Ahad, 27 Oktober 2019

Nak sangat jadi PM ke 8? Boleh bincang di Majlis Presiden jika mahu, Mahathir beritahu Anwar

Tidak selesai-selesai ceritera penyerahan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, makin gusar dan tidak tenteram nampaknya, ini kerana cara Mahathir bercakap perihal peralihan kuasa ini semacam melepaskan batuk di tangga.

Gambar - Free Malaysia Today

Mungkin bersebab Mahathir agak berat nak lepaskan jawatan itu, punca utama adalah kerana D4P, kalaulah Anwar yang menjadi Perdana Menteri, sudah pasti apa sahaja D4P buat lebih dashyat dengan apa yang berlaku sekarang.

Sedangkan sekarang pun sudah macam-macam D4P telah buat dan melakukan kerosakan, itu belum lagi Menteri Kewangannya yang sudah nampak gagal membawa Malaysia ke mercu sebagai Harimau Asia.

Kita tunggu dan lihat, kurang lebih, tidak mungkin peralihan kuasa itu bakal berlaku secepat yang disangka, kalau paling cepat pun 2022 mungkin.

Melepas lagi insan sepi mengharap menjadi Perdana Menteri, melopong tak sudah.

Mahathir: Boleh bincang peralihan kuasa dalam Majlis Presiden jika mahu

BAKU: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersetuju jika isu peralihan jawatan Perdana Menteri dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Kalau nak bincang, boleh bincang dalam Majlis Presiden,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang peralihan jawatan Perdana Menteri menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.

Mahathir berkata beliau bersetuju berbuat demikian kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu.

“…dan juga kedudukan Anwar Ibrahim dan cadangan saya jadi pengerusi, dan bakal perdana menteri,” kata beliau pada sidang media bersama wartawan Malaysia sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari. FMT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Panas] Mahu minum arak di tempat awam tiada halangan kata Exco D4P

Agak terkejut, bila kenyataan begini bakal menjadi satu persoalan, adakah arak itu sudah tidak kisah untuk dihalang meminumnya di tempat awa...