Selasa, 8 Oktober 2019

Umno letaklah calon di Tanjung Piai, sebab kami mampu menang lebih besar nanti kata Tun M

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad “merayu” pembangkang meletakkan calon daripada Umno untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, mengatakan ia akan membantu gabungan itu.


“Tolonglah supaya kita boleh menang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat majlis presiden PH di Yayasan Kepimpinan Negara hari ini.

Beliau hanya tersenyum apabila ditanya apakah yang menyebabkan beliau berkata demikian.

“Yang itu kita tak boleh beritahu,” katanya.

Mesyuarat pemimpin tertinggi PPBM, PKR, DAP dan PPBM hari ini membincangkan persediaan untuk PRK Tanjung Piai, yang mengundi pada 16 Nov ini selepas 14 hari berkempen.

Di pihak BN, Umno dan MCA masing-masing mengumumkan minat untuk bertanding di kerusi itu, yang kosong selepas kematian penyandang, Md Farid Md Rafik dari PPBM pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Sekutu Umno, PAS memberi keutamaan kepada calon BN, sementara di pihak PH, PKR menyokong calon daripada PPBM manakala DAP tidak meletakkan calon.

Tanjung Piai pernah menjadi medan tempur antara MCA dan DAP tetapi DAP beri laluan kepada PPBM pada pilihan raya umum lepas.

Farid menang kerusi itu dengan majoriti 524 undi. Penyandang, Wee Jeck Seng dari MCA, meraih 20,731 undi dan Nordin Othman dari PAS dapat 2,962 undi.

Sebanyak 57% pengundi di Tanjung Piai adalah Melayu, diikuti Cina (42%), dan India (1%).

FMT

3 ulasan:

  1. KIKIKI ATOK GELABAH PASAL HAPER..?
    INI KALI LAH KITA MENANG PASTI..
    KO BELA AJER CALON KO YG ADER..!!
    PENYATUAN UMAH TAGET 10K MAJORITY


    KIKIKIKI... ATOK KITA AKAN MENANG DNG MAJORITY 10K KIKIKIKIKIKI..

    KENA ISU EXCO CKAIM 1.39JOTA, GAS TOKSIK PASIR GUDANG, KILANG JERUBU TEO YEO BINTAT, WAYANG SEMBURIT BANYAK LAGI LAH... INSYSLLAH 10K MAJORITY KITA BAGI...


    #BMF

    BalasPadam
  2. Dia dah tau kalah teruk..tu yg bg statment ikut sedap mulut dia...PH akan kalah di tanjung piai..100%.

    BalasPadam
  3. Kita yakin, pakatan ummah akan memenangi prk tg piai ini. Diantara faktor yg memihak kpd Pakatan Perpaduan Ummah ( PPU ) ialah :
    - isu2 yg disenaraikan oleh anon 8.01 di atas.
    - undi pas dan umno yg sudah tentu solid seperti pru14.
    - ada perubahan di kalangan pengundi cina yg sudah sedar kerosakan yg dibawa dap. Hakikatnya, negara ini milik orang melayu, dan jika org cina mahu merampas hak ini,,negara jadi kacau bilau. Diantaranya iakah kempen bmf yg beri kesan teruk kepada peniaga barangan runcit cina.
    - kebanyakan org melayu sedah sedar, bahawa mahathir dan ph adalah pengkhianat kpd bangsa dan ugama.
    - mhathir tidak pernah berubah, diktator, penipu kaki putar belit,,keling yg memusuhi org melayu.

    INSYALLAH,,PPU akan menang bergaya prk tg piai.

    BalasPadam

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...