Ahad, 10 November 2019

Pengundi Cina usahlah hukum PH, kami jujur dan sedang perbaiki negara ini dari perompak negara

Kadang-kadang tidak dipastikan, skrip tetap sama digunakan semasa mereka belum menjadi pemerintah, skrip sama juga mereka gunakan untuk mempengaruhi rakyat iaitu perompak, pencuri, Najib dianggap perosak dan macam-macam tuduhan.

Setelah mereka menjadi kerajaan, hampir dua tahun, manifesto pula menipu, rakyat mula marah, ekonomi makin teruk, matawang makin merudum, pelaburan makin kurang, peluang pekerjaan makin menghimpit, perpaduan kaum sedang dirosakkan, menteri pula syok sendiri dan macam-macam lagi perangai huduh dari Kerajaan Pakatan Harapan.



Gambar sumber - FMT

PRK Tanjung Piai adalah penentu aras, kalau kalah juga PH, itu tandanya ada sesuatu yang mereka perlu sedar.

Sebut sahaja nama Pakatan Harapan, rakyat mula menyampah tahap gaban, inikan pula nak beri lagi mereka masa untuk memerintah lebih lama.

Kalaulah Maszlee kata selama 60 tahun rakyat nak membenci BN, dia kena sedar, tidak sampai dua tahun sahaja majoriti rakyat dah benci gila dengan Pakatan Harapan.

Jadi apa nak dibanggakan? Kasut hitam ke?


Pengundi Cina tak adil hukum PH, kata Maszlee

KUKUP: Ahli Majlis Pimpinan PPBM Maszlee Malik berkata pengundi Tanjung Piai khususnya masyarakat Cina tidak adil menghukum kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru berusia kurang dua tahun.

Beliau yang juga menteri pendidikan berkata PH sedang berusaha untuk membuktikan pentadbiran yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN).

“Dalam keadaan kurang dua tahun, banyak perkara baik yang telah kita (PH) lakukan. Jadi, tidak adil untuk menghukum kita,” katanya ketika ditemui selepas dialog bersama komuniti Cina hari ini.

Beliau ditanya mengenai ketidakyakinan pengundi Cina di Parlimen Tanjung Piai terhadap pentadbiran PH.

Sebelum ini, pengundi Cina di Pekan Nenas yang ditemui FMT akui berbelah bahagi antara PH dan pembangkang pada pilihan raya kecil kali ini.

Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan 50% pengundi Cina akan lari kepada pembangkang.

Maszlee berkata BN memerintah selama 60 tahun tetapi terbukti mereka tidak boleh lakukan yang terbaik, dan menyeru rakyat memberi peluang kepada PH.

Beliau berkata gabungan itu akan memastikan pemerintahan lima tahun ini akan jauh lebih baik daripada pentadbiran BN.


“Kerajaan PH pula ada perdana menteri dan menteri-menteri yang bersih dan begitu komited.


“Adakah kita ingin menghukum orang yang ingin membawa Malaysia menjadi negara bersih atau kita ingin ambil orang yang dah terbukti melakukan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

FMT

3 ulasan:

  1. FUYOO MENTERI INI RETIS RAMAI YANG SUKA
    KLU DINA ADA MLM TU TENTU NANGIS GILER
    YER LA KASUT ITAM JADI KEUTAMAAN KATANYA
    NANGIS JUGA CT ALIJA DAN SHIELA GAMAKNYA



    ALAHAI..

    #BMF

    BalasPadam
  2. Memteri2 yang bersih konon... Puihhh!!

    BalasPadam

[Panas] Mahu minum arak di tempat awam tiada halangan kata Exco D4P

Agak terkejut, bila kenyataan begini bakal menjadi satu persoalan, adakah arak itu sudah tidak kisah untuk dihalang meminumnya di tempat awa...