Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.
Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9.30 malam dan berlangsung selama dua jam.
Ahli parlimen BN mengunci mulut berhubung tujuan lawatan mereka ke banglo yang terletak di tepi Tasik Putrajaya itu.
Selain ahli parlimen BN, ahli parlimen PKR turut hadir.
Sumber berkata sekurang-kurangnya 22 ahli parlimen BN dan lima ahli parlimen PKR hadir perjumpaan itu.
Wartawan Malaysiakini yang tiba di lokasi mengesahkan melihat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Menteri Pengangkutan Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak).
Ketika ditemui, Zuraida sekadar melambai kepada wartawan tanpa memberi sebarang ulasan. Ahli Parlimen BN yang lain yang meninggalkan kawasan itu turut enggan memberi ulasan.
Salah seorang ahli parlimen BN dilihat berjalan keluar dari kawasan itu ialah Ahli Parlimen Cameron Highlands BN Ramli Mohd Nor.
Apabila ditanya mengenai pertemuan itu, dia hanya berkata: "Tak ada apa. Saya datang sebab rumah saya dekat saja."
Malaysiakini juga melihat kenderaan Ahli Parlimen Umno Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abd Muttalib (Maran).
Ismail, yang ditemui pula sekadar berkata: "Ia(isi perjumpaan) hanya antara ahli parlimen dan menteri".
Van katering merupakan kenderaan meninggalkan kawasan kediaman itu pada tengah malam ini.
Azmin melihat wartawan berkumpul di luar rumahnya tetapi tidak bertemu dengan mereka dan sebaliknya terus masuk dalam rumah.
Perjumpaan antara Azmin dan pemimpin BN ini berlangsung dua hari selepas kekalahan besar PH dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.
Beberapa pemimpin PH menyalahkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atas kekalahan itu dan mencadangkan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Azmin hari ini tampil menyokong Dr Mahathir dan menyeru pemimpin serta ahli-ahli parti PH untuk bersamanya.
PKR ketika ini dilihat terpecah antara kem Azmin dan kem Anwar.
Pergeseran antara penyokong Azmin dan penyokong Anwar diteruskan lagi dengan isu terbaru berhubung pembatalan jemputan buat timbalan presiden PKR itu untuk merasmikan kongres Pemuda PKR (AMK).
Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Azmin bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, yang juga Ahli Parlimen Sembrong, untuk mengumpul sokongan ahli parlimen bagi menyekat Anwar.
Perkembangan terbaru ini hadir ketika Dr Mahathir terus berteka-teki berhubung tarikh untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti dipersetujui PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Malaysiakini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?
PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak perlu berlakon untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat aw...

dah cukup bentuk parti serpihan PKR makin nk mampos la PH kali ni
BalasPadamMesti ada sedikit gila utk jadi ahli politik ?? 😊😊😊
BalasPadamDisember yang kelam di Malaysia -
BalasPadamTunggu masa dan bersedia mental dan fizikal
The Dark is coming..
Aku pun tak sokong nuar jadi peeM, tetapi alangkah baiknya jika biarkan ph hancur tersembam sendiri??
BalasPadamEverybody loose control -
BalasPadamBersiap sedia.semua masa nya sudah tiba
makin hampir dan persediaan untuk menghadapi ke tidak tentuan negara
semua orang mendapat bahagian masing masing bila masa nya tiba -
BalasPadamsi fitnah dan penyokong mendapat bahagian masing masing
si adu domba batu api mendapat bahagian masing masing
si buta tuli membabi buta sokong fitnah dan adu domba mrndapat bahagian masing masing
biarkan si luncai terjun dengan labu labu nya...
what i have done - linkin park
https://www.youtube.com/playlist?list=RD8sgycukafqQ
lets sing all..!!
Baguih layan lagu ni..tapi jgn laa g bunuh diri mcm penyanyinya ya! nanti terus masuk hell!! 😊
BalasPadam