Ahad, 27 Oktober 2019

[Panas] Tumpu pada akhirat membuatkan ramai umat Islam ketinggalan dan mundur kata ahli akademik Indonesia

Moga dijauhan golongan keparat begini di Malaysia, nasib manusia liberal (mungkin) ini dari Indonesia, kalau di sini, mesti dianggap hero (mungkin).

Akhir zaman, muncullah golongan sebegini, dengan apa yang telah diperkatakan dalam Al-Quran dan hadis sahih.


Yudi Latif menghadiri Wacana Ilmiah Masa Depan Budaya Ilmi Dalam Peradaban Nusantara di Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar FMT

Maka muncul golongan sesat yang suka-suka membuat andaian sendiri, sedangkan ilmu sebenar mereka tidak pelajari ataupun tidak berguru langsung.

Apa nak jadi, moga kita di Malaysia terlindung dengan golongan sesat begini.

Terlalu fokus akhirat punca tamadun Islam mundur, kata ahli akademik Indonesia

KUALA LUMPUR: Sikap umat Islam kini yang terlalu menumpukan kehidupan selepas mati dilihat sebagai punca kemunduran tamadun Islam, kata seorang ahli akademik Indonesia.

Yudi Latif dari Akademi Ilmu Pengetahuan Indonesia berkata, sikap itu bercanggah tuntutan agama yang menekankan pembangunan tamadun tanpa meminggirkan soal kehidupan selepas mati.

“Sekarang ini, pemikiran orang Islam itu terlalu menekankan soal kehidupan selepas mati, terlalu menekankan pencapaian sewaktu kehidupan selepas mati, seolah-olah isu ekonomi adalah isu kotor.

“Orang Islam sekarang merasakan seolah-olah mereka tidak ada kaitan dengan pembangunan ekonomi. Mereka cuma berdoa, fokus bagaimana hendak dapatkan syurga di akhirat nanti.

“Kita lupakan syurga di sini dan di sana (akhirat),” katanya dalam Wacana Ilmiah Masa Depan Budaya Ilmi Dalam Peradaban Nusantara di Universiti Islam Antarabangsa hari ini.

Yudi berkata, perkara sedemikian pernah berlaku pada zaman gelap Eropah, apabila gereja terlalu memainkan peranan dalam isu membabitkan agama hingga terpisah daripada masalah realiti yang dihadapi masyarakat.


“Islam itu membawa perkara penting dalam satu peradaban di mana ajaran agama, ilmu pengetahuan dan ekonomi itu merupakan satu tautan yang mempunyai hubung kait.

“Sebelumnya berlaku di gereja Eropah, apabila agama dan ekonomi terpisah. Tetapi, Islam pula membawa agama dan ekonomi, bukanlah sebagai perkara eksklusif, tetapi mempunyai hubung kait.

“Jadi, apa yang boleh saya katakan, masalah tamadun Islam pada hari ini adalah apabila umat Islam merasakan agama dan ekonomi itu sekarang ini berlaku pemisahan.”


Katanya, umat Islam harus segera mengubah pemikiran mereka dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta “syurga” di dunia dan akhirat. FMT

3 ulasan:

  1. apa nak diherankan ? ada yg mengaku Islam elok2 jer mkn babi di seberang. 😐

    BalasPadam
  2. FAKTA IRF (ISLAMIC REINASSENCE FRONT) SAMA ZAMAN REINASSANCE DI EROPAH DULU - PERANAN GEREJA DI KETEPIKAN.

    NGO Islam Menyokong LGBT @ Anwar @ Ambiga @ Marina @ ahKhee

    Pengerusi sebuah NGO yang menggunakan nama Islam - Islamic Renaissance Front ( IRF ), Ahmad Farouk memberi pendapat tentang Seksualiti Merdeka -

    “Oleh kerana menyedari hakikat bahawa kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai, maka kita haruslah berupaya untuk merubah masyarakat agar is bersifat lebih inklusif. Tidak harus ada diskriminasi hanya berdasarkan gender dan orientasi seks,” Malaysian Insider

    Siapa pulak IRF ni ?? Tulaaaah ... lain kali kalau baca mana-mana artikel, berilah perhatian pada fakta-fakta yang susah payah dicari oleh penulis ... hehehehe . Ingat sebelum HIMPUN bulan lepas saya ada menulis satu artikel mengenai komen sebuah NGO Liberal yang memberi komen negatif.

    IRF juga menyokong Bersih, IRF juga mengutuk JAIS dalam isu Murtad DUMC dan pendirian utama IRF yang menyaksikan mereka sebagai LIBERAL adalah -

    Setiap orang BEBAS untuk memeluk agama apapun dan untuk keluar dari agama apapun. Tidak ada siapa berhak melarang jika seorang Islam mahu murtad. Seseorang hanya perlu menjawab kepada Tuhan atas pilihannya sendiri.

    Mereka hanya mencemar kesucian Islam melalui pandangan Liberal mereka dan tidak hairanlah jika orang kafir akan sentiasa memberi highlight kepada mereka . Mereka akan digambarkan sebagai Islam Moden / Kontemporari / Mengikut Arus sebagai lawan kepada golongan yang sentiasa dimusuhi iaitu Islam Konservatif / Kampung / Cara Lama.

    Dalam pandangannya, Ahmad Farouk berkata secara peribadi beliau menyokong pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Himpunan Seksualiti Merdeka

    BalasPadam
  3. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...