Jumaat, 4 Januari 2019

AKHIRNYA HARGA PETROL TURUN JUGA BERMULA JAM12.01AM MALAM INI #hancing

Setelah berdrama banyak kali. Akhirnya petrol turun juga. Apa kata kita ucapkan terima kasih kepada Nobita.

Harga Runcit Petrol Turun Malam Ini

Harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.


Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

https://www.malaysiakini.com/news/458906?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

MAJLIS RAJA-RAJA BERMESYUARAT MALAM TADI, TIDAK SEPERTI MESYUARAT BIASA KATA SUMBER

Majlis Raja-raja Melayu dilapor bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi.

Ia berlangsung ketika timbul spekulasi berkaitan status Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Memetik sumber, The New Straits Times (NST) hari ini mengesahkan mesyuarat tidak rasmi berlangsung berlangsung susulan tamatnya tugas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai pemangku Agong.



Tidak seperti mesyuarat biasa, menurut laporan itu, tiada keperluan untuk perdana menteri dan pegawai kerajaan lain hadir.

Mesyuarat seperti ini dilaporkan jarang berlaku.

“Mesyuarat seperti ini biasanya berlangsung sekali atau dua kali sepenggal, dan biasanya untuk membincangkan sesuatu yang penting.

“Tiada mesyuarat seperti ini tahun lepas,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Satu lagu sumber juga menegaskan kepada NST bahawa mesyuarat itu benar-benar berlangsung.

Katanya, terdapat “perbincangan serius” berkaitan hal ehwal monarki.

Sumber bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Agong hadir dalam mesyuarat itu.

“Kamu kena tanya Istana Negara. Saya tidak dapat beritahu,” katanya.

Setakat laporan ini ditulis, Istana belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara itu.

Malaysiakini sudah menghubungi istana dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sultan Muhammad V had bercuti dua bulan sehingga 31 Disember untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ketika ketiadaan baginda, Sultan Nazrin memangku tugas sebagai Agong.

Media luar negara sebelum ini melaporkan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Rusia Oksana Voevodina di Moscow.


Bagaimanapun sehingga hari ini, pihak istana belum membuat sebarang penjelasan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah semalam berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan Sultan Muhammad V mahu meletakkan jawatan.

Mohd Amar meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin.

MalaysiaKini

PRU15 boleh memudaratkan, kata Hamzah

 PETALING JAYA: Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situ...