Jumaat, 15 Februari 2019

CALON PH SEMENYIH KANTOI ADA PHD PALSU? #viralhancing

Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh.


Aiman Zainali, calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah seorang anak muda yang lahir pada tahun 1989.

Calon berusia 30 tahun ini merupakan anak jati Semenyih dan bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta. Aiman adalah menantu kepada penyandang, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pencalonannya mendapat tentangan dari pimpinan setempat apabila jawatan hanya diberi kepada ahli keluarga yang tidak berjasa di kawasan, menurut mereka.


Namun tentera bawang tidak mudah tertipu dengan biodata yang diberikan oleh pihak PH yang sudah pasti selama ini hanya menipu untuk mengaburi masyarakat.

Setelah diperiksa, Aiman dilihat pertama kali menipu kelayakan akademiknya di halaman Linkedin.com apabila mendakwa memiliki Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang 'Mobile Communication' pada tahun 2016.

Namun serangan ke atas kelayakan akademik pemimpin-pemimpin PH akhir-akhir ini membuatkan Aiman terpaksa mengubah strategi dengan membuat sedikit kemaskini di dalam poster kempennya, iaitu kelayakan akademiknya diubah dari memiliki PhD kepada 'sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, di Universiti Teknoogi Mara, Shah Alam'.

Bidang yang berlainan dari yang didakwa di halaman Linkedin.com.

Tindakan Aiman ini bijak tetapi ia tidak membawa maksud apa-apa selain mengesahkan beliau pernah menipu tentang kelayakan akademiknya dan ia sekadar memberi maksud calon itu tidak memiliki PhD, itu sahaja.

Tetapi tindakan Aiman ini membawa kepada persoalan kedua iaitu adakah calon PH ini telah mengambil Ijazah Sarjana atau Master? Atau adakah dari kelulusan Ijazahnya mampu melayakkan dirinya terus mengambil PhD?

Kesimpulannya, jika tidak memiliki PhD, perlukah meletakkannya di dalam biodata 'sedang mengikuti pengajian PhD?'

*Adakah itu format yang betul*❓

Itulah di antara persoalan yang diutarakan oleh tentera bawang tentang calon muda di Semenyih ini. Apa komen anda? -

© Calon PH Semenyih kantoi dakwa ada PhD - Abu Leman

Sumber: https://www.abuleman.com/2019/02/calon-ph-semenyih-kantoi-dakwa-ada-phd.html?m=1

CALON PH SEMENYIH BARU TAHU NAMANYA TERPILIH SEBAGAI CALON PADA PAGI KHAMIS #viralhancing

Pemilihan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah di luar jangkaan Muhammad Aiman Zainali.

Foto-Bernama

Menurut Bendahari Bahagian Hulu Langat itu, walaupun dirinya sememangnya dikenali sebagai menantu bekas penyandung kerusi itu, arwah Ahmad Bakthiar Mohd Nor, pengalaman turun padang yang ditimba selama 7 bulan dapat membantunya mendekati pengundi Semenyih.

Kata Muhammad Aiman, beliau akan menggunakan pengalaman yang diperoleh itu untuk berdepan cabaran lawan dalam PRK itu.

“Berasa agak terharu selepas dipilih pimpinan PH oleh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya akan buat yang terbaik untuk rakyat Semenyih.

“Pemilihan itu kita tengoklah kepada pimpinan atasan, mereka yang bijak buat keputusan. Kalau kata saya sebagai menantu tapi tidak layak maka tidak layak juga untuk saya menjadi calon.

“Bagaimanapun, saya memang sedia maklum nama saya antara enam calon lain. Tetapi sehingga malam tadi saya tidak tahu sayalah calon itu.

“Pagi ini sekitar 9 menerima panggilan dari pejabat Presiden PPBM memaklumkan saya dipilih sebagai calon PH untuk PRK kali ini, saya terharu, entah nak reaksi apa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon PRK Semenyih yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhammad Aiman juga mengharapkan lawannya, iaitu UMNO, bersaing secara sihat.

“Saya akan bawa isu tempatan kerana isu nasional kurang memberi impak di Semenyih,” ujarnya.

Ditanya apakah beliau sudah bersedia untuk menangkis kempen berbaur perkauman dan agama, Muhammad Aiman berkata: “Kalau dikatakan Melayu dan Islam, saya juga Melayu dan Islam, jadi saya rasa itu tidak menjadi masalah untuk kita.

“Bersatu adalah parti pertama dan saya menyatakan kepada presiden bahawa bersedia membantu membawa perjuangan parti serta masalah akar umbi rakyat untuk diselesaikan,” katanya. – MalaysiaGazette

SABOTAJ DALAMAN PPBM SUDAH TERANG-TERANG BERLAKU DI SEMENYIH? #viralhancing

Heboh warganet mempersoalkan mengapa bilik gerakan Pakatan Harapan di Semenyih ditutup tidak semena-mena.

Menurut sumber sebanyak 13 bilik gerakan PH di Semenyih tutup tanpa sebab.

Sedangkan waktu gambar diambil dilokasi jam 8 malam dan 9 malam.

Adakah tanda-tanda protes terhadap calon PH?

Calon muda PH adalah calon yang mungkin tidak dipersetujui oleh PPBM Semenyih sendiri.

Malah kritikan keras berlaku memgatakan calon PH ini dipilih kerana Nepotisme. 

Bibit-bibit regim PH dalam porak peranda. PPBM boleh letakkan calon lain kalau rasa calon ini memberilan masalah kepada undi terhadap PH.





Khamis, 14 Februari 2019

PH TETAP AKAN MENANG BESAR DI SEMENYIH WALAUPUN BN DAN PAS BEKERJASAMA KATA MUHYIDDIN #viralhancing

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pakatan Harapan (PH) membayangkan kerjasama Pas-UMNO tidak akan berjaya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berdasarkan simulasi yang telah dilakukan berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Katanya, simulasi itu menunjukkan PH mendapat undi majoriti kira-kira 6,000.

“Jika Pas-UMNO bergabung, PH tetap mendapat 1,989 undi majoriti.

“Kita ambil kira dalam kajian simulasi kita. Kali ini, apa bentuk kerjasama bagi kami tidak begitu penting. Yang penting, kita bekerja keras di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon PRK DUN Semenyih bagi PH di Taman Pelangi Semenyih, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PRK SEMENYIH - BN PERTARUH ORANG TEMPATAN LAWAN CALON PH #viralhancing


PRK SEMENYIH | BN mempertaruhkan bekas pegawai pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai calon mereka dalam usaha pembangkang merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih.


Zakaria Hanafi, 57, yang juga orang tempatan itu dipilih daripada enam nama yang disenarai pendek dikemukakan Umno Hulu Langat.

Mengumumkan nama Zakaria, Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan menggesa pengundi di Semenyih menjadikan PRK berkenaan sebagai referendum mereka terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan PH.

Sementara itu Bendahari Bersatu Hulu Langat yang juga menantu bekas Adun Semenyih, Muhammad Aiman Zainali, sebagai calon PH.



Nama Muhammad Aiman diumum sendiri Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, di Taman Pelangi sebentar tadi.

Mkini

Rabu, 13 Februari 2019

SYARIKAT PERJUDIAN TAJA ROMBONGAN LAWATAN KERJA KETUA POLIS NEGARA, MOTIF LGE BERTERUS TERANG TERLALU CEPAT BERKENAAN ISU INI DIPERSOAL #viralhancing

PUTRAJAYA: Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng merujuk beberapa gambar menunjukkan peserta bersiar-siar dan menjamu selera di Istanbul.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

“Pembiayaan itu bukannya dari Kementerian Kewangan. Sumber dana itu ialah Da Ma Cai, sebuah syarikat ramalan nombor ekor, jadi mereka tidak mendapat 1 sen pun daripada kami,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari ini.

Delegasi itu dilaporkan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.

Semalam, Sarawak Report menyiarkan gambar Fuzi dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan itu.

Menurut laporan itu, 16 pegawai kanan menyertai lawatan kerja itu yang menelan belanja lebih RM300,000 untuk menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang.

FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/13/guan-eng-syarikat-judi-taja-lawatan-kerja-ketua-polis-negara-ke-turki/

Sarawak Report membongkarkan gambar-gambar percutian mewah Ketua Polis Negara di Turki.

http://www.sarawakreport.org/2019/02/study-of-online-gambling-course-pictures-posted-online/

AHLI PARLIMEN TUNJUK LURAH KETIKA ANGKAT SUMPAH #viralhancing

Seorang Ahli Parlimen Brazil menerima ugutan rog*l selepas memakai pakaian yang menampakkan ‘lurah’ di dadanya.

Ana Paula da Silva, 43, sebelum ini memakai gaun merah berkenaan semasa majlis angkat sumpah di parlimen.

Pakaian yang menampakkan ‘lurah’ ahli parlimen itu juga menimbulkan kecaman netizen di media sosial kerana didakwa tidak sesuai dengan acara rasmi berkenaan.

Dalam pada itu, Da Silva melalui laman Instagramnya menegaskan, beliau selesa berpakaian sedemikian semasa majlis angkat sumpah itu.

Malah, beliau sedia mengambil tindakan saman ke atas mana-mana individu yang membuat ugutan terhadapnya.


Da Silva, 43, dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi Santa Catarina pada Januari lalu dengan lebih 50,000 undi.Beliau sebelum ini adalah Datuk Bandar Bombinhas.

astroawani #global

DAP MAKIN MARAH DENGAN PERCATURAN MAHATHIR MENERIMA AHLI PARLIMEN UMNO MENYERTAI BERSATU? #viralhancing

Sejak menjadi kerajaan tanggal 9 Mei 2018, Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri paling tua di dunia fana ini.

Tetapi Mahathir mendapat masalah, kerusi Melayu amatlah kurang dalam PH, parti barunya bernama PPBM, hanya mampu menang 13 kerusi, manakala UMNO yang undi orang Melayu tetap tertinggi mendapat lebih kerusi 58 kerusi.



Tetapi UMNO tidak menjadi kerajaan, Najib bekas PM ke-6 pernah berkata, Melayu akan menjadi bangsat sekiranya UMNO tewas pilihanraya ke 14.

Nampaknya apa yang diperkatakan oleh Najib, nampak benarnya, setelah sudah 9 bulan, kalau dulu ayat-ayat penyokong tegar PH, mengatakan, janji-janji tu bukan mudah nak tunaikan, 'Ingat hari ini kahwin esok dah boleh beranak.'?

Sudahnya setelah 9 bulan 10 hari anak yang dimengadungkan oleh PH ditangguhkan sebab masalah menipu ataupun mengencing rakyat terlalu kerap. Melayu tetap dianak tirikan oleh kerajaan PH.

Mahathir pernah mengatakan, tidak akan menerima Ahli Parlimen UMNO yang ingin menyeritai PH, kerana Mahathir perlu menjaga etika persabatan dalam PH.

Contoh yang ini.

https://m.malaysiakini.com/news/425251

Namun setelah melihat dengan mata sendiri kerakusan DAP mengawal habis kuasa dalam PH, sampai Mahathir sendiri pun pening, sampai jemaah menteri dihamun rakyat, diludah rakyat, maka Mahathir terpaksa membuat pusingan U.

Menerima dengan hati yang terbuka terhadap Ahli Parlimen UMNO menyertai PPBM. Malah alasan kononnya akan mengukuhkan kerajaan PH?

Tetapi sekarang dah bertukar pula.

https://www.malaysiakini.com/my/search?q=https://m.malaysiakini.com/news/425251

Harus diingat, DAP dalah paling lantang menentang penerimaan Ahli Parlimen UMNO menyertai PH. Adakah perang dalaman akan berlaku dengan teruk tidak lama lagi?

Pengukuhan kerusi Melayu akan mengusarkan DAP, sebabnya ada sumber dalaman mengatakan, Mahathir tidak mampu mengawal Pemimpin DAP yang memandai-mandai dan kegagalan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan menaikkan ekonomi.

Kegagalan besar adalah membelakangkan orang Melayu.

Maka kita sedia tahu, Pakatan Harapan kerusi bukan Melayunya banyak, mereka dominan di Putrajaya.

Maka apa rancangan Mahathir seterusnya?

'A game of shadow'

Selasa, 12 Februari 2019

ADIB DITARIK DAN DIPUKUL PERUSUH KATA SAKSI #viralhancing

Seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban­tuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), mendedahkan rakannya, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditarik dan dipukul sekumpulan perusuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya pada malam 27 November lalu.


Pendedahan tersebut dilakukan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib pada hari kedua oleh saksi ketiga, Ahmad Shahril Othman berdasarkan dakwaannya sendiri terhadap kejadian rusuhan tersebut yang diumpamakan seperti berdepan dengan maut.

Menurut Ahmad Shahril, perilaku perusuh itu berkemungkinan terjadi susulan mereka turut cuba membuka pintu EMRS yang dipandunya dengan tujuan untuk menyerang dan mencederakannya.

"Saya beranggapan kalau pintu saya cuba diceroboh oleh perusuh dengan membukanya dan bertujuan mencederakan saya, tidak mungkin perkara itu tidak terjadi kepada arwah Adib.

"Sedangkan saya tengok kenderaan bomba diserang begitu teruk, tidak mungkin (niat) tidak cederakan anggota bomba," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Shahril membacakan semula laporan polis yang dibuat oleh penyelianya (Badrul) berhubung kejadian menimpa dirinya dan Muhammad Adib pada malam kekecohan di kuil itu di dalam prosiding inkues tersebut.

Inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner.

K! ONLINE

JANGAN GUNA MAQASID SYARIAH UNTUK AES KATA MUJAHID #viralhancing

SHAH ALAM 12 Feb. - Isu kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terus menerus membuatkan Pakatan Harapan (PH) bertelagah sesama sendiri dengan terbaharu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tampil menyangkal sistem itu bertepatan dengan maqasid syariah.


Ia sekaligus menolak pandangan rakan sejawatanya dalam Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus, yang mendakwa pemasangan AES dan saman dikeluarkan menepati maqasid syariah dalam Islam.

"Bagi saya jangan gunakan isu maqasid syariah ini untuk kita menyatakan segala-segalanya, sebab maqasid itu luas dia punya perbincangan dan AES hendaklah menggunakan lain-lain kaedah untuk memastikan nyawa terpelihara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasanuddin yang juga Naib Presiden dan Ahli Parlimen Hulu Langat dikecam hebat pelbagai pihak terutamanya warganet ekoran kenyataan itu dan rata-rata mereka menyifatkannya mempergunakan agama untuk tujuan politik. - UTUSAN ONLINE

SUMBER SPRM - TIADA DANA DARI 1MDB DISALURKAN KE AKUAN PAS #viralhancing

Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS.


Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke atas dakwaan yang mengatakan pemimpin parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

"Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun (rasmi) PAS," kata pegawai yang rapat dengan siasatan kes berkenaan.

Sumber juga mengesahkan bahawa akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti dan bukannya akaun peribadi pemimpin PAS.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada SPRM sudah selesai meneliti akaun peribadi pemimpin PAS yang dikaitkan dalam siasatan yang dilancarkan suruhanjaya itu enam hari lalu.

Cubaan untuk mendapatkan ulasan dan perkembangan terbaru berhubung kes itu dari pegawai atasan SPRM tidak berhasil.

Difahamkan, pegawai SPRM bersifat lebih tertutup berhubung siasatan berkenaan selepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull berkata beliau tidak mahu sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Rabu lalu, SPRM dalam kenyataan medianya mengesahkan memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan.

Laporan itu, yang menurut SPRM dilaporkan oleh orang awam, dibuat selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersetuju untuk membuat penyelesaian luar mahkamah berhubung kes saman fitnah ke atas Sarawak Report.

Saman berkenaan berhubung laporan portal Sarawak Report pada 2016 yang mendakwa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada parti berkenaan.

Turut didakwa bahawa dana berkenaan kemungkinan datang dari 1MDB.

Sejak siasatan bermula, SPRM dilaporkan telah merakam keterangan daripada beberapa pemimpin PAS termasuk Anggota Jawatankuasa Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas pengerusi Bersih, S Ambiga.

Malaysiakini

Isnin, 11 Februari 2019

ADUN PKR HADIAHKAN ISTERI KEDUA KERETA MERCEDES, MEWAHNYA DIA! #viralhancing

Kalaulah gambar ini dari pemimpin PAS atau UMNO. Apa akan jadi agaknya?

Apa agaknya yang akan diperkatakan oleh pemimpin DAP?

Sebab mereka pantang melihat PAS dan UMNO kaya. Sakit hati mereka. Tetapi oleh kerana ini adalah YB PKR.

Maka diam membisu sambil buat muka masuk gua.

Itulah Pakatan Harapan.



Bagaimana ADUN PKR Sungai Acheh, YB Zulkifli bin Ibrahim mampu menghadiahkan Mercedes SLK  kepada isteri kedua beliau? Mungkin menabung dari kecil atau beliau seorang perniagaan yang amat berjaya.

Hebat Adun dari PKR ini. Kita tidak mempertikaikannya. Cumanya, diharap pemimpin Pakatan Harapam janganlah berkokok yang parti PAS mampu memiliki kereta mewah.

Selamat pengantin baru YB.




Sumber khairulryzal

ISU IJAZAH PALSU MARZUKI - BERSATU BELUM DAPAT GAMBARAN YANG JELAS MENURUT SUMBER #viralhancing

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pihaknya belum mendapat gambaran jelas mengenai isu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahaya yang didakwa memiliki sijil akademik palsu.


Tun Mahathir dalam kenyataan ringkasnya kepada media berkata, "Kita (Bersatu) belum tahu lagi apa sebenarnya yang berlaku," katanya selepas majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan 2019 sempena sambutan Hari Perpaduan dan ulang tahun Majlis Perundingan Muhibbah  Pulau Pinang yang ke-15 di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu Pulau Pinang, Azahari Aris berkata, kesemua 13 bahagian parti di negeri itu menyatakan sokongan kepada Marzuki berhubung isu tersebut.


Katanya, biarpun ketika ini Marzuki yang juga Pengerusi Bersatu negeri berdepan isu mengenai kelayakan akademik yang didakwa palsu mereka tetap menyokong Marzuki kerana sikap kepemimpinannya sejak awal penubuhan parti itu di Pulau Pinang sehingga ke hari ini .

Malah mereka juga turut berbangga apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Mengulas mengenai soal integriti pula, Azahari berkata parti politik tidak boleh disamakan dengan organisasi syarikat yang mana individu yang mahu menyertai politik tidak perlu melalui proses temuduga dan ditanya berkenaan kelayakan pendidikan.

Katanya, dalam politik apabila pemimpin itu  diterima baik masyarakat maka pemimpin itu akan diangkat ke kedudukan lebih tinggi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dua laporan polis yang dibuat terhadap Marzuki berhubung isu tersebut, Azahari  berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Isu mengenai sijil palsu timbul apabila Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar itu didakwa memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.

Berikutan laporan polis dibuat seorang Aktivis Politik di Pulau Pinang mengenai perkara itu, Marzuki kemudiannya membuat penjelasan ijazah beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, kredibiliti Universiti Antarabangsa Cambridge, itu dipertikai kerana didakwa merupakan 'kilang' mengeluarkan sijil pendidikan yang tidak sah termasuk boleh dibeli.

AstroAwani

Ahad, 10 Februari 2019

AES, SAMAN YANG DIKELUARKAN MENEPATI MAQASID SYARIAH DALAM ISLAM KATA HASANUDDIN


KUALA LUMPUR 10 Feb. - Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu serta penumpang kenderaannya, keselamatan pengguna dan harta benda yang ada di atas lebuh raya menepati maqasid syariah dalam Islam.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan perbualan beliau dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan Jumaat lalu.

"Sebelum mesyuarat, saya sempat beramah mesra dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Kesimpulan perbualan kami adalah menepati maqasid syariah apabila pemasangan AES dan saman yang dikeluarkan bertujuan menjaga nyawa pemandu itu sendiri serta penumpang kenderaan, keselamatan pengguna serta harta benda yang ada di atas lebuh raya itu.

"Tanpa ketegasan kerajaan, ia akan membuat pemandu leka memandu dengan laju seenaknya sahaja," kata Hasanuddin dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada 8 Februari lalu.

Hasanuddin yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat juga berkata, kerajaan tidak menjadikan saman sebagai idaman tetapi sekadar ketegasan agar pemandu berhati-hati ketika memandu.

 Menurutnya, Anthony juga telah mengesahkan alat dan kamera yang digunakan bukan sembarangan tetapi mempunyai sijil kelulusan dan kadar kesilapan yang sangat minima.

"Walaupun telah ada golongan yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan dalam urusan AES, rakyat Malaysia yang ikhlas dan waras secara senyap akhirnya menghargai usaha murni kerajaan ini," kata Hasanuddin.-UTUSAN ONLINE



https://m.facebook.com/ustazhasanuddin/posts/1851859301603330

TIPU SIJIL AKADEMIK - ITU BUKAN MASALAH BESAR KATA KHALID

Khalid berkata isu kelayakan akademik membabitkan pemimpin Pakatan Harapan perlu diperjelas kepada umum.


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad berkata isu kelayakan akademik membabitkan pemimpin Pakatan Harapan perlu diperjelas kepada umum khususnya yang melibatkan universiti tanpa akreditasi.

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut berpandangan isu memperoleh sijil daripada universiti yang tidak diiktiraf bukan masalah besar asalkan pemimpin terbabit mempunyai sifat amanah.

“Yang penting akhirnya ialah orang yang diberi amanah itu mempunyai sifat 'keamanahan'.

“Mereka mesti berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab dengan semua kemampuan yang ada pada diri... Itu yang penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Putrajaya Park's Day di Taman Wetland, di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, mengulas tentang 12 setiausaha politik kepada menteri yang dilaporkan masih gagal mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid berkata isu tersebut dalam perhatian Jabatan Perdana Menteri.

“Kadangkala ada yang sudah diterima (SPRM) tetapi lambat dimasukkan (dalam portal khas mydeclaration.sprm,gov.my),” katanya.

Bernama

KEJAMNYA WAHAI MANUSIA, KANAK-KANAK 11 TAHUN DIBUNUH TERLALU KEJAM #viralhancing

PEKAN - Luluh hati seorang ibu apabila melihat mayat anak perempuannya yang dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu dijumpai dalam keadaan ngeri berhampiran rumahnya di Kampung Tanjung Medang di sini semalam.


Zaleha Abdullah, 35, tidak menyangka kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik, Siti Masitah Ibrahim, 11, berakhir dengan tragedi menyayat hati dipercayai dibunuh.

Mayat Siti Maisitah dijumpai oleh seorang pencari hasil hutan kira-kira pukul 4 petang di dalam semak tidak jauh dari rumahnya dengan keadaan tangannya terikat dan beberapa organ terpisah dari badan.

Zaleha berkata, dia terkejut apabila penduduk kampung memberitahu anaknya telah dijumpai namun telah meninggal dunia.

"Saya bersama ahli keluarga yang lain bergegas ke tempat kejadian dan terkejut apabila melihat jasad dia sebegitu rupa.

"Arwah keluar rumah pada 30 Januari untuk ke kedai berdekatan menunggang basikal warna merah jambu namun tidak pulang sehingga pukul 6.30 petang," katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Difahamkan beberapa organ dalaman mangsa dilaporkan hilang dan kepala mangsa terpisah dari badan.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis pada hari yang sama mangsa hilang dan penduduk kampung turut mengadakan gerakan mencarinya namun tidak jumpa.

"Ada orang kampung nampak dia menaiki sebuah motosikal bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum dia dilaporkan hilang," ujarnya.

Zaleha memberitahu, mayat anaknya telah diserahkan kepada pihak polis dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut.

"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan pesalah dihukum dengan setimpal sekiranya kematian Siti Maisitah ada kaitan dengan unsur jenayah," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang senjata.

Katanya, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

"Bedah siasat mayat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat," katanya. - K! ONLINE

POS MALAYSIA MENGESAHKAN, KERIS ADALAH BARANG LARANGAN PENGEPOSAN!! #viralhancing

Adakah ahli DAP Balakong patut PDRM siasat kerana membuat kenyataan palsu dan menjelekkan kononnya nak mengaitkan ugutan kepadanya iaitu men...