Sabtu, 19 Oktober 2019

[Panas] 'Yan Ke lebih teruk tahap biadabnya lebih tinggi dari pedajal'

Isunya kurang ajar, biadab dan tiada etika, ibarat bertandang ke rumah orang, kita menari bogel pula di hadapan ruang tamu, sehingga tetamu terkejut dan malu.

Itulah perumpamaan apa yang dilakukan oleh individu pro D4P baru-baru ini di Majlis Konvokesyen UM.



Tindakannya itu ibarat hero kiasu yang berlaku biadab terhadap Majlis yang sepatutnya untuk pelajar bergembira mendapat segulung ijazah.

Kalau begini cara nak diajar anak muda, apa lagi yang kita banggakan dengan negara kita, bila hal tidak sepatutnya berlaku terpampang di seluruh dunia.

Patutlkah kita berbangga?



‘Yan Ke lebih teruk dari biadap tapi pedajal’

Sokongan ‘luar biasa’ yang diterima oleh Wong Yan Ke yang melakukan protes semasa majlis Konvokesyen Universiti Malaysia (UM) baru-baru ini sebenarnya sudah menjawab persoalan siapa dalang di sebalik kejadian itu.

Ini kerana, secara logik akal, seseorang graduan tidak akan berkelakuan tidak senonoh pada acara rasmi universiti kerana ia bukan hanya menjejaskan majlis tetapi memberi kesan kepada masa depannya sendiri.

Oleh sebab itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong yakin graduan yang waras dan rasional tidak akan berani  melanggar istiadat majlis konvokesyen tersebut kecuali
dia gila.

Menyifatkan tindakan Yan Ke itu sebagai pedajal (individu menyusahkan orang dalam bahasa utara), Kok Seong berkata, melihat sokongan yang diberikan kepada Yan Ke, tidak mustahil graduan itu ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

“Kelakuan graduan itu nampak tersirat tetapi apabila sudah ada yang menyokong, tindak-tanduk itu sudah tersurat nampaknya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan ke atas graduan itu wajar diteruskan supaya kejadian seumpama itu tidak patut berulang pada masa depan.


Ini kerana, apabila ada pihak dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memihak kepada kelakuan Yan Ke, ia seolah-olah menunjukkan ada dalam kalangan parti kerajaan cuba ‘bunuh’ pihak yang lain sekali gus menyaksikan kerajaan kini berdepan dengan isu moraliti.

Malaysia pada hari ini semakin jelas menyaksikan kegagalan dalam pembentukan negara bangsa apabila ada dalam kalangan rakyatnya yang melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara secara terangan-terangan tanpa rasa malu. MalaysiaGazatte

2 ulasan:

  1. DISEBALIK ‘ I HAVE THE NUMBERS’ , SEKARANG JANGAN DENGAR BISIKAN SYAITAN KECIL... HIPOKRIT SUNGGUH

    BERBICARA jawatan perdana menteri ke-8, nama MP Semborong jadi bahan hujah di Parlimen, kerana dikatakan bahawa ahli parlimen itu dalang kepada komplot menubuhkan kerajaan ikatan baharu tanpa DAP dan Amanah. Jelas, maksud kepada ikatan baru itu, mahu menafikan perubahan jawatan Perdana Menteri sehingga PRU-15.

    Teringat selepas PRU tahun 2008, perkatan “ i have the numbers’ terpacul daripada mulut Anwar, sehinggakan mendiang Karpal Singh menuduh jika berlaku perubahan kerajaan, maka ianya merupakan malapetaka kepada demokrasi negara.

    HIPOKRIT SUNGGUH SI ALJUB KITA
    DOLU I HAVE NUMBERS HARAMJADAH
    KINI JANGAN DENGOR SYAITAN KATA
    HIPOKRIT HARAMJADAH CEMAS GELABAH

    Gegaran perkataan “i have the numbers” menyebabkan puluhan MP Bn masa itu terpaksa menghiburkan hati ke Taiwan, dalam usaha “regrouping” para MP Bn, untuk menghalang berlakunya perubahan kerajaan pada 16 September, 2008 menerusi GERAKAN 16 SEPTEMBER!!!.

    Mendasari disebalik “i have the numbers” jika benar-benar perkara itu wujud, pergantian jawatan Perdana Menteri mungkin lama sudah berlaku, seperti mana ‘perancangan” menerusi PRK Port Dickson, namun kerana “numbers” bagi merealisasikan perancangan PD hingga kini di awang-awangan.

    Berselindung pada Mei 2020, apabila genap 2 tahun Tun Dr Mahathir menjadi PM, selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, merupakan hari keramat, apa kah akan berlaku pergantian jawatan Perdana Menteri?

    Secara bertulis, memang tiada perjanjian demikian, walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim menyebutkan bahawa ada perjanjian pada Januari, 2018, bahawa selepas Tun Dr Mahathir maka Anwar akan mengambil alih.

    Sesiapa sahaja mahu menjadi Perdana Menteri perlu dirai, bukan kerana ikhsan pemimpin lain. Berasaskan itu, maka jika Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, maka beliau perlu raikannya menerusi PRU-15, dan masa sekarang, beliau membuat keputusan untuk terus menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, kerana cara demikian, lebih diterima rakyat secara umumnya. Fikir-Fikirkan.

    KEMPUNAN LA ALJUB KITA LAGI
    2X PATUK ULAR LIDI TAK BERBISA
    2X DI SAMBAR KILAT YG TAK JADI
    KESIAN KO BAKAL PM SAMPAI TUA

    KIKIKIKI..!!

    Apa yang menjadi isu sekarang, memang “numbers” menyokong Dato Seri Anwar mengambil alih tidak mencukupi, maka untuk merealisasikan agar beliau menjadi Perdana Menteri masih sangat bergantung kepada kesediaan Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan, kerana “numbers” masih berpihak kepada PM-7 itu

    #formulaturunhargaBMFokeyy..!!

    BalasPadam
  2. Biadapnya yan ke kerana didikan dan asuhan daripada pihak tertentu. 😠Skg mendesak pula agar VC bersemuka dgnnya dan menarik balik laporan polis. πŸ€”

    Dah buat taik, tak tau cuci sendiri ke?? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Angkuh sungguh ! Konon hero padehal zero!

    Lagi lah menyampah aku kat dap! πŸ˜‹

    BalasPadam

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...