Isnin, 18 November 2019

Konflik peralihan kuasa menjadi punca kekalahan teruk PH di Tanjung Piai kata penganalisis

Pada pendapat penulis, rakyat yang sebenarnya menyampah dengan Pakatan Harapan, manifesto mereka yang sangat hanyir, kencing tanpa risau sebab air hancing itu mengalir deras sampai ke muka.

Rakyat sedang tertekan dengan bermacam-macam hal, ekonomi sudahlah merudum, bantuan banyak pula dinafikan, isu-isu kepimpinan PH juga menjadi peranan besar dalam penolakan rakyat terhadap mereka.



Foto - Free Malaysia Today

Tidak perlu lama-lama buat post mortem, sebab utama adalah kerana menteri-menteri yang berperangai meloyakan.

Malah sabotaj dalam PH juga terutama D4P, sudah terang lagi bersuluh mereka sedang memberi tekanan terhadap Mahathir.

Anwar pula kita sudah tahu, dia tidak sabar mahu jadi Perdana Menteri, tetapi adakah benar rakyat majoritinya mahu Anwar dipercepatkan menajadi perdana Menteri?

Kita tunggu je drama-drama yang menjijikkan lepas ini. Yang penting PPBM sedang nazak sekarang ini.


Konflik peralihan kuasa punca PH kalah di Tg Piai, kata penganalisis

PETALING JAYA: Dua penganalisis politik mengaitkan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai disebabkan pertelagahan berterusan dalam kalangan parti gabungan itu, sambil menambah “undi protes” menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya dan Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata penyebab utama konflik itu adalah pertikaian mengenai pengganti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan peralihan kuasa.

Azman menyeru Mahathir menyatakan rancangan penggantian yang jelas sebelum menyerahkan jawatannya kepada presiden PKR Anwar Ibrahim, mengatakan isu itu menjadi sebab utama konflik dalaman PH.


Beliau memberitahu FMT, Mahathir yang seolah-olah tidak mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan akar umbi DAP dan PKR terhadap pengerusi PPBM itu.

FMT

1 ulasan:

  1. Kesimpulan kpd segala analisis, rakyat tak larat dah tanggung derita. Ph bagai mimpi ngeri 😊

    BalasPadam

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...