Jumaat, 25 Oktober 2019

Tindakan Ronnie Liu itu bagus, berani dan dia ahli politik yang matang kata Jamal Yunos

Politik ini seni, seni dia pelbagai rupa, kalau yang tidak faham mungkin hanyut dengan suasana gelora emosi, lihat dari suduh berbeza dan belajar cara mencari ruang dan mencari pasal supaya musuh itu terjebak terus dengan suasana tidak tenteram.


Apa yang diperkatakan Jamal Yunus ini, penulis memang setuju, sebab bila erti kata Ronnie Liu ini seorang yang lantang, tidak kisah jadi apa, dia langgar dia langgar. 



Namun cuba lihat dari sudut tersirat apa yang Jamal Yunus ini cuba perhalusi? Mudah sahaja, jangan mudah melatah, fahamkan maksud membaling minyak petrol perlulah didalam api, bukannya didalam air.

Kita sebagai pembangkang, jadilah batu ronsen, bukan jadi lurus bendul hanya rempuh sahaja, perperangan mana-mana dalam dunia ini dipenuhi dengan muslihat. Muslihat itulah penting untuk kemenangan sesuatu pertempuran.

Adios.

Ronnie Liu ahli politik matang, berani – Jamal

KUALA LUMPUR – Ketika semua pihak menghentam dan membidas kenyataan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu Tian Khiew kerana memperlekeh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun masih ada yang menyokong tindakan berani wakil rakyat DAP itu.


Antaranya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menyokong Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Pelek itu atas dasar kebebasan bersuara yang diperjuangkan sendiri Pakatan Harapan (PH).

“Malaysia Baru perlu pertahankan kebebasan bersuara…bagi saya Ronnie Liu adalah seorang ahli politik yang matang dan berani,” katanya yang dimuat naik di Facebook miliknya, semalam.

Selasa lalu, Ronnie mengatakan bahawa PH masih mempunyai kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa kehadiran PPBM.

Ronnie turut memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak membuat keputusan yang bertentangan dan tidak sehaluan dengan pendirian PH.


Menurut Ronnie lagi, DAP, PKR, Amanah, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) sudah mempunyai majoriti kerusi tanpa PPBM.

Dalam pada itu, Jamal juga mempersoalkan sikap berdiam diri DAP yang enggan mempertahankan pemimpin mereka atas prinsip kebebasan bersuara.

“Apa salahnya kenyataan Ronnie Liu..kenapa DAP tidak mempertahan beliau,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 ulasan:

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...