Isnin, 18 November 2019

[Rakyat wajib beli] Elak guna kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai kata NGO

PETALING JAYA: Konsultan keselamatan penumpang kanak-kanak menasihati ibu bapa tidak membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terpakai meskipun ia dijual lebih murah.



May Hwong dari Childline Foundation berkata kebanyakan CRS dikeluarkan hanya boleh digunakan sehingga lapan tahun daripada tarikh pembuatan.

“Saya tahu ada ibu bapa yang mengadu tak mampu untuk membeli CRS ini tapi mungkin boleh dijadikan keperluan asas sebelum lahirkan anak atau menabung.



“Sebenarnya banyak CRS yang mengikut piawaian di pasaran tapi harganya mampu milik. Murah tak semestinya tak bagus, saya memang tak galakkan membeli CRS terpakai sebab kita tak tahu sejarahnya sama ada pernah terlibat kemalangan, ada bahagian yang hilang dan sebagainya.

“Kebanyakan CRS hanya boleh digunakan untuk enam hingga lapan tahun bermula daripada tarikh pembuatan kerana kesan cahaya UV boleh mengurangkan ketahanannya,” katanya kepada FMT.

Bulan lalu, kerajaan dilaporkan akan mewajibkan penggunaan CRS dalam kenderaan mulai 1 Januari, bagi mengelakkan daripada kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Mengulas lanjut, May berkata mana-mana CRS yang terlibat dalam kemalangan tidak boleh digunakan lagi dan perlu dilupuskan segera.

Katanya lagi, mengikut statistik dikeluarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), daripada 2007 hingga 2017, seramai 1,559 kanak-kanak bawah 10 tahun maut akibat kemalangan jalan raya.


“Di Malaysia, kerajaan mewajibkan bayi baru lahir hingga tinggi yang kurang 135cm untuk pakai CRS sebab kena ingat tali pinggang keselamatan dicipta untuk orang dewasa bukan kanak-kanak.

“Apabila berlaku kemalangan, kesan atau kecederaan kepada kanak-kanak lebih serius,” katanya. FMT

Tiada ulasan:

Catat Komen

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...