Selasa, 22 Oktober 2019

Sebenarnya media sudah salah terjemah kenyataan saya berkenaan LTTE kata Ramasamy

Sebelum ini bukan main garang, malah mencabar Pihak Polis supaya menahannya kerana kononnya dia ada kaitan dengan LTTE, begitu angkuh, namun setelah hadir memberi keterangan di Bukit Aman, lain pula nada dia ye.


Kata Ramasamy, media salah terjemah kenyataannya, ini tidak betul, nada halus dan manja pula, pembongkaran videonya yang amat berbahaya berkenaan LTTE, gambar-gambar yang cukup terang boleh kaitkan dia dengan LTTE.

Akhirnya si garang ini terpaksa menikus risau, namun persoalan, tidak juga ditahan si Ramasamy ini ye, kebal sungguh.

Gambar The Sun Daily

Tidak pasti apakah yang membuatkan Ramasamy boleh bebas dengan senyuman sedangkan pembongkaran dirinya dengan LTTE bukannya sedikit. Sudah tular habis-habisan.

Moga pihak Polis teruskan siasatan, walaupun katanya tidak sama memberi simpati kepada LTTE dan menyokong perjuangan LTTE.

Moga keadilan dan ketegasan Pihak Polis untuk menjaga keamanan negara tercinta ini.


Ramasamy dakwa media salah terjemah

P. Ramasamy disoal siasat polis lebih tiga jam oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bermula 10 pagi tadi.

Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang itu berkata, kenyataan dirakam oleh Inspektor Ida tentang dua perkara iaitu kenyataan beliau yang diterbitkan dalam Malaysia Gazette bertajuk kerajaan baharu tetapi polis bertakuk lama dan artikel Malaysia Kini bertajuk “Who am i, Peacemaker or Terrorist” dalam soal LTTE.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu terus menuding jari ke arah portal berita kononnya telah tersalah menterjemahkan kenyataannya.

“Saya masuk pukul 10 tadi dan lebih tiga jam dirakam keterangan oleh Inspektor mengenai dua artikel di Malaysia Gazette dan Malaysia Kini.


“Mereka juga ada dua klip video, ada beberapa laporan polis dan ditanya kepada saya sebelum saya menjawab menjelaskan secara teliti.

“Saya tak setuju dengan cara penterjemahan Malaysia Gazette (Kerajaan Baharu, Polik masih Takuk Lama), maksud asal saya dalam artikel saya di FB dan maksud terjemahan ada sedikit penyelewengan.

2 ulasan:

[Panas] Mahu minum arak di tempat awam tiada halangan kata Exco D4P

Agak terkejut, bila kenyataan begini bakal menjadi satu persoalan, adakah arak itu sudah tidak kisah untuk dihalang meminumnya di tempat awa...