Rabu, 23 Oktober 2019

Kisah gaduh-gaduh ikut skrip sempena PRK Tanjung Piai oleh D4P dan Bersatu terbongkar

Pada awal-awal perbalahan antara Bersatu dan D4P kerana mulut Ronnie Liu, bila diamati jalan cerita kedua parti ini, rupa-rupanya ada bersebab, sebab untuk menarik kembali undi orang Melayu di Tanjung Piai.

Kononnya mereka iaitu pemimpin bersatu nampak punyalah hebat membelasah D4P sehingga nampak D4P kecut perut.


Sebab terbongkarnya skrip drama ini, selepas pemimpin Bersatu membalun sampai tercabut gigi palsunya, tidak ada seorang pun dari pemimpin D4P bersuara. Nampak?

Wayang opera ini nampaknya kantoi terlalu awal. D4P pun satu, lakonan tak serius.

JAWAPAN BALAS PEMIMPIN BERSATU TERHADAP RONNIE LIU

Ramai juga nampaknya pemimpin BERSATU yang menghentam Ronnie Liu.

Berikut disertakan kenyataan-kenyataan mereka yang sempat saya catatkan.

KENYATAAN DI DALAM FACEBOOK:

Abu Bakar Yahya Aby, Ahli MPT BERSATU:”Saya nak bagi tahu kpd Ronnie Liu. Tanpa Tun Dr Mahathir serta Bersatu Pakatan Harapan tidak blh membentuk kerajaan. Awak bercakap secara peribadi atau mewakili parti DAP? Jangan buat kenyataan biadap dan tidak menghormati keputusan rakyat.”

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=557361128141838&id=100016038673363

Dr. Faiz Na'aman, Ahli MPT BERSATU: “Saya mengutuk keras kenyataan Ronnie Liu... Saya ingatkan kepada Ronnie Liu, sudahlah bermulut celupar dan kurang ajar... Jangan sombong dengan penuh egois anda hendak menghalau parti yang menjadi kepercayaan orang Melayu Islam... Ini kamu semua nak halau BERSATU keluar daripada PH ni siapa kamu, kamu dah cukup kuatkah?”

Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=fRpoWyGd0Z0

Tariq Ismail, Ahli MPT BERSATU: "Kalau Pemimpin DAP bantai Bersatu atau Tun - Freedom of Speech. Kalau seorang pertikaikan Perlembagaan/Rukun Negara - Freedom of Speech. Kalau Pemimpin Bersatu bantai Pemimpin DAP - DNA UMNO atau Rasis. Kalau Pemimpin Bersatu pertahankan Perlembagaan Persekutuan/Rukun Negara - DNA UMNO atau Rasis. Kepala Otak Kau lah."

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10162377745895641&id=709440640

Ulya Aqamah, Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia: “Kenyataan angkuh Ronnie Liu yang mengatakan PH akan tetap berjaya tanpa BERSATU adalah satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab... Segala keputusan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah hasil keputusan konsensus bersama dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Maka konsep tanggungjawab bersama terpakai dan kesemua menteri dari BERSATU, PKR, AMANAH dan juga DAP bertanggungjawab atas semua dasar dan arah tuju negara... Sebaiknya YB fokus menjadi ADUN, jangan jolok sarang tebuan. Sesungguhnya Ahli ARMADA BERSATU tidak akan teragak-agak mempertahankan parti keramat ini.”

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219246596569050&id=1033153366

Ashraf Mustaqim, EXCO ARMADA BERSATU Malaysia: Ronnie Liu watak 'badut' yang tak sedar diri macam peranan besar sangat bantu kemenangan PH! Kalau tak sebab takdir Allah SWT utamanya, yang diterjemahkan pula atas pengalaman, pengaruh dan jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad selama ini ke atas rakyat, dah berapa lama 'lu' 'try'... sebelum ini jangan harap. Tu pun kena ingat, 'SWING' bukan banyak sangat KITA pun... jadi fokuslah dekat perkara utama bantu masyarakat... bukan buat kenyataan bodoh... mungkin tempohari SUPERMAN BODOH... ni BATMAN BODOH...”

Rujukan: https://www.facebook.com/100014615234652/posts/695788234251678/

Muzzammil Ismail, EXCO ARMADA BERSATU Malaysia: “PH tidak perlukan sampah seperti Ronnie Liu.”

Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3101061796577785&id=100000219859504

KENYATAAN DI DALAM PORTAL BERITA:

Abu Bakar Yahya Aby, Ahli MPT BERSATU: “Tindakan Ronnie membuat mempersoalkan kedudukan Bersatu serta Tun Dr Mahathir Mohamad adalah biadap selain melampaui pendirian pimpinan tertinggi PH... Jangan lupa bahawa tanpa Dr Mahathir, PH mungkin tidak berpeluang untuk membentuk kerajaan pada hari ini, itu faktanya... Saya meminta kepimpinan DAP supaya lebih ‘prihatin’ berhubung tindakan Ronnie itu dan mengambil langkah yang sewajarnya.”

Rujukan: https://www.themalayapost.my/persoal-pendirian-tun-m-kedud…/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah Pakatan Harapan terbenam teruk di Tanjung Piai akibat sabotaj dari D4P dan PKR?

Ramai penganalisis politik agak terkejut dengan kemenangan paling hebat oleh Barisan Nasional menumbangkan Pakatan Harapan di Tanjung Piai, ...