Jumaat, 8 November 2019

[Panas] Video mirip MB Perak kutuk D4P bukanlah perkara serius dan perlu diperbesarkan kata Muhyiddin

Nampaknya kerana video tular MB Perak membalun D4P tanpa selindung, telah membangkitkan suasana  tegang di kem PKR/PPBM dan D4P, malah memungkinkan pergolakan serius bakal berlaku di Perak.


Gambar sumber Google

Bukannya cakap-cakap kosong, perbalahan antara MB Perak dan D4P mungkin tidak dapat disorok secara terbuka lagi.

Kali ini memungkinkan tindakan desakan supaya MB Perak meletak jawatan, panasnya suasana PRK Tanjung Piai, lagi panas suasana di Perak.

Muhyiddin sedang membuat 'demage control'


PEKAN NANAS: Muhyiddin Yassin berkata video mirip Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang tular, memaparkan seorang individu bercakap mengenai usaha melindungi kepentingan Melayu, bukan perkara besar.

Presiden PPBM itu akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Faizal mengenai isu itu, malah beliau sendiri tidak mengikut isu itu sepenuhnya.

“Itu biasalah, mungkin sebab dia daripada PPBM. Tetapi kedudukan dia sebagai menteri besar boleh membantu (orang Melayu), itu pengalaman peribadi beliau,” katanya pada sidang media ketika pertemuan dengan polis petang tadi.

“Itu laman peribadi tetapi apa pun beliau menteri besar dan DAP rakan penting di kerajaan Perak,” tambahnya.

Terdahulu tular video mirip Faizal yang berkata di Perak beliau seorang terkontang-kanting melawan “puak-puak DAP”.


“Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita,” kata video itu.

“Saya buat itu perlahan-lahan, tapi Alhamdulillah…kat sana (Perak) kawan-kawan Umno saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan Umno baik dengan saya.”


Sementara itu, Muhyiddin juga percaya penularan video itu tidak akan menjejaskan kempen Pakatan Harapan di Tanjung Piai. FMT

1 ulasan:

  1. moh kita UP sket blogger bodoh Bersatu sofi wahab

    mutaligat.blogspot.com

    blogger bodoss renta jugak situ bole la ko nak berhujah panjang dan berpantontaton skli...

    KU SANGKA KAN TANJUNG PIAI PANAS MENCANAK
    PANAS LAGI RUPENYE YEOP OOII DI NEGERI PERAK.!
    TG PIAI BN GERENTI MENANG MOH KITE KE PERAK PULAK
    MOH MENGKOMER YEOP&YONG WAYANG SEMBURIT TGGU MASE KOYAK RABAK

    KIKIKIKI..

    MB PERAK BUKA GELANGGANG BERGOMOI
    PERANG SAUDARA TAK DAPAT NAK DIELAK
    HAAH TEPUK BIO PADU PADAT YEOP OOI.!
    SAPA MELINGKUP DOLU KITA PAKAT GELAK


    KIKIKIKIKI..

    #BMFOKEYY..!!

    BalasPadam

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...