Jumaat, 8 November 2019

[Panas] Setelah tular video kutuk D4P Perak, akhirnya MB mengaku....

Kadang-kadang puak Bersatu ini kita tidak boleh percaya sangat, mereka ini naik menjadi pemimpin dan jawatan tinggi-tinggi pun sebab kerana Mahathir, kalau tidak kerana orang tua tu, tidak mungkin mereka-mereka yang sepatutnya tidak layak memimpin mendapat jawatan sedap-sedap yang orang lain pun anggap, menghabiskan beras sahaja.



Foto - The Star

Semalam tular satu video, MB Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) mengutuk D4P Perak, katanya dia keseorangan melawan D4P.

https://www.facebook.com/sukakenakencing/videos/2403841896393163/?modal=admin_todo_tour

"Kawan kawan saya orang UMNO tak ada lah marah saya macam ni .. kawan kawan saya dalam UMNO tolong saya lawan DAP - kata MB PerakDatuk Seri Ahmad Faizal Azumu"

Keretakan dalaman Pakatan Harapan (PH) khususnya antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan DAP bukan perkara baru bahkan ianya diakui sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Pengakuan Ahmad Faizal itu ditularkan dalam media sosial ketika beliau turun padang berkempen bersama calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Rakaman video klip berdurasi dua minit 46 saat yang dimuat naik di Facebook kurang lima jam tadi.

Dalam video klip itu menunjukkan Ahmad Faizal mengakui beliau keseorangan berdepan dengan para pemimpin DAP Perak lebih-lebih lagi ketika memperjuangkan hak orang Melayu.

“Macam saya kat Perak, saya seorang-seorang terkontang-kanting nak berlawan dengan puak-puak DAP ini. Saya nak pertahankan tanah orang Melayu, saya nak perjuangkan agama kita, saya buat tu perlahan-lahan.

“Tapi Alhamdulillah kat sana kawan-kawan UMNO tak ada marah-marah saya macam ini. Kawan-kawan UMNO sana baik dengan saya,” katanya dalam video klip yang dimuat naik di Facebook milik Azizi Safar hari ini.

Perbalahan di antara PPBM dengan DAP ketara apabila Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu Tian Khiew pada 22 Oktober lalu yang antara lain berkata PH masih mempunyai kerusi Parlimen mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan tanpa kehadiran PPBM.


Ronnie turut memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak membuat keputusan yang bertentangan dan tidak sehaluan dengan pendirian PH. MalaysiaGazatte

Peja sudah menjawab isu video tular itu, mengatakan luar pada konteks dan tidak perlu diperbesarkan
FMT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[Rakyat wajib beli] Elak guna kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai kata NGO

PETALING JAYA: Konsultan keselamatan penumpang kanak-kanak menasihati ibu bapa tidak membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terpakai m...