Khamis, 14 November 2019

Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan pada Januari 2020 nanti kata Menteri

Akhirnya undang-undang anti perokok yang diilhamkan oleh Menteri Kesihatan terlaksa juga diwajibkan pada Januari 2020 nanti, mungkin bangsa perokok terpaksa mengalah dan restoran-restoran pun terpaksa mengiyakan sebab yang datang ke restoran makan adalah perokok tegar.

Kaki anti hisap rokok terutamanya, bukan semua menjamu selera pun, terutama waktu live EPL, bayangkan kaki nikotin terpaksa menahan dari azab ketika menonton bola. Ketawa yang anti asap rokok nampaknya.


Adakah yang tidak suka merokok itu 100% ada di keda-kedai dan restoran-restoran yang dari dahulu memang dipenuhi kaki nikotin bila waktu puncak?(Malam hari), persoalan ini hanya tokey kedai sahaja tahu siapa pelanggan tetap yang sentiasa memenuhi kedai mereka. Betul kan?

Foto - Malaysia Dateline

Pro dan Kontra undang-undang ini, nak ikut negara maju, tetapi hakikat negara kita sudah ketinggalan serba serbi sejak Pakatan Harapan memerintah.

Rakyat sedang tertekan, sedang menahan emosi, diberi pula tekanan dan undang-undang keras kepada perokok, mendapat dan tahulah akibatnya bila PRU nanti. Tunggu.

Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020 - Dr Dzulkefly


KUALA LUMPUR: Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020.

Menteri Kasihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan.

“Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan.

“Dari jumlah tersebut, sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.

“Sejumlah 23,805 aduan pula telah diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di waktu pertanyaan menteri, di Parlimen, pada Khamis.

Mulai 1 Januari depan, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.


Kegagalan mematuhi larangan terbabit menyebabkan perokok didakwa di mahkamah, yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Semetara itu ketika mengulas isu vape, Dr Dzulkefly menjelaskan, kementeriannya telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Kementerian Pendidikan bagi membincangkan strategi dan langkah-langkah untuk memastikan masalah penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibendung. Astro Awani

4 ulasan:

  1. Yang ni aku setuju dgn montri , tetapi, denda sekali setiap penagih dadah yg didapati positif dadah. Menghisap dadah ini bukan penyakit tetapi malapetaka kpd diri, keluarga dan negara.

    BalasPadam
  2. Ako setuju dabal kan amount tu...
    klu isap kot* wajib free .... kan kjaan PH ni suka human right


    kan.. kan.. kann.

    BalasPadam

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...