Ahad, 3 November 2019

Mahathir belum sedia untuk berikan jawatan PM kepada Anwar kata Azmin, belum masanya lagi

Tidak akan terhenti kisah duka lara peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri ini, macam-macam Anwar Ibrahim membuat watak yang pelbagai, menahan sabar, menahan kerenah mulut-mulut jahat yang hendak sangat menggagalkan impian untuk dirinya menjadi Perdana Menteri.

Desas desus, Anwar sudah tahu yang Mahathir tidak pasti akan beri jawatan Perdana Menteri itu selewatnya Mei 2020 nanti.


Gambar sumber Google

Azmin pula sudah terang-terang tidak akan bersama dengan Presidennya, sudah tidak menyorok untuk berterus terang, kem Anwar dan Azmin nyatanya tidak akan boleh diperbaiki retaknya.

Kalau Azmin sendiri menyokong penuh Mahathir, malah sudah terang lagi bersuluh untuk sabotaj bossnya dalam parti PKR.

Agaknya apa Anwar Ibrahim nak lakukan? Buatlah sesuatu, takkan kias-kias sahaja sekarang, lawanlah balik, kalau biarkan sahaja nanti memang sah anda seorang dayus, dulu bukan main lawan kerajaan Mahathir, sekarang menikus sebab nak jawatan PM.

Saya ulang.



Peralihan jawatan PM muktamad, Tun M belum sedia: Azmin

Proses peralihan jawatan Perdana Menteri melibatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim sudah ‘berulang kali’ dimuktamadkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Dr Mahathir telah menyatakan beliau belum bersedia sehinggalah masalah ekonomi dan negara selesai.

Menurutnya, proses peralihan itu nampak seolah-olah tidak berhenti dibincangkan kerana media kerap membangkitkan isu berkenaan.


“Tak berhenti, kenapa, sebab anda jolok (tanya soalan). (Adakah ada keputusan muktamad?) Muktamad berulang kali dah.

“PM (Perdana Menteri) dah menyatakan beliau belum bersedia sehinggalah selesai masalah ekonomi dan negara. Masalah ini rumit dan beliau mempunyai pengalaman luas untuk membantu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.



Ketika ditanya berhubung kenyataan Anwar mendakwa ada pihak cuba menghalangnya menjadi Perdana Menteri, Ahli Parlimen Gombak itu menyarankan supaya pihak terlibat tidak lagi menyatakan isu itu secara terbuka kerana akan menimbulkan banyak persoalan.

"Sebab itu saya kata jangan bercakap. Bila bercakap, macam-macam soalan timbul. Jadi hentikan semua perbincangan.

“Kita akan adakan perbincangan tentang memperkukuhkan negara, memajukan rakyat luar bandar, tumpu soal WKB (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030),” katanya.

Semalam, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan parti tersebut enggan lagi menyentuh soal Perdana Menteri kelapan dan ‘pengkhianatan’ dalam PKR.


Menurutnya, mereka mahu bergerak ke hadapan dan memfokuskan untuk meningkatkan tahap ekonomi serta perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita kan dah tak mahu sentuh isu ini, tiada lagi sentuh isu PM8 (Perdana Menteri kelapan), tiada lagi isu pengkhianatan.

“Kita perlu bergerak ke hadapan, lakukan kerja kita, tingkatkan ekonomi negara dan perkhidmatan kita kepada rakyat,” katanya. SinarHarian

2 ulasan:

  1. PAS tak bertanding di Tg Piai.. yg bangang sangat meroyan dan marah dng PAS apa pasal...!??? kikiki..!!

    PAS terus maju dan terhangat
    Menarik sungguh perkembangan PRK Tanjung Piai. Parti utama yang bertanding di situ ialah PPBM dari PH dan MCA dari BN, namun PAS pula yang menjadi sasaran serangan politik.

    Bermula pembentukan Muafakat Nasional PAS dan UMNO, serangan politik dihala kepada PAS kononnya menjadikan Muafakat ini sebagai Toliban di Malaysia.

    Tidak kurang juga yang menganggap bahawa muafakat ini adalah rasis apabila mengangkat tema penyatuan ummah. Kononnya muafakat ini akan menyingkirkan golongan non muslim.

    Apabila BN mengisytiharkan calon mereka ialah Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dari MCA, sekaligus membuktikan bahawa Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO tidak pernah meminggirkan non muslim, maka mereka terpaksa menukar tune dengan naratif baru bahawa PAS sudah hilang prinsip kerana menyokong calon MCA yang menolak hudud.. macai PH dah naik gilee skg ni..

    BalasPadam
  2. Sampai 6 pihak nak bertanding PRK Tg Piai...meriah kan ?? 😊

    Nampak sgt ada kelemahan ketara gomen pHantahberantah..the country is going nowhere. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...