Selasa, 22 Oktober 2019

Syiah tidak sesat? Fatwa pengharaman fahaman itu akan disemak balik kata Mufti Pulau Pinang

Tidak dipastikan mengapa kalut benar Mufti Pulau Pinang ini, sudah diketahui Syiah itu bukanlah satu Mazhab, tetapi itu adalah salah satu cabang ajaran yang merosakkan Islam, apa gila sampai nak jaga golongan itu sampai fatwa pula akan disemak balik?



Kerja gila namanya, adakah Mufti negeri lain setuju? Persoalannya, adakah dengan berkahwin secara mutaah bakal menjadi satu cara halal lepas ini kalau Syiah sudah dikatakan tidak sesat?

Adakah pula gambar 12 Imam yang menjadi rukun iman puak Syiah sudah menjadi perkara harus? Adakah penjualan batu karbala untuk solat dibolehkan secara umum lepas ini?

Jangan buat kerja gila wahai Mufti, diketahui Mufti dibawah negeri pimpinan D4P, usahlah jilat kuat sangat golongan yang sudah lama diiktiraf sesat, jangan buat masalah dan menambahkan masalah, nanti akan jadi malapetaka.

Sudah-sudahlah buat kerja gila wahai pencacai penjilat minoriti dan kiasu, insaf-insaflah. Fikirkan masa hadapan negara dan umat Islam yang semakin hari ditekan oleh golongan kiasu.

Fatwa Syiah sesat tidak ‘suci’, boleh disemak balik, kata mufti Pulau Pinang

Fatwa menetapkan fahaman Syiah sebagai menyimpang boleh disemak semula berdasarkan hujah bahawa fatwa tidak bersifat sakral atau suci di sisi agama, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Nor.

Menurut beliau, fatwa tidak lebih daripada ijtihad, iaitu usaha oleh para ulama untuk mencari hukum mengenai isu-isu berbangkit dalam masyarakat yang memerlukan penyelesaian.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata fatwa berkemungkinan betul dan ada kemungkinan salah disebabkan beberapa faktor.

Antaranya, maklumat tidak lengkap, tidak jelas ataupun terdapat perkara yang terlepas pandang ketika sesuatu keputusan dibuat oleh majlis fatwa.

“Justeru, mana-mana fatwa sekalipun boleh disemak semula oleh para ahlinya sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Ini termasuk fatwa berkaitan fahaman Syiah yang telah diputuskan sebagai menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diikuti oleh fatwa negeri-negeri di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan ahli akademik Malaysia yang berkhidmat di Singapura, Prof Syed Farid Alatas supaya fatwa mengharamkan Syiah disemak semula susulan serbuan terhadap penganut fahaman itu di Johor dan Selangor, awal bulan lalu.

Syed Farid berkata, tindakan pihak berkuasa terhadap penganut Syiah dalam serbuan itu “tidak berperikemanusiaan dan ganas”.


“Sebutkannya, saya katakan ia sebagai ‘barbaric’,” katanya dipetik 28 Sept lalu.


Apabila ditanya, sama ada keputusan mengharamkan fahaman Syiah di Malaysia disebabkan prasangka dan niat jahat segelintir agamawan, Wan Salim tidak menolak andaian tersebut. FMT

4 ulasan:

  1. Dari dolu lagi aku dah agak dan sangkaan aku betul Mopti P pinang ada bau bauan syiah... ternyata benar..


    Pulau Pinang asal dlm satu negri di bawah kesultanan kedah memang banyak melahirkan pemimpin haprak...

    dari dulu dah cakap jangan lantik pemimpin dari utara...

    nak ulang fakta ke pemimpin utara semua haprak...!??



    kan dah mendapat


    #formulaturunhargaBMFokey..!!

    BalasPadam
  2. KIKI LAEN MACAM WAK JEMIN KALI NI
    BANG NON DISAKAT SAMBIL GELI GELI
    SAJA NAK BAGI BANG NON PANAS HATI
    MAKLUM LAH SI JEMIN KESAYANGAN KUTY


    KIKIKIKIKI...!!

    WAK JEMIN JANGAN NAK BERANGAN
    BANG NON BOLE KO GELI GELIKAN
    ATOK KO TU LAGI KUAT MENCIPAN
    SKLI KETIS BOBOI YANG KE DEPAN


    KIKIKIKI..


    WOOII BOBOI MANA KO NAK HUMBAN
    HAAH GADOH JANGAN TAK GADOH SAKAN
    POP CORN TAMBAH JANGAN DILUPAKAN
    TEPUK PADU KASI BUNYI KUAT MENCIPAN


    KIKIKIKIKI..

    LEPAS TG PIAI MUNGKIN KE NIBONG TEBAL PULA
    SINGAH DI SANGLANG KEMUNGKINAN PUN ADA
    NAMPAK DARI SELATAN PRK MCM MENUJU KE UTARA
    JANGAN LUPA LANGKAWI PUN TUNGGU MASA AJER


    KIKIKIKIKI....!!!

    #formulaturunhargaBMFokey..!!

    BalasPadam
  3. Kalau kedudukan saidina Ali lebih tinggi drp RasulAllah dikatakan tak sesat , apa namanya tu?? 😠😠😠

    BalasPadam
  4. Klu takde mop roti mcm ni kiamat tk terjadi dan Imam mahdi tk akan muncul sbb org seperti ini lah terbukti Al Quran dan Al Hadis itu benar
    Wallahuaklam

    BalasPadam

[Gempar] Hidung Tun M berdarah, sidang media diberhentikan serta merta

KUALA LUMPUR, Nov 19 — Sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada pagi ini dihentikan serta-merta apabila hidung beliau mula berdarah...