Jumaat, 25 Oktober 2019

[Panas] MP Umno kata biarkan Mahathir memerintah habis penggal, PKR kata boleh bermimpi sahaja niat itu

Kecoh semalam kerana 6 orang MP Umno secara bersahaja mengatakan menyokong penuh untuk Mahathir meneruskan kerjanya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, PRU 15 baru pilih Perdana Menteri yang lain.

Akibat dari kenyataan bersama MP Umno itu, dipihak warganet pro Umno terutamanya bertelagah kerana tidak patut MP Umno mengeluarkan kenyataan begitu, ibarat memberi bola tanggung kepada BN di Tanjung Piai nanti.


Malah perdebatan yang cukup menggerunkan sehingga ada yang emosi, ada yang kata sila keluar parti, penulis agak hairan juga dikalangan warganet pro Umno yang konon lama dengan politik, seni politik bukan sahaja nampak lurus dan menyondol.

Fahamkan maksud mencipta modal untuk musuh bertelagah, itupun tidak faham-faham lagi agaknya, bukan bermaksud MP Umno itu menyokong Mahathir, mereka hanya melempar umpan, supaya nanti adalah pemimpin PKR, atau Bersatu, mereka akan melatah.

Nampaknya umpan sudah mengena, walau bukan ikan paus, tetapi ikan belukang pun jadilah. Kalau tidak faham lagi, usahlah sembang perihal politik yang taksub, kalau seni perperangan pun malas baca.

Adios

Tolak Anwar sebagai PM, pembangkang boleh bermimpi, kata PKR

Pembangkang boleh bermimpi untuk tidak melihat Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-15, kata PKR.

Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata, proses peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar pasti akan berlaku sebelum tamat penggal pentadbiran kerajaan kerana ia telah dipersetujui gabungan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, kenyataan terbaru ahli Parlimen PAS dan beberapa orang wakil Umno yang menyokong supaya Mahathir terus diberi mandat sehingga tamat penggal lima tahun tidak akan memberi kesan kepada gabungan PH.

“Saya rasa ini pandangan beberapa individu melibatkan wakil rakyat Umno (sokong Mahathir), kalau kita lihat kenyataan presiden Umno menampakkan tidak semua dalam Umno bersetuju dengan enam wakil rakyat itu.

“Saya rasa tidak ada halangan untuk mereka (wakil rakyat PAS dan Umno) untuk mengimpikan sesuatu (Mahathir kekal sehingga tamat penggal), tetapi bagi kami PH tidak terjejas dengan sebarang kenyataan ataupun sokongan begitu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis syarahan umum Anwar di Universiti Malaya malam tadi.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru semua 18 ahli Parlimen PAS dan enam dari Umno menyatakan sokongan kepada Mahathir supaya kekal mengetuai kerajaan sehingga tamat penggal. FMT

2 ulasan:

  1. MAHATHIR, ANWAR SEDANG BERGADUH, JANGAN LIBATKAN DIRI – SEDIAKAN POP CORN TAMBAH DAN TEPUK BIAR PADU

    Mahathir sedang bergaduh dengan Anwar dalam PH. Penyatuan Ummah tidak perlu sokong mana2 di antara kedua mereka ini.

    Mereka pun bukan mahu tolong Melayu dan Islam, mereka hanya mahu sokongan Melayu dan Islam bila mereka susah.

    Bila mereka habis bergaduh dan senang, mereka mahu hancurkan parti Melayu dan Islam akidah dan iman pula. Pluralisma murtad, SYIAH kafir, COMANGO toksik, lgbt, gay jadi ajaran puak PH

    Mahathir lebih kecewa, 23 MP yang sebelum ini menyokong Tokoh Semburit yang kalis CCTV ini, kini cuma tinggal 4-6 MP sahaja.

    Menteri Besar Selangor yang merupakan anak didik Azmin sendiripun mula membuat corner lipat baring, menyokong Anwar yang mula menguasai parti.

    Begitu juga Brother Anwar Bin [email protected] B.A.*.I Paling ketara adalah isu video semburit Azmin, sampai sekarang tiada apa tindakan, sedangkan pelakunya dah mengaku, malah video itu pun disahkan tulen. Undang-undang apa PH guna agaknya?

    MAKIN HEBAT KEPALA PENIPU NAK KUASA
    DIA TAHU TAHU MH317 HILANG DR RADAR
    PAS DAPAT 90 JOTA PUN ALJUB TAHU JUGA
    TANYA MANO JAM OMEGA MUKA BLUR SAJER...

    Puiiiii...kikikiki..!!

    Pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, Tun Ghaffar, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan Najib Razak, sudah lebih dari cukup untuk memahamkan kita. Mahathir boleh menggunakan seseorang itu demi kepentingan dirinya dan akhirnya orang yang sama bakal disingkir sebaik sahaja khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

    Takkan masih tidak tahu lagi perangai Mahathir dan Anwar?

    MANA PERGI ADUN SAMSENG 'BELIAU' YB ATO AWAK YB
    PEMUDA BERSATU MELAKA DAH BAKAR BENDERA DAP
    WALAYEY INI KALI BETUL2 ATAU SAJA NAK GELI2
    APA2 PUN POPCORN TAMBAH TEPUK KASI PADU KALI INI

    Perdana Menteri Malaysia yang kini terlalu lemah dan serabut bagai mandi tak basah, tidur tidak lena. Jadual pembedahan tukar baterinya yang terpaksa ditangguh dari September ke November atau Disember. Kesihatan Tun Hasmah yang semakin meruncing, mimpi ngeri anak-anaknya bakal dipenjara sebaik sahaja Anwar menjadi Perdana Menteri, gelabah cemas & terdesak

    Mahathir yang dahulu bukan lagi Mahathir sekarang. Mahathir kini terlalu lemah dan tidak bermaya.

    Tidak ada tokoh lain mampu menyaingi kejahatan dan munafik Mahathir bab ini, beliau bisa membunuh semua rakan rapat yang pernah menolongnya, namun beliau juga mampu menebalkan muka berkerjasama dengan seteru politiknya, demi kuasa.

    Selepas Kongres Maruah Mahathir, bak kata Anwar, Mahathir bagai mempunyai semangat baru dengan oksigen yang beliau fikir bakal diperolehi daripada UMNO dan PAS. Realiti sebenarnya, Mahathir hanya cuba memujuk diri sendiri setelah kecewa dengan kegagalan cucu Dato Onn membawa 30 kerusi dari UMNO.

    Apa yang segar dalam ingatan rakyat Malaysia kini hanyalah pengalaman pahit 17 bulan yang sangat memeritkan Di bawah pemerintahan pemimpin Melayu yang bertuankan DAP.

    Pengalaman ditipu dengan 60 janji palsu, pemberian Najib yang dirampas satu persatu, penghinaan dan penafian hak Islam, Melayu, bahasa dan Raja-raja yang diinjak-injak semasa beliau mengepalai kerajaan hari ini.

    Kita mahu membentuk kerajaan dengan cara bermaruah iaitu dengan memenangi pilihan raya. Bukan dengan jalan belakang umpama peminta sedekah.

    Bagi memastikan anak-anaknya boleh meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang ancaman dan kebarangkalian menjadi mangsa balas dendam musuh politik Tun.

    Sebagai seorang yang berhati kering dan banyak menindas musuh politiknya, Mahathir perlu memastikan bahawa pengganti beliau tidak mempunyai sifat pendendam dan sedia memaafkan apa yang beliau pernah lakukan.

    Sifat ini juga, hanya boleh Mahathir perolehi daripada insan yang rancak beliau fitnah jijik dan hina serta di keji sebagai pencuri dan perompak 1MDB.

    Sebagai seorang Negarawan, Mahathir, sudah pasti mahu kematianya ditangisi rakyat terbanyak dan jasanya dikenang sepanjang zaman.

    Ini semua bakal mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Pertama yang “KEMATIANNYA DISYUKURI RAKYAT”.

    #formulaturunhargabarang=BMFokey..!!

    BalasPadam
  2. org kata je..tak boleh ada pandangan lain? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...