Selasa, 29 Oktober 2019

Tidak mungkin Teo Nie Ching sokong komik kontroversi itu, Maszlee pertahankan Timbalannya

Gambar Timbalannya dengan Superman Hue dan komik propaganda sudah tersebar luas, penyebaran ke sekolah-sekolah pula dibuat tanpa pengatahuan pihak Kementerian Pendidikan.

KDN pula mengharamkan komik tersebut, D4P beriya-iya menafikan terlibat dengan komik jahat itu, Timbalannya tidak mampu mempertahankan diri dengan kontroversi komik yang memberi imej negatif kepada D4P.



Gambar - Bernama

Akhirnya Maszlee menjadi penyelamat D4P, kali ini nampak pula ketegasan dia, almaklumlah nak tunjuk kepada umum, dia Menteri yang bukan cap ayam.

Ramai mengatakan Timbalan dia yang melangkaui kuasa dari dia yang sebagai Menteri. Kali ini terjawab, dengan gaya hero kasut hitam, dia pertahankan Timbalannya, akhirnya selamatlah D4P dengan isu paling tidak berguna langsung untuk negara.

Tersenyum Timbalannya kerana bossnya sekarang sudah lain, kini menjadi hero yang lagaknya garang, almaklumlah PRK Tanjung Piai ini kena beri imej PPBM bukanlah sebagai penjilat D4P.

Drama-drama ini memang khusus untuk PRK Tanjung Piai, geli ketiak bila lihat gelagak Menteri-menteri yang sudah diberi skrip demi mengalih tumpuan sebenar apa yang berlaku dalam kem Pakatan Harapan.

Rakyat bukan bodoh macam Mahacai.


Maszlee nafi timbalannya sokong komik kontroversi

Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini mempertahankan Teo Nie Ching berhubung gambarnya memegang komik kontroversi “Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama”, mengatakan timbalannya bukan menyokong buku yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mempromosikan sosialisme dan komunisme.

“Dia (Teo) telah beri maklum balas di Facebook mengatakan dia diberikan buku itu dan gambarnya diambil.

“Insiden yang sama berlaku kepada perdana menteri – dia diberikan buku itu dan gambarnya diambil,” kata Maszlee semasa sesi Soalan Menteri di Dewan Rakyat.


Beliau menjawab pertanyaan Mastura Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penerimaan komik itu oleh Teo daripada penulisnya, Hew Kuan Yau dan kata pengantar ditulis Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...