Sabtu, 5 Januari 2019

ANAK MENTERI PERTAHANAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek berusia 33 tahun.

“Kedua-dua mereka dibebaskan lewat petang tadi dengan jaminan polis,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Menurut sumber, suspek bersama rakannya merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ANAK MENTERI PERTAHANAN DITAHAN POSITIF GANJA?


Menurut laporan portal SinarOnline dengan tajuk, anak Menteri ditahan positif ganja.

Spikulasi hangat mengatakan anak Mat Sabu terbabit. Malah kesahihan sebenar masih belum diumumkan oleh mana-mana media arus perdana.

Namun panas di media sosial mengatakan itu adalah anak Mat Sabu.

Kalau benar, memalukan sungguh.

Anak lelaki kepada Menteri Pertahanan, ditahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 12.30 tengah malam tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh polis Narkotik Daerah Dang Wangi.

Seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MELAYU JANGAN TAKUT JADI KURANG AJAR #hancing

Sudah sampai masanya untuk Melayu bangun dan jangan lagi takut untuk bersikap kurang ajar. Lebih dari 500 tahun Melayu telah dijajah, dihina dan menjadi hamba di negara mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka sendiri.


Melayu jangan takut untuk menjadi kurang ajar. Itulah yang telah diperkatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, di dalam ucapan beliau di Kuala Nerus, Terengganu, lebih kurang 35 tahun dahulu.

Melayu jangan takut kurang ajar, kata Tun Musa Hitam

Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah melancarkan kempen yang dipanggil Semarak untuk mecabar dan memalukan Raja-Raja Melayu. DYMM Sultan Selangor, Sultan Pahang, Sultan Kedah, Sultan Kelantan dan Sultan Johor telah dituduh dengan berbagai salahlaku, kebanyakannya rekaan dan fitnah semata-mata.

Hari ini, 30 tahun kemudiannya, kempen anti-Raja sudah kembali. Kempen menghina Islam dan memperkecilkan orang Melayu juga turut dilancarkan. Sesetengah rakyat sudah tidak takut untuk bersikap kurang ajar terhadap Raja-Raja, Islam dan orang Melayu.

https://www.malaysia-today.net/2019/01/04/melayu-jangan-takut-untuk-menjadi-kurang-ajar/

Shazni dilantik ketua pemuda PH, namun ditentang dalam AMK

 Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) yang baru. Namun pelantikan itu, yang diput...