Isnin, 28 Oktober 2019

Nahas basikal: Jurujual dilepaskan dan dibebaskan kes langgar mati lapan remaja lelaki pada 2017 lalu

JOHOR BAHRU: Jurujual wanita, Sam Ke Ting, 24, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian 8 remaja lelaki berbasikal pada 18 Februari 2017.


Pada 28 Mac lalu, Ka Ting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik, di sini atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dalam kejadian berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam di sini, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada jam 3.20 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

BH online

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu terhadap Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.

“Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri," katanya.

Siti Hajar berkata, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

1 ulasan:

  1. Ibu bapa bertanggung jawap atas keselamatan dan perlakuan anak2. Kemalangan boleh berlaku atas kecuaian apabila kita tidak peduli. Jadikan pengajaran kpd semua.

    Al Fatihah 😒😒😒

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...