Selasa, 8 Oktober 2019

Walaupun kerajaan kerugian berbillion ringgit, tiada sebab nak kembalikan GST

Kalau kita lihat situasi sebenar keadaan ekonomi negara kita, adakah kita yakin Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan itu boleh membawa negara kita ke arah yang lebih maju, rakyat senang, peluang kerja banyak.




Namun adakah itu semua berlaku ketika Pakatan Harapan memerintah hampir setahun setengah, rakyat semakin susah, ringgit makin menjunam, pelaburan makin menyusut teruk, banyak pula aset kerajaan dijual, hutang semakin naik 1 Trillion.

Apa yang nak dibanggakan dengan cukai SST sekiranya banyak cukai baru pula muncul, malah bukan biasa-biasa punya cukai yang muncul, sebagai contoh cukai manisan, cukai 6% cukai digital, tiada lagi subsidi minyak dan bermacam lagi perkara yang tidak baik untuk rakyat dengan cukai dan bebanan.

Anda sebagai rakyat Malaysia, yakin dan pasti SST bakal membawa Malaysia ke arah yang betul?

Tiada sebab kembalikan GST, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebaliknya akan memperbaiki cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak 1 Sept tahun lalu.

“Semasa GST diperkenalkan dahulu, kita dengar banyak rintihan daripada rakyat, mereka bayar cukai dua kali sebab itu kita berpendapat, kita perlu kembali laksanakan SST dan ini sedang berjalan di samping kita perlu baiki pelaksanaan cukai baru ini.


“Tidak ada sebabnya kita akan kembali kepada GST yang ditolak rakyat dahulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu hala tuju kerajaan untuk mengembalikan GST, sekiranya ia dikehendaki rakyat.

Kerajaan terdahulu melaksanakan GST mulai 1 April 2015, tetapi dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu. FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bila masa saya kata minta pihak Polis henti siasatan pimpinan D4P - Lim Guan Eng

Mungkin Lim Guan Eng sedar kenyataannya berkenaan isu LTTE baru-baru ini mengundang kritikan pedas, adakah dengan kuasa beliau sebagai Mente...