Selasa, 8 Oktober 2019

Selepas ajakan 'Tok Mat' untuk bersama Penyatuan Ummah, Mahathir kata tidak sikit pun teringin nak bersama Pas Umno

Kongres Maruah Melayu tempohari dengan amanat yang kononnya bercerita perihal kuasa orang Melayu semakin mengecil dalam PH, tiada apa yang mampu dibuat lagi kerana kerusi orang Melayu hanyalah ibarat berdehem ditepi tangga.


Hanya mengharap Perdana Menterinya sahaja berbangsa Melayu yang kurang lebih 2 3 tahun je mampu bertahan, apa yang dibanggakan kalau membiarkan sahaja keadaan Melayu itu hanya melukut ditepi gantang, buatlah Kongres apa pun, pasti tidak mampu nak mengubah nasib kalau masing-masing nak pentingkan diri sahaja terutama Perdana Menteri.

Sudah-sudahlah Mahathir, drama yang kamu buat ini kadang kala orang dah boleh baca, jawapan untuk persoalan ini semua, Mahathir nak semua pemimpin Umno ikut PPBM, Pas pun sama ikut bersama PPBM buat satu pakatan baru, tetapi kepalanya adalah Tun Mahathir juga dan penjilat-penjilat dia yang lain, anak-anak dia dan serta kroni-kroni dia akan selamat.

Itu sahaja yang kalian kena faham, bak kata Rafizi, 'Mahathir ini lidahnya bercabang'.

Dr M tolak tawaran tubuh kerajaan baru dengan Umno, PAS

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak cadangan menggesa beliau membentuk kerajaan baru bersama Umno, PAS serta rakan dari Sabah dan Sarawak.

Mahathir berkata, Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum sejak ia mencapai kemerdekaan 62 tahun lalu.

“Negara kita berbilang kaum. Dan semua kaum punyai hak dalam negara kita,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang menyarankan Mahathir boleh menubuhkan kerajaan baru sekiranya pemimpin itu benar-benar ikhlas mahu menjaga martabat dan maruah orang Melayu. FMT

1 ulasan:

  1. Tun M(Mangkok) anggota freemason dimana kerahsiaan freemanson adalah anti kepercayaan tuhan dan anti agama
    maka itu dia sukar menerima parti PAS


    kikikikiki...

    BalasPadam

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...