Rabu, 30 Oktober 2019

D*P disahkan tiada kaitan dengan pertubuhan L*T* kata Muhyiddin, ramai lega dengan berita ini

Maaf penulis terpaksa menulis dengan perkataan ala budak wechat, ini kerana ada perkataan yang sekiranya kita tulis secara 'detail', pihak ehem-ehem cepat sahaja mengambil tindakan, terutama kepada pemilik Faceb88k yang share atau menulis perkataan tersebut.

Inilah yang dikatakan hebatnya Malaysia Baharu, hak bersuara semakin nikmat dan adil. Ramai memuji kerana cara begini menunjukkan Malaysia sedang dalam ke arah negara maju yang rakyatnya boleh meluahkan kritikan kepada kerajaan ataupun kepada pembangkang.


Inilah cara hak bersuara cara Pakatan Harapan. Moga kerajaan ini akan kekal selamanya, muah.

Maaf penulis terpaksa memuji, kalau tidak puji nanti macam-macam pula kena (hampeh).

Berbalik ceritera tajuk diatas, akhirnya sudah dibuktikan bahawasanya, parti D8P tiada kaitan langsung dengan L*T*. Harap semua puas hati ya.

Nanti cakap lebih-lebih kena pula, almaklumlah Malaysia Baharu. Segala apa sahaja, kena puji, mana boleh kritik, gila kalau kritik, tak dapat pahala (ayat dari Mahacai)

Muhyiddin sahkan D8P tiada kaitan dengan L^^E

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengesahkan D^P, komponen Pakatan Harapan, tidak terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (L^^E) meskipun dua daripada Adunnya telah didakwa mahkamah pagi tadi.

Bercakap di Parlimen hari ini beliau berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

“Sebagai parti, D^P tidak terbabit, yang diambil tindakan adalah individu tertentu. Itu undang-undang bukan soal organisasi politik,” kata beliau yang juga presiden PPBM, satu lagi komponen PH.

Muhyiddin berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. FMT

1 ulasan:

  1. Tiada kena mengena dgn LATTE okey...tapi yg dah kena charged bawah sosma ada hati nak out on bail Loya depa belajaq tak katam kot??

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...