Sabtu, 2 Februari 2019

NAJIB MINUM KOPI DI LANGKAWI, 5 LAPORAN POLIS DIBUAT OLEH PPBM #viral #hancing

Malaysia baru, betapa hebatnya kebebasan hak individu untuk pergi ke mana-mana, menjadi masalah besar sekiranya #MaluApaBossku untuk berjumpa dengan orang biasa.

Anda rasa PBBM ni koyak jiwanya. Sakit hatinya sehingga buat laporan polis mengatakan kehadiran Najib Razak sebagai gangguan dan mengancam situasi?

Gila apa politik macam ni? Memalukan.


Program Bossku: Polis terima 5 laporan

POLIS menerima lima laporan polis susulan Program Bossku yang diadakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Langkawi, selama tiga hari bermula semalam.


Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan polis itu dibuat oleh anggotaParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Langkawi petang semalam susulan program yang diadakan di kawasan Pantai Cenang hari ini.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya hanya menerima lima laporan sahaja yang mahu polis menjalankan siasatan sama ada program itu mendapat permit, ada unsur hasutan atau perkauman.

“Kita juga sudah bertemu dengan penganjur dan menasihatkan mereka.

“Mereka juga berjanji hanya membuat program minum pagi di dalam restoran dan tiada sebarang ceramah akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan bekas Perdana Menteri itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 6.30 petang semalam untuk menghadiri Program Bossku.

Malah dalam program dirancang itu, beliau turut bertemu dengan pemandu Teksi Langkawi hari ini dan mengadakan konvoi motosikal bersama anak muda.

Jumaat, 1 Februari 2019

BN DAN PAS SHAH ALAM KUMPUL DATA PENGUNDI PRK DUN SEMENYIH, KERJASAMA MAKIN ERAT #viral

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Pas Parlimen Shah Alam melakukan gerak kerja bersama mengumpul data pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Pengerusi BN Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, ini adalah sebagai persediaan kempen bagi PRK tersebut yang dijangka bermula 16 Februari depan sebaik penamaan calon.

Katanya, kerjasama itu dilihat mampu memperkasakan hubungan antara kedua-dua parti yang terjalin dalam beberapa PRK DUN di negeri dan Parlimen Cameron Highlands sebelum ini.

"Hari ini BN dan Pas Kawasan Shah Alam mengadakan mesyuarat rasmi bagi mengatur gerakerja lebih awal untuk menghadapi PRK DUN Semenyih.

"Momentum kerjasama kedua-dua parti ini telah menunjukkan hasil dengan kemenangan di PRK Parlimen Cameron Highlands, Sabtu lalu," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut di pejabat UMNO Bahagian Shah Alam di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pas Kawasan Shah Alam, Abdul Halim Omar menegaskan kerjasama kedua-dua pihak bukan perkara baharu kerana sebelum ini pernah bersama-sama berkempen di PRK DUN Seri Setia.

"Kita telah menerima mandat dari pusat untuk melakukan gerak kerja lebih besar bagi memastikan kemenangan di PRK DUN Semenyih," katanya. - K! ONLINE

"MALU APA BOSSKU" DAH POPULAR SAMPAI KOREA DAN ARAB, WIN SUNGGUH #viral

Hebat penangan Malu Apa #Bossku yang meniti dibibir rakyat Malaysia, sampai ke Korea pula dia merebak, hebat #Bossku



Baru-baru ini seorang pengguna Twitter dengan nama Jepi telah memuatnaik sebuah klip video memaparkan sekumpulan pelajar kelas berbangsa Korea menyebut ‘Malu Apa Bossku’ sambil ketawa.

https://twitter.com/i/status/1090565222262132736


— jepi (@WanMohdFirdaus8) January 30, 2019

Lebih menghiburkan, netizen turut berkongsi video yang menunjukkan seorang warga Arab turut menyebut slogan yang sama.


— Prodigal Son (@Zaid_Alfaruq) January 31, 2019
Nampaknya ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ sudah mula ‘menjajah’ masyarakat luar. Tak mustahil satu hari nanti ianya akan dikeluarkan dalam bentuk lagu.
Untuk makluman, sebutan ‘Malu Apa Bossku’ mula menjadi popular selepas video pendek yang tular menampilkan seorang pemuda bersama Datuk Seri Najib. Pemuda tersebut menyebut ‘bosku’ dan disambut Najib dengan ‘malu apa bosku.’

LIM GUAN ENG KENA JAWAB MENGAPA RINGGIT JATUH TERUK KATA NAJIB #viral #hancing

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak penjelasan menteri kewangan berhubung kemerosotan besar mata wang Ringgit berbanding Baht Thailand sehingga mencecah nilai RM13 bagi setiap 100 Baht, semalam.


Najib berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kalah pada pilihan raya umum ke-14, tetapi nilai ringgit telah turun lebih dahsyat.

“Laungan PH pada suatu masa dahulu, ialah “Najib turun, Ringgit naik”. Saya dah turun dan Guan Eng (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng) sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Lim,” kata beliau di laman Facebooknya.

Sebelum itu, beliau berkata, PH pernah memainkan isu kemerosotan nilai ringgit berbanding mata wang Thailand 3 tahun dahulu.

Najib berkata, ketika itu harga minyak dunia jatuh 80% dan Malaysia merupakan negara pengekspot minyak, manakala Thailand pengimport minyak.

“Pada masa itu, apabila ringgit merosot sehingga 100 Baht mencecah RM12.00 (RM1 bersamaan 8.33 Baht), PH mengeluarkan propaganda yang telah tular kononnya peniaga negara Thai tidak mahu menerima mata wang kita lagi.

“Nilai ringgit semakin memulih berbanding mata wang Thailand sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya,

Bagaimanapun kata Najib, nilai ringgit jelas bertukar hala dan terus merosot selepas PRU14 sehingga mencecah penanda 100 bBaht bersamaan RM13.00 buat kali pertama, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini harga minyak dunia sudah memulih dan kini 2 1/2 kali ganda berbanding harga 3 tahun dahulu.

“Semalam ringgit mencatat nilai paling rendah dalam sejarah berbanding Baht Thailand, iaitu 100 Baht Thai bersamaan RM13.15 (RM1 bersamaan 7.60 Baht),” katanya.

FMT

Khamis, 31 Januari 2019

BOMBA PUJUK HAMPIR SEJAM LELAKI MERAJUK MENYOROK BAWAH KONTENA #viral #hancing

MELAKA - Seorang lelaki menyorok hampir sejam di bawah kontena kabin kerana enggan menyerah diri kepada pihak polis selepas dipercayai bergaduh dengan bekas teman wanitanya di Taman MITC Prima di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh terpaksa dipanggil untuk memujuk lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an.

Difahamkan, sebelum kejadian lelaki itu telah berjumpa dengan wanita berkenaan di sebuah tadika berhampiran.

Pasangan itu bagaimanapun bertengkar sehingga wanita terbabit membuat panggilan polis menyebabkan suspek melarikan diri sejauh 200 meter dan menyorok di bawah kontena berkenaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zul Akhman Othman berkata, sepasukan 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Sebaik sahaja tiba kami mendapati seorang lelaki sedang menyorok di bawah kabin itu yang agak sempit dan hanya mempunyai ruang setinggi 7 sentimeter.

“Dengan bantuan tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), pihak kami berusaha memujuk dan berjaya membawa lelaki itu keluar kira-kira pukul 1.10 petang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut sumber polis, hasil ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis syabu. - K! ONLINE

ISU YADIM- DIA KAN MELAYU ISLAM, ITU BUKAN MASALAH BESAR KATA LIM GUAN ENG

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali, dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak sepatutnya menimbulkan kontroversi kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam.


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pelantikan Sheikh Omar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri Johor itu tidak sewajarnya dipertikaikan semata-mata kerana beliau ahli DAP.

Katanya, jika individu dilantik itu bukan beragama Islam, maka pertikaian yang ditimbulkan UMNO, PAS dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mungkin boleh difahami.

“Beliau seorang Melayu dan Islam, apa masalahnya (untuk dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah YADIM), kecualilah (pelantikan) dikaburi oleh kepentingan politik.

“Sheikh Omar ini ahli Exco kerajaan negeri Johor dan juga seorang graduan agama. Jika dia boleh dilantik sebagai Exco yang diperkenan oleh Sultan Johor, kenapa tidak boleh dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah mana-mana pertubuhan Islam.

 “Saya lihat ini hanyalah semata mata serangan politik. Saya rasa tak payah buang masa layan pandangan sebegini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan menyifatkan pelantikan Sheikh Omar itu menggambarkan institusi Islam mula dirobek kerajaan yang didominasi DAP, manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula mendakwa YADIM bakal dicorakkan DAP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang mengesahkan pelantikan Sheikh Omar, menegaskan ia tidak sepatutnya mencetuskan kontroversi kerana pelantikan itu berdasarkan kelayakan dimilikinya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Guan Eng yakin ekonomi akan bertambah baik pada masa depan serta rakyat akan mendapat manfaat hasil pentadbiran kerajaan yang bersih.

“Kerajaan ini tidak mencuri duit rakyat, sebaliknya rakyat yang akan dapat duit,” katanya.

8TV CNY Grand Bazaar yang pertama kali diadakan secara besar-besaran, berjaya menarik kira-kira 400,000 pengunjung selama 19 hari penganjurannya, berakhir esok.

Program itu juga berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menampilkan persembahan tarian singa dengan paling banyak singa.

Rabu, 30 Januari 2019

I DON' CARE, TIADA DISKAUN SAMAN JPJ, NAK MARAH MARAHLAH KATA MENTERI #viral #hancing

I don' care, nak marah Menteri Pengangkutan, marahlah, tiada diskaun untuk saman JPJ kata Menteri

Tiada sebarang tawaran diskaun akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dasar tiada diskaun itu tidak bermusim dan akan diteruskan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan sahaja seperti sebelum ini bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

“Kalau pesalah ini nak marah Menteri Pengangkutan, marahlah. I don’t care (saya tidak kisah). Tugas saya adalah mengurangkan kemalangan jalan raya. Ini KPI saya.

“Saya akan tetap tegas dan itu adalah dasar yang saya tetapkan dalam Kementerian Pengangkutan. Jadi selepas ini, kalau kena saman JPJ, jangan tunggu diskaun lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2019, di DengkiL.

Anthony berkata, ini adalah mengajar dan mendidik rakyat bagi membanteras kesalahan jalan raya.

Katanya, penguatkuasaan lebih tegas perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia kerana jumlah kemalangan jalan raya di negara ini masih tinggi.

“Dengan purata lebih daripada 6,000 nyawa terkorban setiap tahun, langkah drastik perlu diambil termasuk bersikap tegas kepada pesalah lalu lintas,” katanya.

Katanya, Ops Bersepadu di peringkat kebangsaan itu bermula semalam hingga 12 Februari ini.

Menurutnya, dianggarkan kira-kira 10,000 pegawai dan anggota penguat kuasa termasuk 6,040 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM); 1,800 daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 150 dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta jabatan dan agensi sokongan lain akan bertugas sepanjang masa dalam tempoh OPS Bersepadu ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik bagi pengguna jalan raya.

“PLUS Malaysia Berhad (PLUS) juga akan menggerakkan lebih 5,000 petugas untuk memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna lebuh raya.

“Saya juga difahamkan PDRM dan JPJ sudah membekukan cuti pegawai dan anggota mereka sempena kempen dan Ops Bersepadu ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, 11 lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS dan lokasinya masih dalam penelitian serta akan ditentukan Kementerian Pengangkutan.

“Ingin saya tegaskan di sini, walaupun kamera ini dipasang oleh PLUS, syarikat berkenaan tidak menerima sebarang komisen daripada kadar saman yang akan dikeluarkan.

“Tidak seperti sebelum ini, syarikat yang pasang akan dapat komisen. Selepas ini semua saman itu akan masuk ke dalam dana kerajaan,” katanya.

MyMetro

Selasa, 29 Januari 2019

ADUN DAP YANG ISLAMIK MENJADI LEMBAGA PENGARAH YADIM KATA MENTERI AGAMA #hancing #viral

Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan seorang wakil rakyat DAP, Adun Paloh, Sheikh Omar Ali dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).



Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pelantikan Sheikh Omar, yang juga exco pembangunan keusahawanan, koperasi dan ekonomi kreatif Johor itu mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditubuhkan pada 1974, Yadim memangkin penyebaran dakwkah dan menyelaras kegiatan badan-badan dakwah agar seiring dengan dasar negara.

Ia kini dipimpin oleh Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia dilantik atas kelayakannya sebagai orang yang mempunyai latar belakang agama untuk memberi sumbangan kepada Yadim,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menjelaskan Sheikh Omar antara beberapa orang yang dilantik bagi mengisi kekosongan selepas pelantikan awal.

Sheikh Omar Ali - Adun Paloh

Difahamkan, Sheikh Omar akan dilantik untuk tempoh 2 tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.

Mujahid tidak melihat sebarang masalah melantik Sheikh Omar ke lembaga pemegang amanah Yadim memandangkan dia mempunyai pemahaman Islam yang jelas.

“Baguslah, ini kali pertama. Dia seorang Islam, ada merit dan sumbangan idea yang baik. Saya kenal dia sewaktu terlibat sebagai aktivis lagi.

“Hanya kerana dia ahli DAP dan kita nafikan haknya, maka tidak betullah,” katanya.

FMT

PRU 14 TIDAK SAH, MUNGKIN AKAN DIADAKAN SEMULA? #viral #hancing

oleh Ab Jalil Backer 

MINGGU lalu Peguam Negara, Tommy Thomas, telah mengumumkan penubuhan tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku ke atas enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Penubuhan tribunal ini berikutan representasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu.

Mereka yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

Tribunal ini akan terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham.

Undang-undang negara mempunyai peruntukan yang melindungi pemegang jawatan tertentu dari percaturan politik dan tindakan berpihak. Antara yang berada dalam kategori perlindungan ini ialah para hakim dan ahli SPR.

Justeru seperti mana kedudukan hakim-hakim, ahli SPR juga tidak boleh dipecat atau ditamatkan kontrak lebih awal kecuali melalui satu tribunal yang ditubuhkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tujuan perlindungan ini ialah bagi menjaga integriti dan kebebasan kehakiman dan SPR supaya tidak mudah diugut dan tunduk kepada ahli politik.

Ura-uru penubuhan tribunal ini timbul pada awal Oktober 2018 apabila enam ahli SPR terbabit enggan mengikut jejak langkah Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, melepaskan jawatan selepas tamat PRU14.

Justeru beberapa media telah digunakan memetik sumber kerajaan bahawa satu tribunal akan ditubuhkan bagi mengambil tindakan ke atas mereka. Ini merupakan ugutan tersirat kepada ahli SPR, letak jawatan atau dipecat melalui tribunal. Justeru keenam-enamnya meletak jawatan bagi mengelakkan nasib mereka akan berakhir seperti mana Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.

Pada 1988, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keempat, Dr Mahathir, telah menubuhkan tribunal untuk memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Krisis kehakiman yang berlaku pada masa tersebut menyaksikan Tun Salleh Abas dan tiga hakim mahkamah agung dipecat.

Berikutan perletakan jawatan tersebut, pada Oktober 2018 juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, memaklumkan kepada Parlimen bahawa tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan tribunal menyiasat dakwaan salah laku ahli SPR ketika PRU14.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini mengenai perletakan jawatan ahli SPR itu, isu penubuhan tribunal tidak berbangkit lagi. Justeru pengumuman penubuhan tribunal bagi memecat mereka yang telah meletak jawatan ini sangat mengejutkan. Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Menteri di Parlimen.

Apakah Parlimen telah dibohongi oleh Kabinet?
Apa motif Dr Mahathir meneruskan tribunal ini? Adakah ini merupakan langkah membatalkan keputusan pilihan raya di kawasan-kawasan yang parti Bersatu telah kalah dalam PRU14?

Dr Mahathir telah beberapa kali menyatakan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun selepas PRU14 bergantung kepada rakyat, bukannya persetujuan antara mereka.

Rakyat hanya boleh menentukan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika berlaku pilihan raya umum.

Justeru penubuhan tribunal ini mungkin merupakan langkah Dr Mahathir mewujudkan kemungkinan pilinan raya umum baharu, sama ada melalui pembubaran Parlimen atau pembatalan keputusan PRU14.

Jika tribunal mendapati ahli-ahli SPR terbabit bersalah maka ia bukan sahaja bermakna mereka dipecat, tetapi juga menyebabkan keputusan PRU14 boleh dibatalkan. Ini kerana pertuduhan yang dibuat membabitkan tindak-tanduk mereka ketika PRU14.

Jika seseorang hakim bersalah melanggar undang-undang dan prosedur dalam perbicaraan maka sesuatu perbicaraan akan disytihar sebagai ‘mistrial’ dan dibicarakan semula. Maka hal sedemikian juga seharusnya berlaku kepada keputusan PRU14 jika ahli-ahli SPR didapati bersalah oleh tribunal.

Salah laku ahli SPR bukan seperti salah laku pegawai pilihan raya kawasan yang hanya menyebabkan keputusan kawasan tersebut sahaja dibatalkan. Jika ahli-ahli SPR ini disabitkan kesalahan ia bermakna seluruh keputusan PRU14 tercemar dan harus diisytiharkan batal.

Sebaik sahaja tribunal mendapati mereka bersalah, parti yang bertanding boleh mengemukakan saman membatalkan seluruh keputusan PRU14. Maka ketika itu mahkamah tiada pilihan kecuali membatalkan PRU14, melainkan ada campur tangan dalam kehakiman.

Seperti mana pengharaman Umno 1988 menutup peluang kumpulan Tengku Razaliegh Hamzah, pembatalan keputusan PRU14 akan menjadikan hasrat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 sebagai mimpi siang hari sahaja.

* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
- SINAR HARIAN -

ulasan peguam, ada kemungkinan berlaku Pilihanraya semula?


ECRL: KENYATAAN BERCANGGAH LIM, AZMIN MEMBUATKAN MENTERI BINGUNG DAN HAIRAN #hancing #viral


Beliau berkata perdana menteri mengarahkan kajian terus dibuat terhadap kontrak projek mega itu.

Seorang menteri kabinet menyatakan kekeliruannya berhubung dua menteri yang mengeluarkan kenyataan bertentangan tentang status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), walaupun mereka menghadiri mesyuarat yang sama.

Menteri itu merujuk kepada pengesahan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung pembatalan projek mega itu, manakala Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada mulanya berkata Azmin tiada ketika mesyuarat membincangkan perkara itu.

"Dalam kes Lim dan Azmin, dua kenyataan bertentangan itu membingungkan saya.

"Lim berkata Azmin tidak hadir mesyuarat dan maka tidak tahu apa yang berlaku. Tidak, Azmin ada di mesyuarat," katanya yang enggan namanya didedahkan, kepada Malaysiakini.

Akhbar Singapura Straits Times sebelum ini melaporkan kerajaan dalam langkah mencari kontraktor baru untuk projek ECRL, bagi menggantikan syarikat China, China Communication Construction Company Ltd (CCCC).

Pada Sabtu lalu, Azmin berkata kabinet telah memutuskan untuk membatalkan projek itu kerana kerajaan perlu membayar faedah sebanyak RM500 juta setap tahun jika ia diteruskan.

Lim kemudian menjelaskan beliau tidak bermaksud Azmin tiada dalam mesyuarat tetapi mungkin "tidak dimaklumkan" tentang beberapa perkara yang diputuskan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat.

"Saya terkejut melihat pengumuman (Azmin) tapi mungkin itu kedudukannya," kata Lim.

Lim kemudian sekali lagi menjelaskan "kejutannya" berhubung masa kenyataan Azmin dibuat dan bukan isi kandungannya.

Semalam, beliau berkata kabinet akan membuat pengumuman rasmi berhubung status ECRL minggu depan.

MalaysiaKini

Isnin, 28 Januari 2019

ALAT PENGESAN ASAP DALAM TANDAS UNTUK MENGATASI TABIAT PEROKOK TEGAR KATA TIMBALAN MENTERI #hancing #viral

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji mekanisme sesuai yang boleh digunakan untuk mengatasi tabiat perokok yang gemar merokok di dalam tandas awam.

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, antara kaedah yang mungkin sesuai adalah de­ngan melaksanakan pemasangan alat pengesan asap di tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Bagaimanapun katanya, ke­menteriannya akan melakukan kajian lebih terperinci bagi mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.

“Mungkin boleh pasang alat pengesan asap sebab di dalam tandas tidak boleh pasang CCTV (te­levisyen litar tertutup), tetapi kita perlu lakukan kajian daripada sudut ekonomi mengenai keberkesanannya.

“Untuk melaksanakan­nya (pengesan asap) mung­kin memerlukan kos yang­ tinggi dan mengambil masa kerana perlu menaik taraf banyak tandas dengan pengesan asap,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 dan melancarkan aplikasi berkenaan di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tandas yang menjadi tumpuan perokok selepas larangan merokok diperkenalkan di premis makanan mulai tahun ini.

Selain itu, katanya mungkin kempen keseda­ran boleh dilakukan bagi mengurangkan perokok yang menjadikan tandas sebagai lokasi untuk mereka merokok. – Bernama

KERAJAAN PH KURANGKAN KADAR MAKANAN SEHARI DI ASRAMA PENUH, MAJORITI DI ASRAMA ADALAH MELAYU!

Selepas lebih seminggu isu pemberian peruntukan khas kerajaan Pakatan Harapan kepada kolej universiti swasta, hari ini timbul pula isu mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP).


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengurangan tersebut adalah daripada RM18 kepada RM14.50 sehari.

“Baru dapat tahu Kerajaan PH telah mengurangkan kadar makanan sehari di SBP daripada RM 18 kepada RM14.50.


“Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tak terlintas nak buat perkara ini ,” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya.

Ahad, 27 Januari 2019

ECRL: LIM GUAN ENG TERKEJUT TINDAKAN AZMIN, MAHATHIR PULA TIDAK TAHU #viral #hancing

Menteri Kewangan Lim Guan Eng “terkejut” dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berhubung penamatan kontrak China Communications Construction Group Ltd (CCCC) sebagai pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Lim dilapor media sebagai berkata bahawa beliau tidak menolak kemungkinan Mohamed Azmin “tidak dimaklumkan” tentang beberapa perkara tertentu yang diputuskan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu sebelum ini.

“Itu saya pun terkejut melihat dia punya pengumuman (penamatan kontrak CCCC), tapi mungkin itu kedudukannya.

“Saya hanya mahu sebut mungkin beliau tidak dimaklumkan hasrat perdana menteri tapi walaubagaimanapun, saya akan bertindak atas arahan Tun (Mahathir),” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette.

Lim bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Mohamed Azmin hadir ketika mesyuarat kabinet minggu lalu yang dilaporkan memutuskan pembatalan ECRL.

“Saya tidak mahu sebut macam itu lah, nanti akan dikeluarkan beberapa andaian yang tidak sihat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Lim turut berkata pihaknya akan mengeluarkan pengumuman rasmi berhubung perkara itu minggu depan.

Terdahulu, Mohamed Azmin memaklumkan bahawa melalui mesyuarat Kabinet yang diadakan Khamis lalu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan kontrak CCCCsebagai pemaju projek ECRL.

Jelas Mohamed Azmin, pembatalan itu dibuat kerana kerajaan tidak mampu menanggung kadar faedah projek tersebut yang hampir mencecah RM500 juta setahun.

VIDEO SEMBURIT HAZIQ BERPONTENSI HANCURKAN PH KATA LIM KIT SIANG #viralhancing

Lim Kit Siang mengakui video seks Haziq Abdullah Abdul Aziz merupakan cabaran terbesar bagi Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum k...