Terkejut juga bila baca secara melulu, tetapi bila baca sampai habis, akhirnya baru faham, mereka bukannya boleh dijamin, maksudnya mereka-mereka ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan boleh atau tau mereka dijamin.
Panik pula bila membaca, tapi kalau baca tajuk je mau jadi sawan tau, geram, emosi, tapi bila baca bagi habis baru faham.
Kes LTTE: Mahkamah Tinggi putuskan jaminan 12 individu
MAHKAMAH Sesyen di Kuala Lumpur, membenarkan permohonan 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa berhubung kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) untuk merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang membuat permohonan itu di tiga Mahkamah Sesyen berasingan, semalam.
Dalam keputusannya, Rozina berkata, terdapat merit dalam permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 13(2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi merujuk isu perlembagaan berhubung jaminan ke Mahkamah Tinggi.
Dalam prosiding sama, mahkamah tidak membuat sebarang perintah jaminan serta tiada penangguhan prosiding.
Sementara itu dua lagi Hakim masing-masing, Azman Ahmad dan Azura Alwi membuat keputusan sama berdasarkan perkara yang dirujuk Rozina.
Kesemua tertuduh terdiri daripada, ADUN Gadek, G Saminathan, 34; pemandu teksi, V Balamurugan, 37; penghantar surat, S Teeran, 38, pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 36; pengawal keselamatan, M Pumugan, 29; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) S Chandru, 38; Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, R Sundram, 52; juruteknik aplikasi, S Arivainthan, 27; penjaga stor, S Thanagaraj, 26; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60; ahli DAP, V Sureshkumar, 43, dan B Subramaniam, 57.
Semalam, 12 tertuduh didakwa di tiga mahkamah berasingan atas beberapa pertuduhan antaranya memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi media sosial iaitu Facebook.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bagi tuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda.
Sambung bacaan disini
https://bit.ly/326skF4
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka
Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...

Menzahirkan simpati dan menyokong LTTE 2 pekara berbeza dlm perbuatan 12 org yg telah didakwa.
BalasPadamBiarkan undang2 menentukan. Bising sana sini dan ugut nak posa bagai, buat apa? Awal2 dah tuduh pihak lain naya depa. Drama sungguh!! 😋😋😋