Lim Guan Eng hari ini menggesa tindakan diambil terhadap pihak yang cuba menyingkirkan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) secara haram, susulan spekulasi cubaan seorang bekas menteri membentuk kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah.
Setiausaha agung DAP itu berkata, cubaan sedemikian satu “pengkhianatan terhadap demokrasi” dan mandat jelas rakyat dalam pilihan raya umum tahun lalu.
“DAP menggesa semua parti menghormati mandat pilihan raya PH untuk memerintah Malaysia melalui lima parti komponen PH yang terdiri daripada PPBM, DAP, PKR, Amanah dan Warisan,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Deepavali esok.
Lim berkata, rakyat tidak boleh memandang rendah ancaman yang ditimbulkan pihak mahu menggugat perpaduan negara dengan kenyataan-kenyataan melampau dan perkauman.
“Kita perlu kekal berhati-hati terhadap mereka yang secara terbuka ingin menggantikan PH melalui cara tidak demokratik atau ‘deep state’ yang merendah-rendahkan pentadbiran dan perpaduan PH,” katanya sambil menambah, DAP menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan rancangan peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada tarikh yang belum ditentukan lagi.
Baru-baru ini, bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein didakwa cuba membentuk kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah. Bagaimanapun, beliau yang juga bekas naib presiden Umno menolak dakwaan itu sebagai tidak masuk akal.
PH mendakwa beliau turut mempromosikan politik berasaskan kaum dalam tulisannya, tetapi beliau menepis dakwaan berkenaan.
Sementara itu, Lim berkata, DAP menentang undang-undang bersifat menindas seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), di mana dua Adun DAP ditahan atas dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang sudah terkubur.
Katanya, undang-undang itu perlu dimansuhkan seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH. FMT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka
Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...

Mandat yg rakyat beri kpd ph pd pru 14 ialah untuk merubah keadaan yg kunonya "buruk", hasil pemerintahan bn kpd keadaan "baik" yg dicanang ph. Namun, setelah jelas, terutamanya kpd bangsa melayu, ph lebih teruk drpd bn dan ph sebenarnya ialah kerajaan rasis cina kafir dap, maka usaha perlu dilakukan untuk menyingkirkan kafir dap dari pemerintahan negara. Tiada apa yg dilakukan dap, selain memartabatkan cina kafir dan menjahanamkan bangsa melayu. Kami akan berusaha menyingkirkan dap dan kuncunya2 dari putrajaya. Ayuh,,wahai bangsaku,,bangun dan berjuang....
BalasPadamkalau ph kuat dan kukuh, takder yg boleh menggugat. masalahnya ph goyah dari awal. 😊 semua nak jadi taiko.
BalasPadam