Isnin, 18 November 2019

Syed Saddiq punca kekalahan teruk PH di Tanjung Piai kata Ketua Armada Terengganu

Belum buat post mortem, sudah tuduh menuduh pula menjadi episod menarik selepas kekalahan teruk PH di Tanjung Piai, tuduh menuduh menjadi semakin panas apabila ketua Armada Terengganu pula mengeluarkan kenyataan menyalahkan Syed Saddiq. Adakah kerana Syed Saddiq mengaruahkan calon Bersatu punca utama perbalahan ini?



Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu, Syaiful Irfan Anang berkata, punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH yang dianggotai empat parti.

Maka pergaduhan terbuka bakal terjadi selepas ini, kem Syed Saddiq tidak akan diam diri, akan kena lunyailah ketua Armada Terengganu ni, tidak percaya tunggu, anda akan lihat situasi tidak selesa dalam kem Pakatan Harapan, pakuk memakuk, tuduh dan menuduh bakal berlanjutan sehingga Tun Mahathir pun akan jadi sawan.



Silap haribulan orang tua tu terlepas cakap akan bubar Parlimen, kita mana tahu kan, sekali betul hal itu terjadi, rakyat sedang marah amat sangat dengan PH sekarang.

Nak tunggu PRU15 lambat sangat, merana rakyat.


Bukan Tun M, tapi Syed Saddiq punca PH kalah - Syaiful Irfan Anang

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipersalahkan susulan kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu, Syaiful Irfan Anang berkata, punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH yang dianggotai empat parti.

Syaiful Irfan juga menolak keras kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali yang menyifatkan kekalahan di Tanjung Piai memperlihatkan kekecewaan rakyat terhadap PH, terutamanya kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.




"Ketua Pemuda PH tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai ketua sayap kepada gabungan empat parti apabila gerak kerja dan mobalisasi bagi jentera pemuda PH berada pada tahap yang sangat lemah walhal pemuda PH seluruh Malaysia menunjukkan semangat yang tinggi untuk berbakti namun kepimpinan memperlihatkan kelemahan di dalam sistem tadbir urus dan berorganisasi.



"Teguran perlu diberikan kepada beliau kerana realitinya pada PRK sebelum ini dan kali ini PH mengalami kekalahan yang sangat mendukacitakan kerana rakyat Johor telah memilih untuk tidak mengundi PH juga kerana pelbagai isu yang terpalit dengan beliau yang masih tidak dapat diselesaikan dengan baik terutama isu yang melibatkan Istana Johor," tegasnya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya. ASTRO AWANI

1 ulasan:

Berdentum!! Musa Hitam bongkar yang Anwar Ibrahim sepatutnya sudah jadi Perdana Menteri...

 Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berpendapat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah menjadi Perdana Men...