Selasa, 5 November 2019

Serangan terbaru terhadap Azmin, disaman RM300,000 kerana tidak bayar bil pelancongan menurut laporan

Dengan tiba-tiba angin tiada, ribut tiada, setelah isu video semburit reda dan menyelamatkan sementara karier Azmin.

Hari ini berlegar pula cerita panas yang bakal memeningkan kepala Azmin dan Mahathir juga. Tidak dipastikan atas arahan siapa yang membongkarkan perihal saman menyaman ini.


Sudah pasti media arus perdana dan media pro Kerajaan tidak mendapat sumber awal berita perihal Azmin ini. Elok pula di PRK Tanjung Piai tengah sibuk calon-calon bertanding berkempen. Cerita Azmin pula keluar.

Retak menanti belah

Azmin kita sedia maklum sudah menyokong penuh Mahathir, membelakangkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Ingat lagi kata Anwar ada dua 'Ngok Ngek' dalam PKR yang tidak suka dirinya, tidak setuju pula dia mengantikan Mahathir sebagai PM pada Mei nanti.

https://www.headbomb.net/2019/11/hot-ada-dua-pemimpin-ngok-ngek-dalam.html

Perang dalaman D4P/PKR dan PPBM sudah nampak dalam bayang-bayang, tidak boleh disorok dengan cara halus, retak menanti belah semakin parah.


Azmin disaman tak bayar bil pelancongan RM300,000, kata laporan - FMT

PETALING JAYA: Sebuah agensi pelancongan mengheret Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali ke mahkamah atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000 yang termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu, menurut Sarawak Report.

Laman web itu memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Azmin dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun plaintif dan/atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report.


Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Dis ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jurucakap YHA Travel ketika dihubungi enggan mengesahkan laporan itu.

Menurut Sarawak Report, syarikat itu menuntut Azmin membayar RM328,901 tambahan kepada faedah dan ganti rugi lain yang dinilai.

Katanya, Azmin ialah pelanggan agensi itu kira-kira 20 tahun dan beliau membuat bayaran tepat pada masa melalui seorang wakil.

“Bagaimanapun, kali ini bayaran tertunggak lebih lama daripada dahulu.”

Sementara itu, Sarawak Report mempertikaikan bil sebanyak RM300,000 dengan berkata, Azmin yang juga timbalan presiden PKR sudah mengisytiharkan gajinya RM50,000 sebulan.


“Dalam keadaan itu, sukar untuk memahami bagaimana beliau boleh berhutang jumlah begitu banyak dan membayarnya – kebanyakan penerbangan itu untuk ahli keluarga, yang menaiki kelas perniagaan.” FMT


2 ulasan:

  1. YABEDA BEDUU WAYANG SEMBURIT MAKIN PANAZZZ
    POP CORN TAMBAH KASI TEPUK PADU PADAT KETAT
    KITA TENGOK BARUA SAPA TELINGKUP YEEAZZ
    TG PIAI KASI MENANG PERCUMA JE LA HANATT

    KIKIKI... WOOOIIII APO GEGADUH NI WOOIII..!! BAGI MENANG FREE TG PIAI LA WOOIIII...!! BODOSSS..!!

    HAHHHHH YG LAIN CLAPS YUR HAND OKEYYY..!!

    FORMULATURUNBARANG = BMF

    BalasPadam
  2. Sarawak report pertikai??? 🀣🀣🀣

    Bayar je lah. Duit berkepuk kepuk kan?

    BalasPadam

[Kerja Gila] Ahli Parlimen BN/PKR berjumpa di rumah Azmin, ada apa-apa ke ni?

Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya. Pe...