Isnin, 4 November 2019

Laporan US kata L**E di Malaysia tiada aktiviti pengganas soal Menteri, minta PDRM beri penjelasan

Kerja Polis semua dia boleh buat, kerja Menteri Kewayangan pun dia buat, semua benda dia boleh buat, itulah hebatnya Menteri PH.

Paling hebat, kerja-kerja perisikan pun dia tahu, lebih atas dari Polis, pihak Polis pula takkan nak diam bila kenyataan yang menjurus kepada perdebatan yang tidak sihat.

Terang-terang L**E itu adalah pertubuhan PENG***S, adakah D4P pula terang-terang nak tutup keadaan merumitkan parti itu dengan isu L**E?

Jangan buat kerja gila wahai Menteri Kewayangan, buat habis karen je.


Kalau lihat situasi L**E ini, menjurus kepada pengharaman parti D4P, mungkin ada sesuatu rahsia yang pihak Polis cukup tahu berkaitan aliran kewangan L**E dan d4P.

Wayang opera sudah masuk fasa yang lain, bersiaplah rakyat Malaysia.


Gambar - Bernama

Tiada aktiviti LTTE di Malaysia berdasarkan laporan AS: Guan Eng

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta memberi penjelasan berhubung laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai terorisme di Malaysia pada 2018 yang tidak menyebut aktiviti-aktiviti yang mengaitkan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, laporan itu hanya menyebut Malaysia sebagai sumber dan lokasi transit bagi kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS), kumpulan Abu Sayyaf, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI).


“Dalam laporan itu, kerajaan AS langsung tidak menyentuh mengenai aktiviti-aktiviti LTTE.

“Kebimbangan orang awam hanya meningkat selepas pihak polis mengambil tindakan terhadap tertuduh yang didakwa mempunyai hubungan dengan LTTE, sedangkan LTTE kini sudah lumpuh dan tidak lagi wujud berbanding kumpulan pengganas yang masih aktif seperti IS, Abu Sayyaf, Al-Qaeda dan JI,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun Guan Eng berkata, DAP tetap mengalu-alukan jaminan diberikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk menyiasat dakwaan tertuduh yang didakwa didera dan dipaksa mengaku salah ketika ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Dalam perkembangan lain, Guang Eng yang juga Menteri Kewangan menafikan dakwaan yang beliau mengancam untuk tidak membayar gaji penjawat awam sekiranya mereka tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai nanti.

“Sudah jelas, pembangkang mahu memenangi pilihan raya tersebut melalui penipuan dan harapan kosong. Sebaliknya, saya menggesa semua pengundi untuk menolak politik perkauman dan keagamaan melampau yang dimainkan oleh pembangkang.

“Pengundi perlu memberi fokus terhadap parti politik yang boleh memberikan perkhidmatan dan dasar yang lebih baik serta memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat,” katanya.


Beliau turut menafikan laporan media mengenai sembilan agensi dan jabatan yang dipindahkan daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, laporan tersebut tidak mendedahkan terdapat agensi yang baru dipindahkan ke Kementerian Kewangan seperti Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia yang memantau semua hospital swasta di negara ini.

“Selain itu, koridor-koridor pembangunan ekonomi juga telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan.

“Satu-satunya perbezaan yang ketara adalah perpindahan Khazanah Nasional ke Jabatan Perdana Menteri yang mana Khazanah selama ini memang dipengerusikan oleh Perdana Menteri meskipun pada pemerintahan Barisan Nasional (BN),” katanya.


Beliau berkata, pemisahan antara jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dibuat oleh PH untuk mengelakkan salah guna kuasa serta memastikan ada semak dan imbang. SinarOnline

2 ulasan:

  1. Kalau dah kena batang hidung sendiri tak nak ikut rule of law. 😊

    BalasPadam
  2. ASS..WR.WB.SAYA pak resky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (082-391-772-208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL

    BalasPadam

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...