Isnin, 28 Januari 2019

ALAT PENGESAN ASAP DALAM TANDAS UNTUK MENGATASI TABIAT PEROKOK TEGAR KATA TIMBALAN MENTERI #hancing #viral

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji mekanisme sesuai yang boleh digunakan untuk mengatasi tabiat perokok yang gemar merokok di dalam tandas awam.

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, antara kaedah yang mungkin sesuai adalah de­ngan melaksanakan pemasangan alat pengesan asap di tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Bagaimanapun katanya, ke­menteriannya akan melakukan kajian lebih terperinci bagi mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.

“Mungkin boleh pasang alat pengesan asap sebab di dalam tandas tidak boleh pasang CCTV (te­levisyen litar tertutup), tetapi kita perlu lakukan kajian daripada sudut ekonomi mengenai keberkesanannya.

“Untuk melaksanakan­nya (pengesan asap) mung­kin memerlukan kos yang­ tinggi dan mengambil masa kerana perlu menaik taraf banyak tandas dengan pengesan asap,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 dan melancarkan aplikasi berkenaan di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tandas yang menjadi tumpuan perokok selepas larangan merokok diperkenalkan di premis makanan mulai tahun ini.

Selain itu, katanya mungkin kempen keseda­ran boleh dilakukan bagi mengurangkan perokok yang menjadikan tandas sebagai lokasi untuk mereka merokok. – Bernama

KERAJAAN PH KURANGKAN KADAR MAKANAN SEHARI DI ASRAMA PENUH, MAJORITI DI ASRAMA ADALAH MELAYU!

Selepas lebih seminggu isu pemberian peruntukan khas kerajaan Pakatan Harapan kepada kolej universiti swasta, hari ini timbul pula isu mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP).


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengurangan tersebut adalah daripada RM18 kepada RM14.50 sehari.

“Baru dapat tahu Kerajaan PH telah mengurangkan kadar makanan sehari di SBP daripada RM 18 kepada RM14.50.


“Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tak terlintas nak buat perkara ini ,” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya.

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...