Lagi berbulu D4P bila MB Perak dengan selamba kata tiada keperluan nak minta maaf kepada parti itu sebab video tular baru-baru ini.
Nampaknya perbalahan bakal teruk dan panas lepas prk ini, jadi kepada semua, sediakan pop corn lebih sikit ya.
PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap tiada keperluan untuknya membuat permohonan maaf kepada DAP Perak susulan kenyataannya baru-baru ini yang tular di media sosial.
Menteri Besar Perak sekali lagi mempertahankan dirinya tidak bersalah dalam masa yang sama menegaskan kenyataannya disalahtafsirkan oleh pihak tertentu yang mahu mensabotajnya sehingga mencetuskan kontroversi.
Namun beliau tidak mengulas lanjut tentang tindakan sabotaj itu.
Malah beliau berkata insiden tersebut tidak menjejaskan hubungannya dengan pemimpin DAP di negeri itu.
“Semalam saya bersama kawan-kawan DAP tiada masalah kami bersama-sama raikan Ulang Tahun Keputeraan Ke-63 Tuanku (Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ) semua dalam keadaan gembira.
“Kenyataan saya diambil di luar konteks saya sudah jelaskan kepada Bersatu. Saya ada buat apa-apa salah?” Soalnya kembali ketika ditanya adakah beliau akan membuat permohonan maaf seperti yang didesak oleh Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh.
Wong terdahulu menegaskan Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak melalui rakaman video yang tular itu amat dikesali dan sangat memalukan. – MalaysiaGazette
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Najib 'tarbi' kerajaan PN kerana tidak mampu menjaga warganya sendiri yang jatuh sakit
Memang itulah yang terjadi, mengapa Najib kritik lantang dengan kerajaan PN sekarang ini? Puncanya kerna mereka cara mereka menyelesaikan ...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, Umno dan PAS sepatutnya menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan tidak “merampas” kerajaan Pa...
-
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd...

Tiada ulasan:
Catat Komen