Khamis, 24 Oktober 2019

[Kisah gaduh-gaduh] Kali ini kenyataan paling keras dari Bersatu, D4P masih diam membisu

Ingatkan gaduh-gaduh ikut skrip ini sudah berakhir dengan Ronnie Liu minta maaf atau dihukum oleh D4P, namun Bersatu tidak beri peluang, bantai, tetap bantai, lepaskan geram tanpa mengira kisah keluarga dalam Pakatan Harapan yang semakin retak menanti belah (Drama sahaja).

Namun sejak dari semalam, tiada kenyataan balas dari pemimpin D4P yang cuba bersetuju dengan kenyataan Ronnie Liu, kenyataan menghina Tun Mahathir kali ini cukup makan dalam, 'Harimau Kertas', pedih kalau penghinaan itu diberikan kepada orang yang dianggap pemimpin ulung puak Bersatu (ulunglah sangat).




Mungkin D4P bagi lemak berkrim dahulu kepada pemimpin Bersatu untuk melepaskan geram, biarkan skrip-skrip yang dikira macam gempak gila pergaduhan ini berpanjangan sampai PRK Tanjung Piai. Mana tahu, ini semuanya politik, politik itu adalah seni, seni jahat dan seni alih tumpuan dan juga seni jahat yang tidak boleh dibawa bincang.

Kita lihat dan saksikan sahaja drama-drama ini, cuma penulis agak mungkin ada sesuatu bakal berlaku dalam Pakatan Harapan. Jangan lupa beli popcorn banyak-banyak ya.
Kenyataan Ronnie umpama isytihar perang kepada Bersatu

Kenyataan Ronnie Liu yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan lebih kuat walaupun tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad mengejar model parti dominan Melayu ala Barisan Nasional seolah-olah memprovokasi dan mengisytiharkan perang kepada parti itu.

Armada Bersatu Selangor berkata, kenyataan Ronnie itu juga mahu memperlekeh-lekehkan peranan Bersatu sebagai parti komponen PH yang penting.

Ketuanya, Adhif Syan Abdullah mengingatkan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP itu jangan memperlekehkan Mahathir dan Bersatu untuk berhujah parti mana lebih hebat atau siapa lebih banyak kerusi.

Ini kerana, pada pilihan raya umum pertama pada tahun 1969, DAP juga hanya memenangi 13 kerusi sahaja, sama seperti Bersatu sekarang.

Tetapi DAP tidak berjaya membentuk kerajaan dengan jumlah tersebut jauh sekali mengangkat pemimpinnya menjadi Perdana Menteri.

Tegasnya, Bersatu merupakan parti orang Melayu, ditubuhkan sebagai platform baharu politik orang Melayu progresif namun kekal dengan nilai-nilai warisan dan adat orang Melayu.


“Tun merupakan Pengerusinya. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami bagi mengangkat suara dan kehendak orang Melayu sebagaimana Ronnie dan DAP mengangkat suara orang Cina dan India.

“Adakah apabila Cina dan India meminta haknya dan menyuarakan ketidakpuashati baru dianggap “kebebasan bersuara” tapi apabila orang Melayu meminta perkara sama ia dikira ‘rasis’?. MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Rakyat wajib beli] Elak guna kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai kata NGO

PETALING JAYA: Konsultan keselamatan penumpang kanak-kanak menasihati ibu bapa tidak membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terpakai m...