Sabtu, 26 Oktober 2019

Rusuhan ka** boleh berlaku sekiranya tidak dikawal, amaran oleh Penyelidik deradikalisasi

Nampak macam keadaan sekarang sudah ke tahap yang boleh berlaku sesuatu perkara yang luar kawalan sekiranya isu-isu berkait perhubungan kaum tidak diperhalusi dan dipebaiki oleh Kerajaan Pakatan Harapan.




Kalaulah dibiarkan, dirisaukan tarikh berdarah pada 13 Mei 1969 mampu berlaku lagi, amaran oleh penyelidik ini nampak jangan dipandang ringan, kerana kalau emosi kaum Melayu tidak dijaga, dihenyak-henyak dan dinafikan macam-macam, malah sudah terang-terang hina menghina antara satu sama lain berlainan bangsa sudah tidak mampu dikawal dengan baik oleh Kerajaan PH.

Lihat sahaja komen-komen di Facebook, percayalah, geleng kepala anda membacanya, ini yang Penyelidik deradikalisasi mengutarakan kajian mereka.

Anda perhatikan tingkah laku parti politik seperti D4P yang sudah kaduk naik jungjung, apa mereka cuba lakukan terhadap apa sahaja berkaitan orang Melayu?

Fikir-fikirkan.


Penyelidik deradikalisasi beri amaran kemungkinan rusuhan kaum

Penasihat program deradikalisasi polis memberi amaran bahawa negara kemungkinan terjerumus kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku lima dekad yang lalu.

Ahmad El Muhammady, yang telah menemu bual berpuluh-puluh militan, menyatakan keprihatinan terhadap polemik terbuka mengenai kaum, agama dan ideologi politik.

Katanya, situasi tegang itu dapat dilihat pada media sosial.

"Jika anda tidak mempercayai saya, buka Facebook dan baca bahagian komen. Sebagai penyelidik deradikalisasi, pandangan di ruangkan komen seumpamanya seperti hanya selangkah dari sesuatu yang radikal.

"Adakah kemungkinan bahawa negara sedang menuju ke 13 Mei 1969? Saya yakin ia boleh berlaku.

"Ini adalah amaran saya: jika tidak ada usaha yang mencukupi untuk meredakan ketegangan dalam kalangan rakyat, jangan terkejut sekiranya kejadian 13 Mei berlaku," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Ahmad bercakap di sebuah wacana di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertajuk "Kekerasan dan Ancaman Keselamatan Negara: Bersediakah kita?".

Ahmad juga mengulas mengenai penangkapan beberapa individu, termasuk dua Adun DAP, atas tuduhan mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ahmad berkata walaupun hujah bahawa LTTE sudah tidak berfungsi boleh diterima, namun ideologi LTTE masih hidup.

"Dengan kematian pemimpinnya, Prabhakaran, adalah benar bahawa organisasi itu telah gagal tetapi bukan ideologinya.

"Jadi saya fikir ahli politik perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan. Dibimbangi LTTE boleh dihidupkan semula selepas kejatuhannya," katanya.

LTTE telah terkubur pada 2009, yang turut mengakhiri perang saudara di Sri Lanka.


Polis bahagian pencegahan keganasan mendakwa bahawa mereka yang ditangkap kemungkinan terlibat dalam percubaan untuk menghidupkan kembali pergerakan itu.

Salah seorang suspek juga didakwa merancang untuk menyerang Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pelbagai pihak, termasuk Badan Peguam Malaysia, menggesa pihak berkuasa untuk mendakwa suspek di mahkamah, terutama kerana pihak polis mendakwa mempunyai bukti konkrit, dan bukannya menahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).


Sosma membolehkan pihak polis menahan suspek tanpa perbicaraan selama 28 hari.

Malaysiakini

1 ulasan:

  1. KALAU TAKOT DI LAMBUNG TAIK JANGAN BERUMAH DI TEPI LOJI KUMBAHAN

    Hanya pemimpin yang membuktikan mereka adalah musuh tegar Islam sahaja yang akan diangkat sebagai pemimpin.

    Rata rata manusia dalam dunia ini cuba menonjolkan mereka adalah musuh islam, tidak ketinggalan juga terdapat ramainya melayu professional dan agamawan melayu yang dengan pantasnya menghentam Islam sebaik saja timbul isu yang melibatkan Islam.

    Mereka akan marah juga apabila melihat orang lain bercakap pasal kebaikan Islam. Hati mereka terasa ditusuk dengan besi tajam melihat orang lain mengamalkan Islam dan bercakap hal kebenaran agama Islam.

    Mereka ini seolah olah menyimpan dendam kesumat terhadap orang melayu Islam.
    Liberalisma Islam, COMANGO, LGBT, Syiah Pluralisma Agama dijadikan asas rujukan.

    KLU TAKUT DI LAMBUNG TAIK MANUSIA
    JANGAN BERUMAH DI TEPI JAMBAN
    ASALKAN ANAK CUCU KRONI KAYA RAYA
    AGAMA AKIDAH JADI BARANG MAINAN

    Dunia politik sebenarnya tak kurang hebatnya dengan dunia perfileman. Dunia politik dipenuhi ahli politik yang perbagai watak. Watak tersebut dilakonkan kembali mengikut kesesuaian jiwa ahli politik tersebut. Demi anak cucu kroni dan harta rompakan untuk diwarisi sampai kiamat.

    Kadangkala apabila ada ahli politik yang tidak mahu mengikut skrip yang disediakan oleh pengarah akan dibekukan. Sebagai pelakon mereka perlu tahu menjiwai watak.

    Kalau nak sokongan orang Islan mereka akan bawa watak sebagai seorang pejuang Islam dan perlu benar2 nampak sebagai seorang pejuang Islan.

    Kalau boleh menangis mereka menangis demi sokongan org Islam. Bila dah dapat sokongan mereka kembali menghina cerca dan membunuh bangsanya, agamanya, iman dan akidah semahunya.

    JUMPA MELAYU BROTHER KATA TAK MLYU ILANG DI DONIA
    JUMPA CINA INI MALAYSIA ANAK CINA PUNYA
    JADI SIVAJI THE BOSS KALAU JUMPA KAUM PARIA
    GORENG PLURALIST MURTAD SYIAH LGBT DI JAJA AKHIRNYA

    kahak puuuiiii..!!

    Apabila habis saja berlakon mereka akan kembali ke sifat asal mereka. Kalau takut dilambung taik jangan berumah di tepi kumbahan. Begitulah pepatah orang politik sekarang ini.

    Linkin Park

    https://youtu.be/6_RRIP8O5Jg

    One Step Closer [Chester Bennington:]

    I cannot take this anymore
    Saying everything I've said before
    All these words: they make no sense
    I find bliss in ignorance
    Less I hear the less you'll say
    You'll find that out anyway

    Just like before...

    Everything you say to me
    Takes me one step closer to the edge
    And I'm about to break
    I need a little room to breathe
    'Cause I'm one step closer to the edge
    I'm about to break

    I find the answers aren't so clear
    Wish I could find a way to disappear
    All these thoughts: they make no sense
    I find bliss in ignorance
    Nothing seems to go away
    Over and over again

    Just like before...

    Everything you say to me
    Takes me one step closer to the edge
    And I'm about to break
    I need a little room to breathe
    'Cause I'm one step closer to the edge
    I'm about to break

    Everything you say to me
    Takes me one step closer to the edge
    And I'm about to break
    I need a little room to breathe
    'Cause I'm one step closer to the edge
    And I'm about to... break!

    Shut up when I'm talking to you
    Shut up, shut up, shut up
    Shut up when I'm talking to you
    Shut up, shut up, shut up, shut up
    I'm about to break!
    ..!! SHUT UP..!! SHUT UP...!!

    Mereka sudah tidak peduli integriti ataupun amanah memegang tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat.

    #Formulaturunharga =BMF + Ok..!!

    BalasPadam

[Panas] Mahu minum arak di tempat awam tiada halangan kata Exco D4P

Agak terkejut, bila kenyataan begini bakal menjadi satu persoalan, adakah arak itu sudah tidak kisah untuk dihalang meminumnya di tempat awa...