Selasa, 5 November 2019

Maszlee enggan ulas soalan biasiswa 300 pelajar tajaan Arab Saudi, tuduh Najib yang curi duit rakyat

Betapa lekehnya menjadi Menteri Pendidikan, betapa huduhnya menjadi seorang Menteri yang hanya pandai mencari publisiti, malah hanya nak orang boleh puji sahaja, kalau kritik atau troll dia akan jadi manusia tidak boleh menerima kritikan dan beri jawapan tidak melambangkan dirinya sebagai seorang Menteri.

Sepatutnya menjadi seorang Menteri, perlu cool, rilek, sentiasa berlapang dada, kerja yang ikhlas, buat kerja yang menyenangkan semua orang, paling penting orang selesa dengan kerja anda tu.


Ini tidak, baru kena perli dengan Najib Razak, dah koyak, membalas jawapan seperti Najib pencuri, perompak, ibarat tiada jawapan yang serius bila soalan dilontarkan.


Moga rakya ajar keangkuhan Menteri-menteri cap ayam macam ni, sudahlah sembang deras, angkuh pula, bila dah angkuh berlagak dia dah tidak boleh dibawa bincang.

Sepenggal sahajalah kamu wahai Menteri. InshaAllah.


Enggan ulas soalan biasiswa, Maszlee dakwa Najib curi duit rakyat

PUTRAJAYA – “Najib curi duit rakyat,” demikian jawapan ringkas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kolokium Pendidik Revolusi Industi 4.0 di Pusat Konvensyen Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Najib di Facebook miliknya menulis status sarkastik yang memuji Maszlee seorang yang baik selepas beliau mengumumkan Kementerian Pendidikan Arab Saudi memutuskan untuk memberikan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia.

Namun Ahli Parlimen Pekan itu turut memuatkan naik tangkap layar berita yang sama pernah diumumkan media pada April tahun lalu seolah-olah ia bukan perkara baharu.

Status yang mendapat komen lebih 2,000 orang itu rata-rata menyatakan Maszlee hanya mengambil kredit yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.


Semalam, Maszlee menyatakan tumpuan biasiswa itu adalah kepada bidang sains dan teknologi.

“Arab Saudi juga sedang menyusun guru mereka daripada tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dihantar dan dilatih di Malaysia.

“Ia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21,” tulisnya dalam laman Facebook beliau.

Tambah beliau, kementerian berbesar hati menerima penghormatan sebegitu dan amat sudi untuk berkongsi pengalaman bersama mereka.

“Para guru mereka boleh mengambil pengalaman tinggal dalam budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah.


“Pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 ulasan:

  1. Sentap joran dpt ikan. sentap montri dpt cacian. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
    teringin nak breakfast dgn cikgu di sekolah. menu apa agaknya?? tak tido mlm lah montri nak pilih menu. 😊😊😊

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...