi dari UMNO.

    Apa yang segar dalam ingatan rakyat Malaysia kini hanyalah pengalaman pahit 17 bulan yang sangat memeritkan Di bawah pemerintahan pemimpin Melayu yang bertuankan DAP.

    Pengalaman ditipu dengan 60 janji palsu, pemberian Najib yang dirampas satu persatu, penghinaan dan penafian hak Islam, Melayu, bahasa dan Raja-raja yang diinjak-injak semasa beliau mengepalai kerajaan hari ini.

    Kita mahu membentuk kerajaan dengan cara bermaruah iaitu dengan memenangi pilihan raya. Bukan dengan jalan belakang umpama peminta sedekah.

    Bagi memastikan anak-anaknya boleh meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang ancaman dan kebarangkalian menjadi mangsa balas dendam musuh politik Tun.

    Sebagai seorang yang berhati kering dan banyak menindas musuh politiknya, Mahathir perlu memastikan bahawa pengganti beliau tidak mempunyai sifat pendendam dan sedia memaafkan apa yang beliau pernah lakukan.

    Sifat ini juga, hanya boleh Mahathir perolehi daripada insan yang rancak beliau fitnah jijik dan hina serta di keji sebagai pencuri dan perompak 1MDB.

    Sebagai seorang Negarawan, Mahathir, sudah pasti mahu kematianya ditangisi rakyat terbanyak dan jasanya dikenang sepanjang zaman.

    Sekiranya tak berubah perangai maka beliau bakal dilebel sebagai Perdana Menteri Pertama yang “KEMATIANNYA DISYUKURI RAKYAT”.

    #formulaturunhargabarang=BMFokey..!!

    BalasPadam
  2. "tahan dulu baru siasat" ???? ank patto ni ckp dulu baru pikir. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



    BalasPadam
  3. terlebih sudu dari pada kuah

    BalasPadam

[Panas] Mahu minum arak di tempat awam tiada halangan kata Exco D4P

Agak terkejut, bila kenyataan begini bakal menjadi satu persoalan, adakah arak itu sudah tidak kisah untuk dihalang meminumnya di tempat awa...