Rabu, 16 Januari 2019

PELAMPAU HINDRAF BUAT KACAU SECARA BIADAB DI PEJABAT PENDAKWAH BEBAS FIRDAUS WONG

Pelampau Hindraf buat kecoh di pejabat Firdaus Wong

Seorang pelampau Hindraf menceroboh ke pejabat pendakwah bebas, Firdaus Wong berikutan penjelasan yang dibuat oleh Firdaus berhubung dakwaan cogan jata Sultan Pahang berasal dari Dewa Murugan, semalam.


Pelampau itu, Arunakiri Nathan tidak berpuas hati kerana contoh perbandingan yang dibuat Firdaus seolah-olah memalukan dewa Hindu.

Kekecohan yang berlaku menyebabkan Firdaus memanggil pihak polis untuk meredakan keadaan.

Polis telah memberi amaran kepada Arunakiri supaya beredar dari premis itu jika tidak, dia akan diambil tindakan.

Sementara itu, Firdaus nyata kecewa dengan tindakan Arunakiri yang menceroboh pejabatnya dan melemparkan kata-kata provokasi terhadapnya.

Cerita Asal Klik Sini

KERANA IKHLAS, YB DUN JERAM TETAP LETAK NAMANYA DIBAJU SEKOLAH UNTUK SUMBANGAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH #hancing #viral

Sebelum ini tular Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli memberi beg sekolah kepada kanak-kanak dengan gambar wajahnya dicetak pada beg berkenaan.

Kali ini beliau memberi sumbangan 10,000 helai baju sekolah dengan label 'Sumbangan YB Shaid Rosli' kepada pelajar di DUN Jeram.

"Ini adalah sumbangan ikhlas bagi membantu pelajar dalam golongan kurang berkemampuan. Baju ini disediakan khas dengan jenama saya sendiri ‘YB Shaid Rosli’.


"Jenama itu boleh dilihat dikolar. Mengikut perancangan asal, pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka namun ia mengalami kelewatan dari pihak pengedar," kata Mohd. Shaid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 1,600 helai telah disumnangkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3. Sebanyak 10 buah sekolah rendah akan menerima manfaat pemberian baju berkenaan.

"Saya menyedari penduduk di kawasan DUN ini tidak semuanya senang dan mempunyai pendapatan yang mencukupi.

"Jadi, bantuan yang kita serahkan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka terutama yang datang dari keluarga kurang berkemampuan," kata Mohd. Shaid.

Baca Selanjutnya UTUSANONLINE

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...