Khamis, 31 Oktober 2019

[PRK Tanjung Piai] Tuduhan PH mengatakan Muafakat Nasional itu perkauman memakan diri sendiri

PRK Tanjung Piai akhir memberi jawapan sebenar teka-teki siapa calon untuk Barisan Nasional, semalam diumumkan calon dari MCA bertanding iaitu Dato' Sri Wee Jeck Seng.

Agak tegang juga dikalangan ahli Umno untuk menerima keputusan dari kepimpinan parti. Namun reda setelah penerangan hati ke hati dan mengatahui realiti pengundian di kawasan Tanjung Piai.



Harus diingat, PPBM meletakkan calon yang nampak kurang memberangsangkan, tiada aura, pernah kalah pula di Pontian, umum penerimaan rakyat terhadap Pakatan Harapan sekarang agak suram.

Ini peluang Barisan Nasional merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng hanya kalah dalam lingkungan 500 undi sahaja pada PRU lepas.

Besar kemungkinan BN mampu dan boleh buat sesuatu, sentimen kecewa antara ultra-ultra Umno, kita rehatkan emosi itu sebentar, musuh sebenar kita adalah Pakatan Harapan.

Usahlah kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar, sama-sama kita berganding bahu untuk memenangkan calon BN di Tanjung Piai.

MUAFAKAT NASIONAL MEMBUKTIKAN GABUNGAN INI CUKUP HEBAT DALAM MENJAGA SEMUA KAUM.

BISMILLAH HIRAHMANIRAHIM...
Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Saya menulis kerana melihat kerisauan dikalangan jentera BN terutama dari UMNO dalam menghadapi PRK Tg Piai.

1. Malam tadi telah dimuktamadkan calon PRK Tg Piai iaitu Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng. Ramai sebenarnya yg berasa risau adakah calon dari MCA ini mampu memberi kemenangan kepada BN apabila dipilih semula sebagai calon terutamanya kerisauan dikalangan penyokong dan jentera dari luar Tg Piai.

2. Saya perkenalkan... DS Dr Wee Jeck Seng merupakan anak tempatan berkeluusan Phd Perkhidmatan Awam dari UUM (bukan palsu) . Walaupun berbangsa Tiong Hua beliau membesar di perkampungan Melayu dari keluarga yg sungguh sederhana. Beliau sangat petah berbahasa Melayu dan boleh berpidato dengan baik. Bagi yang baru mengenali mungkin akan terkeliru sama ada beliau adalah Muslim atau bukan kerana langsung tidak kekok untuk berkata Alhamdulillah, Insha Allah dan adakalanya mengucapkan salam. Kita doakan Allah memberi hidayah.

3. Untuk rekod beliau telah menjadi wakil rakyat pada usia muda semenjak PRU 11 sebagai ADUN Pekan Nanas, PRU 12 & 13 sebagai Ahli Parlimen Tg Piai. Pada PRU 14 beliau tewas dengan majoriti 500 undi berbanding PKR/PPBM, dan PAS pada masa itu mendapat 2900 undi. Ini bermaksud diatas kertas jika undi PAS berpindah ke BN... BN akan menang 2400 undi.

4. Memang beliau tewas di Tg Piai tetapi majoritinya amat kecil dalam pertandingan 3 penjuru dikala penolakan yg amat dahsyat terhadap BN terutama kegilaan rakyat mahu menjatuhkan Najib yang menyaksikan Giant2 UMNO/BN di Johor turut tumbang termasuklah di Pulai, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan paling memalukan di Pasir Gudang.

5. Atas dasar itu secara peribadi saya kurang bersetuju apabila dikatakan kekalahan BN di Tg Piai kerana pengundi mahukan calon Melayu dengan memberi contoh Simpang Renggam dimana calon MCA turut tumpas kepada PKR/PPBM sedangkan mereka lupa calon2 UMNO juga turut tewas lebih teruk di kerusi marginal masing2.

6. Penyatuan Ummah hadir dikala PRK Tg Piai akan diadakan. Semangat Melayu dan Islam meluap-luap ditambah pula dengan kemenangan 3 PRK sebelum ini. Maka Umno Tg Piai mengambil pendirian untuk meletakkan calon Melayu pada PRK kali ini.

7. Ini ditambah dengan peningkatan pengundi Melayu dari 53% pada PRU 13 kepada 56% kesan daripada pensempadan semula sebelum PRU 14.. Sebemarya bukanlah besar sangat majoriti Melayu di Tg Piai seperti yang digembar-gemburkan tetapi secara kebiasaannya kerusi marginal sebegini adalah milik UMNO seperti di Johor Bahru, Pulai, Muar, Batu Pahat, Sri Gading dan Pasir Gudang. Maka tidak salah untuk UMNO menuntut kerusi ini ditambah pula dengan gerak kerja jentera UMNO yang bertenaga dan kemerosotan pola pengundi cina terhadap BN sejak akhir2 ini.

8. Saya tidak mempunyai angka yang tepat cuma dikala pola pengundi Cina di tempat lain hanya 5-10% namun di Tg Piai sokongan masih sekitar 20-30%. Sebab itu Tg Piai walaupun merupakan kerusi marginal namun BN hanya kalah tipis berbanding BN di kawasan marginal lain yang tersungkur teruk.

9. Maka UMNO cuba untuk meletakkan calonnya dan MCA pula cuba mempertahankan kerusi yang mereka sandang sejak pensempadanan semula pada PRU 11 lagi.

10. Bagi saya ini adalah perkara biasa bagi BN dalam menghadapi pilihanraya sama ada PRK atau PRU. Setiap komponen ada pendapat dan pendirian masing2. Cumanya penyokong dan pendokong parti ada yg menaruh harapan yang tinggi. Keputusan akhirnya dibuat oleh pihak kepimpinan tertinggi dan saya pecaya ia telah mengambil kira pelbagai faktor dan tidak berlandaskan emosi, bukan soal bacul atau takut.

11. Apa pun keputusannya saya percaya jentera BN Tg Piai terutamanya UMNO sudah bersedia dan matang. Mencuba tidak semestinya berjaya. Mungkin belum sampai masa atau perlukan majoriti lebih besar bukan setakat marginal. Mungin ada yg kecewa tetapi jangan dibiarkan lama kerana kemenangan BN adalah paling utama walau siapa pun calonnya.

12. Penyatuan Ummah telah pun dimeterai. Perlu difahami Muafakat Nasional itu bukan lah sekadar UMNO dan PAS semata tetapi turut mengajak kaum lain bersama terutama MCA, MIC dan parti2 yg lain.

13. Hakikatnya UMNO bersama PAS saja tak akan mampu membawa kita kembali ke Putrajaya. Kita kena ingat Formula Perikatan telah membawa kemerdekaan seterusnya forrmula Barisan Nasional membolehkan kita mengekalkan kuasa. Hari ini apabila ikatan kita kian rapuh PH menggunakan formula yg sama untuk menumbangkan BN pula.

14. Benar hari ini MCA sedang ketandusan sokongan... Tapi perlu diingat pada PRU 1999 disaat UMNO memgalami kemerosotan sokongan Melayu akibat pemecatan Anwar pada masa itu MCA (dan Gerakan) menjadi penyelamat untuk BN terus kekal dengan majoriti 2/3. Seterusnya kita sama2 cemerlang dan gemilang pada PRU 2004.

15. Kita dalam BN ini bagai satu keluarga. Kadang berselisih kemudian baik semula kerana hakikatnya kita saling memerlukan... Alhamdulillah sekarang kita sudah ada rakan baru yang punya kekuatan iaitu PAS.

16. Kepada seluruh jentera BN samada tempatan atau yang datang membantu terutamanya... Yakinlah bahawa kita boleh menang. Calon yg dipilih bukanlah calang2. Memamg semua orang kenal tak kira Melayu, Cina atau India.

17. Bagi kami di Tg Piai apabila ada masalah contohnya rumah terbakar, enjin bot hilang, sakit terlantar, bumbung terbang kena ribut... selain dari perlu memanggil bomba, ambulan, polis, kebajikan masyarakat... Pihak yang juga perlu diberitahu untuk dapatkan bantuan adalah Wee Jeck Seng tidak kira pagi atau petang, siang atau malam. Saya tidak mahu terlalu banyak memuji kerana pengundi tempatan memang sudah sedia maklum. Cuma bagi saya beliau adalah zimmi bukannya harbi.

18. Ada yg memainkan isu MCA tidak menyokong RUU355 maka kita perlu tolak. Hakikatnya mereka tidak membantah (di parlimen) tapi sekadar berkecuali. Itu jauh lebih baik dari mereka yg menolak terus yang perlu kita tentang.

19. Di hadapan kita musuh sudah menanti. Kita tidak melihat siapa pun calonnya tetapi kita menentang sebuah kerajaan yang gagal dan menipu rakyat. Tidak membela rakyat terutama orang Melayu. Sebuah kerajaan yang tidak berpendirian dan tidak tegas dalam soal pengganas dan penyebaran ideologi komunis. Sebuah kerajaan yang terlalu tunduk dengan DAP. Jadikan Tg Piai isyarat kepada mereka. .

20. Ayuh BN!!! Teruskan momentum kemenangan. Sekarang adalah masa berkerja untuk menang. Abaikan langau2 yg konon rasa berjuang tetapi sebenarnya merosak. Cukup2 la. Jika tidak mampu menyatu tak perlulah memecah. Jika tidak mampu untuk menyejuk tak perlu membakar.

21. Insha Allah Muafakat Nasional yg dibentuk melalui Penyatuan Ummah ini adalah terowong untuk kita mengembalikan maruah kita yang telah di hinjak2 oleh PH... Tg Piai adalah garis mulanya.

Ayuh Bangkit!!! Moga Allah Bantu....

IKHLAS DARI SAYA :
NOR AFANDI BIN JAMAIAN
Tiada Jawatan, Tiada Kepentingan.
Sebuah Perjuangan...
Mantan KP Tg Piai.

1 ulasan:

  1. Elok sangat wakil MCA bertanding di Tg Piai. Org2 Umno nk tegang leher tegang mulut buat apa? 😊

    Sudah sampai masa utk MCA menguji sokongan rakyat selepas PRU 14. Umno tak rugi dari semua sudut . 😊Rakyat nak pilih adun yg boleh berkhidmat utk mereka bukan bangsa adun. 😊😊😊

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...