Dalam kalangan ahli politik Jepun, jika seseorang malu, menyesal dan ingin mohon maaf atas kesalahan atau kelakuan tidak bermoral, cara 'tebus dosa' adalah dengan tindakan bunuh diri atau hara-kiri.
Menteri Perdagangan yang baru sebulan dilantik; Isshu Suguwara, belum berani hunus pedang Samurai, cukup setakat membunuh karier politik peribadi buat sementara.
Sugawara setakat meletak jawatan setelah dituduh memberi hadiah barangan mahal kepada penyokongnya di kalangan pengundi Tokyo kerana tidak mahu menjadi beban kepada kabinet Perdana Menteri Abe Shinzo.
Sugawara di lantik Abe pada bulan September untuk mengetuai delegasi Jepun berdepan dengan Korea Selatan bagi melerai kemelut 'perang perdagangan' kedua-dua negara Asia Timur ini.
Seorang waris penyokongnya didakwa menerima 20,000 Yen (RM730) sebagai wang 'khairat’ yang lebih dikenali sebagai 'duit colok’ atau incense money.
Perlembagaan Jepun menghalang ahli politik memberi sebarang habuan yang dianggap sogokan kepada pengundi di kawasan pilihan raya masing-masing.
Bukti turut didedahkan dalam bentuk surat 'terima kasih’ yang diterima Sugawara dari penerima 'hadiah’.
Jangan terkejut, Menteri di Jepun yang letak jawatan, bukan di Malaysia
Astro Awani
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar
Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Perkara i...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen