Rabu, 13 November 2019

Jika menang besar, calon PH janji buka pusat khidmat Parlimen di Pekan Nanas dan Kukup

Sejak semalam, keyakinan maksimum pihak Pakatan Harapan menjangkakan kemenangan besar bagi calon Bersatu, Karmaine Sardini.

Hari ini ungakapan kemenangan pasti terjadi terungkap lagi, malah berjanji pula akan membuka pusat khidmat Parlimen di Pekan Nenas dan Kukup. Apa sebelum ini tida ada pusat khidmat Parlimen? Bukankah kerusi Tanjung Piai milik bersatu sebelum Ahli Parlimennya meninggal dunia.

Janji pasti diberikan, almaklumlah harapan terlalu tinggi untuk Bersatu mempertahankan kerusi ini, sehingga disaat berbaki 4 hari, dengan tiba-tiba SPR dengan bangganya mengarahkan supaya kempen rumah ke rumah perlu permit Polis.

Foto - MalaysiaGazette

Agak pelik dan misteri tindakan SPR ketika rakyat sedang memerhati gelagat parti kencing rakyat menabur janji dan nampak macam kalah di Tanjung Piai ini.

Double standard untuk memberikan kemenangan kepada parti Bersatu? SPR jangan lacurkan demokrasi, agak pelik, mengapa sekarang pula undang-undang begitu diperlukan?

Terdesak pun beragak, jangan ingat ini zaman 90-an, zaman sekarang rakyat melihat, memerhati, dan boleh menghukum parti memerintah, ingat tu.

Calon PH janji buka pusat khidmat Parlimen di Pekan Nanas dan Kukup

PEKAN NANAS – Calon Pakatan Harapan berjanji akan menubuhkan Pusat Khidmat Parlimen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas dan DUN Kukup sekiranya berjaya diangkat sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Karmaine Sardini berkata, pembukaan dua pusat khidmat itu penting untuk memudahkan penduduk di kedua dua DUN mengetengahkan sebarang permasalahan dan tuntutan di masa akan datang.

“Itu rancangan saya Insyallah sekiranya diangkat sebagai wakil rakyat Tanjung Piai nanti dengan mandat besar pengundi Sabtu ini.

“Kalau semua letak di Pontian sangat jauh, kalau ada dua pusat khidmat di Pekan Nanas dan Kukup memudahkan penduduk berurusan.

“Kadang-kadang orang tempatan mengadu pusat khidmat Pontian sebelum ini sangat jauh khususnya kepada mereka yang naik motor agak sukar datang,” katanya kepada pemberita di Taman Utama di sini ketika program Ziarah Kasih sebagai program kempen PRK yang berbaiki dua hari lagi.

Ditanya langkah pertama beliau selepas menang PRK, katanya, beliau akan melihat semula kesemua perancangan dan permintaan masyarakat yang tidak sempat dilaksanakan oleh arwah Md Farid Md Farik.

Ditanya harapan dua hari lagi berkempen sebelum hari mengundi Sabtu ini, katanya beliau mempunyai keyakinan tinggi pengundi ramai akan beralih dan menyokong PH termasuk aura kehadiran Tun Mahathir malam ini.

“Saya sebagai Islam biasa keluar jumpa masyarakat umum, rumah ke rumah mudah dekati mereka bukan menerusi ceramah.

“Kesederhanaan saya dari dulu lagi, mungkin boleh membantu dan itu yang dilihat pengundi ketika didekati rumah ke rumah dan ceramah kelompok kecil kecilan termasuk masyarakat di Masjid setiap pagi.

“Memang nak pergi semua tempat tapi tak sempat dan agak mustahil. Maka kami edarkan juga risalah ke setiap rumah tanpa mengambil kira rumah bendera biru ke merah,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

3 ulasan:

  1. jika menang kecik buat bodoh jer??

    BalasPadam
  2. APEE SELAMA NI POSAT PARLIMEN TAK UJUD YOUWW..!?
    SPR GILE PERMIT KEMPEN RUMAH KE RUMAH LAGI TEWW..!!
    TAKOT TEWAS 10K MEJEROTY SI KUTTY LAH TEUWW..!!
    RENTA KARMA SI FITNAH MCM TAKOT DIKEJAR HANTU..

    KIKIKIKIKI..

    #BMF

    BalasPadam
  3. SPR pun agak2 la ..bnyk sgt peraturan. kalau gitu, takyah kempen2. Undi saja. 😉😊😋

    BalasPadam

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...