Apa dia ingat negara demokrasi langsung tidak boleh kritik? Nak kena puji sahaja agaknya, zaman BN dahulu berapa banyak akaun palsu yang bukan burukkan sahaja, malah membuat berita-berita palsu sampai rakyat terpengaruh untuk undi PH di PRU lepas.
Mereka buat tidak mengapa, kena balik dekat mereka, ini tidak boleh, kami nak kena puji sahaja, mana boleh kritik, sebab kami semua adalah hebat, mulia, power, gempak dan tidak ada cacat celanya.
Moga Pakatan Harapan tumbang di Tanjung Piai.
Gambar - MalaysiaGazatte
Lebih 20 akaun media sosial palsu burukkan calon PH dikesan
KUKUP – Kerajaan Johor berjaya mengesan lebih 20 akaun media sosial palsu yang memburukkan caon Pakatan Harapan (PH), Datuk Karmaine Sardini sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dzulkefly Ahmad mendedahkan tindakan berniat jahat itu bagi merendah-rendahkan calon PH dengan pendekatan negatif.
Katanya, pihaknya memantau beberapa media sosial antaranya Facebook, WhatsApp dan Instagram yang mengeluarkan kenyataan fitnah terutama terhadap calon dan kerajaan PH.
“Dan sekiranya kita dapati aduan-aduan itu adalah fitnah sahih kita akan ambil tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2012 supaya kita boleh berkempen dengan cara aman dan sihat dan cuba elakkan budaya fitnah menjadi sebahagian kempen PRK.
“Kita memilih Ahli Parlimen jadi kita harap supaya mereka yang selalu mengadu domba dengan berita palsu dapat menghentikan berbuat demikian jika tidak tindakn tegas akan menyusul ke atas mereka berlunaskan undang-undang sedia ada.
“SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) juga boleh mengenal pasti pemilik akaun akaun Facebook asal menerusi berita yang disebarkan mereka dan sebahagiannya adalah akaun palsu tetapi tetap dipantau ketat dan setakat ini jumlah dia banyak juga lebih 20 akaun berita palsu dalam pemantauan pada kempen ini,” katanya kepada pemberita malam ini.]
Beliau sebelum itu mengiringi Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal berkempen di Kampung Belokok sempena PRK Parlimen Tanjung Piai.
MalaysiaGazatte
MalaysiaGazatte
PINDA SOSMA SEBAB ACAH ACAH POWER
BalasPadamISU JAWI PUN RUJUK KAT WAKIL PIBG
BANAHAN BILA TELO DICLAMPING TUANYE
NAK.LAWAN TOKONG MAMPOSLA JAWAB NNTI
KIKIKIKIKI.. PUIIII..
RAGAM ATOK ACAH ACAH POWER ...
ALAHAI.. DAH MELUAT NENGOKNYER YEOP OOII..!!
FORMULATURUNHARGA = BMF