Selasa, 19 November 2019

Kereta terbang akan menjadi kenyataan Khamis ini, Menteri sendiri akan uji kereta terbang tersebut

Akhirnya kita patut berbangga, kerana kereta terbang bakal menjadi kenyataan, tidak dipastikan bagaimana rupa bentuk kereta terbang yang dicanang oleh Menteri gila nak terbang ini.

Sejak tahun lepas ideanya nak sangat kereta terbang direalisasikan, mungkin betul-betul nak tengok suasana moden dan khayalan itu menjadi kenyataan.


Tetapi, persoalannya, kereta terbang teknologi mana yang bakal Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof gunakan? Ambil terus kereta terbang yang dibuat dari China dan hanya tukar logo atau memang teknologi tempatan yang telah diuji dengan jayanya dan teknologi itu mampu buat kereta itu terbang?


Penulis pun tidak pasti, kita tunggu sahaja pada khamis ini, kalau boleh terbang, kita sebagai rakyat Malaysia mesti berbangga, kita tidak akan menghadap jem lagi lepas ini, terutama di Lembah Klang.

Terbaik Menteri, bukan kaleng-kaleng idea kamu.

Menteri pandu uji sendiri kereta terbang Khamis ini


KUALA LUMPUR – Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali, Khamis ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Malah beliau sendiri akan melakukan sendiri pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Menurutnya, ia akan dilakukan di Subang dan turut mengundang beberapa ahli parlimen pembangkang bagi menyaksikan sendiri sesi pandu uji tersebut.




“Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Ia juga menarik perhatian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan bergurau kerana beliau tidak diundang menyertai sesi yang sama.


Mohd. Redzuan kemudian menjemput Mohamad Ariff dan berkata ia akan diadakan selepas pukul 2 petang di Subang.

Mengikut laporan terdahulu, kereta terbang dikenali sebagai ‘Vector’ itu adalah dron yang dikuasakan oleh empat motor menggunakan bateri litium-ion dan boleh menampung beban antara 150 hingga 200 kilogram.

Sebelum itu, kereta terbang menjadi modal pembangkang dan beberapa pemimpin kerajaan juga yang mengkritik usaha Mohd. Redzuan.- MalaysiaGazette

3 ulasan:

  1. kereta terbang pulak.. klu ada PRK skg ni... bole buat lauk isu ni...mau majority 20K mendapat

    alahai...

    BalasPadam
  2. kereta terbang silap ari bulan khamis ni ada yg arwah lagi kang...


    BalasPadam
  3. Dgn ekonomi makin teruk skg, apa kejadahnya nk berterbangan dgn kereta pak wan? Not against the idea of a flying car or a flying pig but its not helping the rakyat at all in their daily struggles. Tak faham2 ke?? 😆

    BalasPadam

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...