Sabtu, 23 Februari 2019

NELAYAN BOLEH DILATIH MENJADI RELA DAN RANJER LAUT PULA LEPAS INI KATA MENTERI PERTANIAN #viralhancing

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bercadang untuk melatih golongan nelayan di negara ini sebagai sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Renjer Laut bagi membantu pihak berkuasa memantau pencerobohan kawasan laut.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia ekoran masalah pencerobohan di perairan negara masih berlarutan selain banyak aduan diterima membabitkan isu pelanggaran kawasan zon penangkapan.

Beliau berkata, masalah yang masih tiada penghujung itu menyebabkan negara kehilangan banyak hasil laut.

“Dalam hal ini, kita boleh melantik orang awam terutama nelayan sebagai sukarelawan untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membantu memantau aktiviti di laut kerana mereka sememangnya mahir dengan selok belok lautan.

“Cadangan itu sudah dibincangkan di peringkat kementerian, namun ia memerlukan perbincangan lebih terperinci dengan Kementerian Dalam Negeri.

“Ini kerana ia turut membabitkan soal penguatkuasaan dan keselamatan” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kecemerlangan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Pelancaran Produk Tuna Shack di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Datuk Dr Bah Piyan Tan dan Setiausaha Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Habshah Ali.

Sementara itu, Salahuddin berkata, peranan ejen pengembangan DOF di seluruh negara perlu diperkukuhkan kerana mereka adalah barisan hadapan menghubungkan kerajaan dan rakyat.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 800 ejen pengembangan DOF di seluruh negara dan mereka perlu meningkatkan lagi pengetahuan terutama dalam bidang teknologi baharu bagi memperkukuhkan lagi peranan dipertanggungjawabkan.

“Dari situ, segala informasi penting termasuk hala tuju baharu MOA dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada rakyat,” katanya.

Metro

UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP TUN M BUKAN KHAYALAN? INI JAWAPANNYA #viralhancing

Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini. Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018.


Minggu lepas bertiup kencang khabar angin mengenai pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH). Dikatakan wujud usaha melakukan undi tidak percaya oleh ahli Parlimen terhadap Dr Mahathir.

Khabar angin ini diperkuatkan lagi dengan pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Dr Mahathir. Dalam pertemuan tersebut, PAS menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri.

Ditambah pula seruan Dr Mahathir supaya penjawat awam setia kepada negara, bukan kepada pemimpin atau parti politik. Seruan tersebut disampaikan beliau ketika berucap dalam perhimpunan bulanan penjawat awam di Putrajaya.

Ini juga memberi asas kukuh kepada khabar angin yang menyatakan kepimpinan kerajaan PH sedang bergolak.

Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang dibarisi 16 ahli dan diketuai Dr Mahathir sendiri, memperkukuhkan lagi dakwaan barisan Kabinet sedia ada tidak berfungsi dengan baik.

Walaupun sebahagian besar pemimpin atasan cuba menafikan dakwaan tersebut, namun kenyataan Tun Daim Zainuddin menjelaskan segala-galanya.

Dr Mahathir tidak akan mudah berundur kerana masih banyak perkara yang belum dilaksanakan sebaiknya. Jika berlaku usul undi tidak percaya, ini merupakan yang pertama dalam sejarah Malaysia. Namun, amat mustahil usul undi tidak percaya berlaku.

Pertama, jika berlaku usul undi tidak percaya, perdana menteri perlu berundur dan semua barisan menteri Kabinet sedia ada akan kehilangan jawatan masing-masing. Ini akan merugikan semua barisan menteri, baik dari PPBM, DAP, PKR mahupun Amanah.

Ke-2, jika berlaku undi tidak percaya, ia menampakkan kerajaan PH pakatan lemah dan seakan-akan memberi bonus kepada pembangkang untuk melakukan serangan.

Ke-3, PPBM hampir pasti meninggalkan PH, jika berlaku undi tidak percaya. Ini kerana, ketua mereka sudah tidak mendapat kepercayaan parti komponen lain. Jika PPBM keluar, PH perlu mencari pengganti untuk mendapatkan majoriti mudah di Parlimen.

Kemungkinan besar pilihan raya umum perlu diadakan kerana tiada parti yang mempunyai majoriti mudah di Parlimen. Jika ini berlaku, ia amat merugikan kerajaan sedia ada dan menguntungkan pihak yang kalah.

Sebelum berdepan undi tidak percaya, perdana menteri harus bijak membaca pergerakan ahli dan membuat keputusan segera. Jika berlaku pembelotan dalam kalangan anggota Kabinet, perdana menteri perlu segera merombak Kabinet untuk mencari anggota lebih setia.

Dr Mahathir ialah ahli politik bijak kerana pengalamannya hampir 70 tahun membolehkannya merancang strategi untuk berdepan kawan mahupun lawan.

Mungkin desas-desus pembelotan dalam kalangan menteri hanya khabar angin yang sengaja direka pembangkang untuk melemahkan kerajaan PH. Tidak kira benar atau tidak, parti komponen PH perlu bijak menghadapi situasi ini.

Syahmi Minhad ialah pembaca FMT.

FMT

Jumaat, 22 Februari 2019

PH EDAR HAMPER DAN SURAT TAWARAN PPRT, INI BUKAN RASUAH PENGUNDI KE SPR? #viralhancing

HAMPER DAN SURAT TAWARAN RUMAH PPRT, PH RASUAH PENGUNDI, SPR BUAT TAK TAHU SAHAJA AGAKNYA!!

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Eajdi Dusuki memuat naik sekeping foto yang menunjukkan jentera kempen piilihan raya Pakatan Harapan (PH) di Semenyih mengedarkan hamper dan surat rawaran baik pulih rumah kepada pengundi.


“Nampaknya PH begitu angkuh dan masih tidak belajar daripada PRK Cameron Highlands.

“Petang ini ketika saya dan rombongan Pemuda Umno melakukan ziarah rumah ke rumah pengundi di PDM Sungai Jai Semenyih, kami terlihat hamper dan surat tawaran baik pulih rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diagih-agihkan kepada pengundi di sini,” ujarnya dalam status instagramnya.

Dr Asyraf Wajdi berkata, perbuatan itu jelas merupakan kesalahan pilihan raya dan suatu rasuah politik yang cuba memancing undi pengundi di PRK Dun Semenyih.

“Pergerakan Pemuda Umno mendesak agar pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan tegas terhadap PH.

“Jangan amal pilih kasih kerana kemenangan BN pernah dibatalkan di Cameron Highlands lantaran didakwa terlibat dengan rasuah politik.

“Rakyat sedang memerhatikan sejauh mana ketelusan dan keadilan SPR yang kini Ahli Suruhanjaya yang baru dilantik terdiri daripada aktivis dan pendokong BERSIH,” ujarnya.

MD

KECEDERAAN ADIB MUNGKIN BUKAN DISEBABKAN DIBELASAH ATAU DISERANG KATA DOKTOR

Doktor kanan sebuah hospital swasta yang merawat allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam keterangan hari ini berkata kecederaan yang dialami anggota bomba itu mungkin bukan diakibatkan oleh serangan.


Perunding Kardiotorasik Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr Anand Sachithanandan bagaimanapun berkata antara beberapa kecederaan di bahagian sebelah kanan dada itu, berkemungkinan akibat kemalangan, jatuh dari tempat tinggi, libasan atau rempuhan.

"Sebenarnya dia mengalami trauma tumpul pada bahagian dada, dan mekanisma yang mungkin membawa kepada kecederaan, mungkin akibat kemalangan, jatuh dari tempat tinggi, libasan dan rempuhan,” kata doktor itu.

Beliau berkata demikian semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya (TPR) Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai yang menjalankan inkues berhubung kematian Muhammad Adib.

Zhafran: Boleh anda bezakan sama ada dia diserang atau dilanggar?

Dr Anand: Mustahil untuk menyatakannya dengan tepat.

"Saya dapati agak luarbiasa.. biasanya terdapat luka akibat mempertahankan diri, tapi ia tidak kelihatan di sini," katanya.

Pindah ke IJN

Dr Anand juga berkata SJMC memutuskan untuk memindahkan Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mereka tidak mempunyai mesin yang boleh merawat kecederaan paru-paru.

“Kami berkongsi penemuan-penemuan kami dan memberikan maklumat kepada doktor di IJN berhubung laporan imbasan,” katanya.

Semasa ditanya TPR Fatin Haidini Khairuddin sama beliau melihat sebarang kesan lebam di bahagian dada anggota bomba itu, beliau berkata: “Tidak”.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak… fokus utama saya adalah kepada kecederaan dada,” katanya.

Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara.

Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin.

- Bernama

Khamis, 21 Februari 2019

PENJAWAT AWAM TERLALU BESAR DAN PERLU DIKURANGKAN KATA PM #viralhancing

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.


Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

[PH BERGOLAK] GERAKAN SUPAYA MAHATHIR LETAK JAWATAN PM SUDAH TERSEBAR?

Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendukung Presiden PKR Anwar Ibrahim muncul di sekitar Kuala Lumpur.


Setakat ini, ia dikesan dipamer di dua tempat, iaitu Bangsar dan Taman Permata, Kuala Lumpur.Di Bangsar ia digantung di jejantas Jalan Bangsar, berdekatan stesen LRT Abdullah Hukum.

Di Taman Permata pula, difahamkan ia digantung di lebuh raya MRR2, berdekatan pasar raya besar Giant.Kain rentang itu bertulis “Mahathir letak jawatan! Anwar Ibrahim PM ke-8 demi selamatkan Malaysia”.

Turut dimuatkan gambar Anwar dan logo PKR.Namun, setakat ini belum terdapat maklumat pihak mana yang bertanggungjawab menggantungnya.


Tun M diserang oleh kawan sendiri.

1. Penentangan DAP dan sekutunya terhadap kepimpinan Tun M semakin jelas sekarang. Mereka sedang merancang untuk menjatuhkan Tun M dan melantik PM baru yang sedang mereka susun.

2. Kita semua tahu ada beberapa movement Tun M seperti mengambil ahli parlimen dari UMNO masuk ke dalam parti beliau bagi memperkukuhkan kedudukan parti itu tidak disenangi oleh DAP kerana ini akan melemahkan dan mengacau strategi DAP.

3. DAP sudah lama tidak mempercayai kepada Tun M namun mereka menganggap Tun M boleh dikawal dan mudah mengikut telunjuk tetapi ia tidak sedemikian. Tun M terus gagah bergerak dan memimpin.

4. Sebab itu tulisan terbaru di Malaysiakini menyatakan bahawa Tun M tidak boleh dipercayai. Sekarang, banyak khabar-khabar buruk telah ditiupkan hatta di dalam group whatsapp PH sendiri tentang keburukan Tun M. Ini semua telah digerakkan oleh RBA DAP.

5. Telah banyak movement-movement oleh DAP seperti pembongkaran kelayakan akademik Menteri adalah untuk memberi signal kepada kepimpinan Tun M jangan melanggar DAP dan jangan mengukuhkan kedudukannya sebagai PM.

6. Sebab itu juga baru-baru ini, Anwar Ibrahim dengan yakinnya menyatakan beliau akan menjadi PM seterusnya dalam masa tidak kurang dari dua tahun. Ini kerana dia telah dijanjikan jawatan tersebut oleh beberapa tokoh khususnya dari kepimpinan DAP.

7. Team Anwar Ibrahim telah bekerjasama dengan DAP agar impian ini tercapai, penglibatan Invoke juga jelas apabila kita membandingkan cara penulisan di kolum-kolum media pro PH serupa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Invoke.

8. Kini semua telah jelas, DAP mahukan PM yang anti-Melayu dan Pro Liberal dan Anwar Ibrahim adalah calon yang terbaik bagi mereka agar agenda Malaysian Malaysia dapat dilaksanakan.

Sumber MalaysianToday

SIAPA PUNYA KERJA BUAT PERKARA TERLALU BIADAB BEGINI? PATUNG BERHALA DILETAKKAN DI SURAU #viralhancing

PELABUHAN KLANG: Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda, di sini, semalam.


Difahamkan, patung itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab di antara jam 2.30 petang hingga 4.00 petang sebelum disedari oleh siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.

Siak surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata patung itu ditemui olehnya ketika mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci kira-kira jam 4.15 petang.

Beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudiannya memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah surau tersebut bagi melihat sendiri patung tersebut.

“Ketika saya pulang selesai solat Zuhur semua dalam keadaan baik dan tiada patung tersebut. Namun, apabila saya datang datang surau buat persiapan solat Asar ada patung berhala yang diletakkan di situ.

“Saya sangat terkejut dan tidak tahu apa motif mahupun mana-mana individu yang meletakkan patung tersebut. Tambahan pula, surau ini tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

“Setahu saya, surau ini tidak pernah menerima aduan atau mempunyai masalah dengan mana-mana pihak selain kecurian tabung surau yang sudah berlaku hampir lebih sepuluh kali,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, perkara ini sangat sensitif berikutan ia mencemarkan tempah ibadah bagi masyarakat yang beragama Islam.

“Kami kecewa dan terguris dengan kejadian ini seperti ini yang seolah-olah menghina agama Islam serta menggesa dalang di sebalik kejadian itu tampil meminta maaf.

Mohd Yatim, berkata susulan penemuan tersebut, dia kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Pandamaran, Klang Selatan, di sini awal pagi tadi serta menyerahkan patung itu bagi siasatan lanjut.

BH online

Rabu, 20 Februari 2019

JUALAN BAJU 'MALU APA BOSSKU' LAKU KERAS, PENIAGA UNTUNG RM5,000 SEHARI #viralhancing

SEMENYIH: Dengan hanya RM5 sehelai, seorang peniaga t-shirt “Malu Apa Bossku” mampu meraih RM5,000 sehari, selepas slogan itu dipopularkan Datuk Seri Najib Razak di media sosial baru-baru ini.


Peniaga itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 57, menjual t-shirt dalam pelbagai corak dan warna di bandar Semenyih berdasarkan trend dalam media sosial.

Fiqri Nauli, 17, berkata bapanya mempunyai ramai kenalan dalam bidang pakaian serta percetakan, dan t-shirt akan dicetak berdasarkan apa yang menjadi ikutan ramai.

“Sudah lama ayah berniaga, jadi ramai kenalan beliau. Setiap kali ada trend terbaru atau sesuatu yang viral, mesti kami cetak t-shirt dengan trend tersebut,” katanya ketika ditemui FMT di gerainya hari ini.

SEMENYIH: Dengan hanya RM5 sehelai, seorang peniaga t-shirt “Malu Apa Bossku” mampu meraih RM5,000 sehari, selepas slogan itu dipopularkan Datuk Seri Najib Razak di media sosial baru-baru ini.

Peniaga itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 57, menjual t-shirt dalam pelbagai corak dan warna di bandar Semenyih berdasarkan trend dalam media sosial.

Fiqri Nauli, 17, berkata bapanya mempunyai ramai kenalan dalam bidang pakaian serta percetakan, dan t-shirt akan dicetak berdasarkan apa yang menjadi ikutan ramai.

“Sudah lama ayah berniaga, jadi ramai kenalan beliau. Setiap kali ada trend terbaru atau sesuatu yang viral, mesti kami cetak t-shirt dengan trend tersebut,” katanya ketika ditemui FMT di gerainya hari ini.

“Sebelum ini, pelanggan tak ramai, kami tutup kedai pun awal. Sekarang, tengah malam pun masih ada yang datang beli baju.”

Katanya, beliau bersama 3 beradiknya membantu bapa mereka berniaga selepas pulang dari sekolah.

Fiqri berkata, bapanya turut membuka sebuah lagi gerai menjual t-shirt sama di pasar malam Semenyih, seminggu sekali



HOME NEWS BERITA OPINION LIFESTYLE BUSINESS SPORTS GALLERY

Jualan baju ‘Bossku’ laku bagai pisang goreng, peniaga raih RM5,000 sehari

Nur Hasliza Mohd Salleh

 -

February 19, 2019 2:46 PM

70.3kShares

T-shirt pelbagai rekaan dan warna yang dijual bapa Fiqri Nauli.

SEMENYIH: Dengan hanya RM5 sehelai, seorang peniaga t-shirt “Malu Apa Bossku” mampu meraih RM5,000 sehari, selepas slogan itu dipopularkan Datuk Seri Najib Razak di media sosial baru-baru ini.

Peniaga itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 57, menjual t-shirt dalam pelbagai corak dan warna di bandar Semenyih berdasarkan trend dalam media sosial.

Fiqri Nauli, 17, berkata bapanya mempunyai ramai kenalan dalam bidang pakaian serta percetakan, dan t-shirt akan dicetak berdasarkan apa yang menjadi ikutan ramai.

“Sudah lama ayah berniaga, jadi ramai kenalan beliau. Setiap kali ada trend terbaru atau sesuatu yang viral, mesti kami cetak t-shirt dengan trend tersebut,” katanya ketika ditemui FMT di gerainya hari ini.

Beliau berkata, gerai mereka yang baru beroperasi sebulan lalu, mendapat perhatian orang ramai disebabkan kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih yang sedang berlangsung.

Suffiyah menunjukkan t-shirt yang dibelinya.

“Sebelum ini, pelanggan tak ramai, kami tutup kedai pun awal. Sekarang, tengah malam pun masih ada yang datang beli baju.”

Katanya, beliau bersama 3 beradiknya membantu bapa mereka berniaga selepas pulang dari sekolah.

Fiqri berkata, bapanya turut membuka sebuah lagi gerai menjual t-shirt sama di pasar malam Semenyih, seminggu sekali.

“Kedai di tapak pasar malam kami buka pada Isnin.”


Katanya, seorang pelanggan dari Kedah membeli 200 helai t-shirt untuk dihadiahkan kepada keluarga dan sahabat handai, pada malam Najib berkempen di Semenyih Ahad lalu.

“Sekarang ni, benda ini (t-shirt Bossku) tengah tular, sebab itu laku. Nanti dah habis musim akan keluar t-shirt lain pula.”

Sementara itu, seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Suffiyah, 47 berkata, beliau membeli 4 helai t-shirt itu kerana tertarik dengan harga, rekaan kreatif dan kualiti kain yang selesa dipakai.

“Saya habiskan RM20 sahaja beli t-shirt ni, tapi perasaan macam pakai t-shirt harga RM50 sehelai.”

Hari mengundi bagi PRK Semenyih ditetapkan pada 2 Mac ini.

FMT

TULAR NAMA-NAMA AHLI PARLIMEN PH YANG INGINKAN MAHATHIR LETAK JAWATAN MAC INI!! #viralhancing

TERKINI: Senarai Ahli Parlimen sokong Mahathir letak jawatan tular


Dari senarai itu dapat dilihat 3 parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), 4 dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selebihnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) 40 parlimen dan bakinya 42 dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersedia untuk menyokong desakan undi tidak percaya itu.

Senarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatan:

KEDAH (8)
Kulim Bandar Baharu - Menteri (PKR)
Kubang Pasu - Timbalan Menteri (PPBM)
Pokok Sena - Timbalan Menteri (AMANAH)
Sungai Petani - Pengerusi BBC (PKR)
Merbok (PKR)
Alor Setar (PKR)
Kuala Kedah (PKR)
Padang Serai (PKR)

PENANG (10)
Bagan - Menteri (DAP)
Tanjong - KM Pulau Pinang (DAP)
Bukit Mertajam (DAP)
Batu Kawan (DAP)
Bukit Bendera (DAP)
Jelutong (DAP)
Bukit Gelugor (DAP)
Bayan Baru (PKR)
Balik Pulau (PKR)
Permatang Pauh (PKR)

PERAK (14)
Parit Buntar - Menteri (AMANAH)
Gopeng - Timbalan Menteri (PKR)
Lumut - Timbalan Menteri (AMANAH)
Teluk Intan - Timbalan Speaker (DAP)
Bagan Datuk - Ketua Pembangkang (PPBM)
Taiping (DAP)
Padang Rengas (UMNO)
Sungai Siput (PKR)
Batu Gajah (DAP)
Ipoh Barat (DAP
Ipoh Timur (DAP
Beruas (DAP)
Kampar (DAP)
Tanjung Malim (PKR)

SELANGOR (17)
Pandan - Timbalan Perdana Menteri (PKR)
Shah Alam - Menteri (AMANAH)
Kuala Selangor - Menteri (AMANAH)
Kota Raja - Menteri (AMANAH)
Puchong - Menteri (DAP)
Subang - Menteri (PKR)
Sungai Buloh - Timbalan Menteri  (PKR)
Sepang - Timbalan Menteri (AMANAH)
Damansara (DAP)
Hulu Selangor  (PKR)
Selayang (PKR)
Hulu Langat (AMANAH)
Bangi (DAP)
Subang (PKR)
Petaling Jaya (PKR)
Kapar (PKR)
Klang (DAP)

WILAYAH (7)
Seputeh - Menteri (DAP)
Segambut - Timbalan Menteri (DAP)
Cheras (DAP)
Kepong (DAP)
Setiawangsa (PKR)
Bukit Bintang (DAP)
Lembah Pantai (PKR)

MELAKA (2)
Tangga Batu (PKR)
Kota Melaka (DAP)

NEGERI SEMBILAN (5)
Port Dickson - Bakal PM (PKR)
Seremban - Menteri (DAP)
Rasah (DAP)
Rembau (UMNO)
Tampin (AMANAH)

JOHOR (12)
Simpang Renggam - Menteri (PPBM)
Kulai - Timbalan Menteri (DAP)
Iskandar Puteri (DAP)
Segamat (PKR)
Sekijang (PKR)
Labis (DAP)
Ledang (PKR)
Bakri (DAP)
Kluang (DAP)
Tebrau (PKR)
Pasir Gudang (PKR)
Johor Bharu (PKR)

PAHANG (4)
Raub - Timbalan Menteri (DAP)
Kuantan - Timbalan Menteri (PKR)
Temerloh - Timbalan Menteri (AMANAH)
Bentong (DAP)

TERENGGANU (1)
Besut (UMNO)

KELANTAN (1)
Gua Musang (UMNO)

SABAH (8
Kota Kinabalu (DAP)
Putatatn (PKR)
Keningau (STAR)
Ranau (PKR)
Tenom (DAP)
Sandakan (DAP)
Tawau (PKR)

SARAWAK (12)
Selangau - Menteri (PKR)
Mas Gading (DAP)
Kuching (DAP)
Sibu (DAP)
Stampin (DAP)
Puncak Borneo (PKR)
Lubok antu (PKR)
Saratok (PKR)
Sarikei (DAP)
Julau (PKR)
Lanang (DAP)
Miri (PKR)

Jumlah : 101 Jumlah majoriti mudah : 112

Selasa, 19 Februari 2019

MAHATHIR BOLEH LETAK JAWATAN SEGERA KATA PEMIMPIN DAP JOHOR #viralhancing

PETALING JAYA: Pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, hari ini mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pilihan raya umum ke-14.


Boo, yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berkata, dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto itu hanya “panduan dan bukan kitab” menunjukkan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri dan manifesto itu sendiri.

“Tindakan beberapa pemimpin PH mendakwa perubahan kerajaan tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan Dr Mahathir hanya mencerminkan kemerosotan diri mereka,” katanya.


Malah, katanya, mereka yang melontar pandangan sedemikian sudah mengaku ketidakcekapan diri dan juga harus meletak jawatan.

Boo turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen Umno dan menggesa pimpinan PH mengambil pendirian bersama membantah amalan sedemikian.

“Malaysia memerlukan persaingan sihat dalam sistem 2 parti untuk memastikan pembaharuan institusi dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Sebaliknya, katanya, negara akan “ke belakang” jika wakil rakyat digalakkan untuk melompat parti.

FMT

ADAKAH PH MAMPU YAKINKAN RAKYAT LAGI? HANYA 4 TAHUN, 2 BULAN SAHAJA TINGGAL UNTUK MEREKA BERKUASA #viralhancing

4 TAHUN, 2 BULAN LAGI UNTUK PH YAKINKAN RAKYAT YANG MEREKA TIPU


Mencapai kemenangan bukannya mudah, tetapi mengisi kemenangan ternyata lebih susah daripada kemenangan itu. Apatah lagi sesuatu yang hendak diisi itu bererti memenuhi janji dan idealisme perjuangan.

Inilah agaknya hakikat yang sedang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang. Mudah berjanji, mengungkap manifesto, memberi semangat dan harapan kepada pengundi dan penyokong. Mudah beretorik!

Tetapi, apabila kuasa berada di tangan, semua tak menjadi, semua jadi buntu! Apatah lagi mewarisi hutang berbilion ringgit dan pegawai kerajaan tidak menyokong kerajaan sedia ada, malah ada pula yang mensabotaj.

Janji kehidupan lebih baik tidak kunjung tiba, tekanan kos sara hidup yang disebabkan kerajaan terdahulu terus menghambat hidup rakyat. Rakyat jadi cemas dan tidak mustahil akan lemas jika keadaan tidak berubah.

Setelah hampir 1 tahun di tampuk kuasa, rakyat tidak menikmati apa yang dijanjikan. Mungkin ada, tetapi kerajaan seolah-olah membisu, kurang memberitahu rakyat apa yang telah berubah, apa yang telah dicapai dan apa yang sedang dilaksanakan. Di mana peranan media arus perdana?

Yang dilihat adalah keluhan dan aduan terhadap kebobrokan kerajaan terdahulu, yang dicanangkan adalah kesalahan dan jenayah yang dilakukan pemimpin kerajaan dulu.

Malah, untuk mengadili si “penjenayah” di mahkamah juga dilihat sebagai gagal, meleret dan melelahkan. Dan yang anehnya, si “penjenayah” itu pula yang mendapat perhatian dan liputan utama media arus perdana.

Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dijanjikan belum mendatangkan manfaat kepada rakyat, malah menjadi beban lebih besar kepada peniaga, pengilang, pembuat dan akhirnya kos keseluruhan melumpuhkan rakyat.

SST yang didakwa lebih baik dan lebih adil, kini dilabelkan gagal. Malah, kerana pengiraan begitu kompleks, SST dilihat sebagai tidak telus dan menyusahkan peniaga.

Apakah tempoh 6 bulan pelaksanaan tidak cukup untuk menilai kelemahannya? Apakah kerana ego dan malu menjilat ludah menyebabkan kerajaan tidak mahu mengakui kesilapan serta mencari jalan penyelesaian pencukaian drastik yang tidak membebankan rakyat dan mengurangkan kos keseluruhan rantaian bekalan?

Rakyat telah muak dengan segala retorik. Kerajaan PH harus sedar rakyat telah berubah.

Rakyat juga berani menukar kerajaan secara demokratik dan amat mudah rakyat menolak kerajaan sedia ada, jika kebuntuan ini berterusan.

PH mempunyai 4 tahun 2 bulan lagi untuk meyakinkan dan memenangi hati serta fikiran rakyat. Bukan lagi dengan retorik, tetapi hasil yang dapat mensejahterakan hidup rakyat.

Sedarlah, 4 tahun itu tidak lama.

Yunus Tasim ialah pembaca FMT.

Isnin, 18 Februari 2019

SEBUT 'MALU APA BOSSKU' HARAM, MANIFESTO PH MENIPU RAKYAT TIDAK HARAM KATA USTAZ PRO KERAJAAN #viralhancing

Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” - sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.


“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.

“Tiba-tiba kau ajar 'malu apa bossku' dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.

Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

Ketika berita ini ditulis, ia telah ditonton lebih 200,000 kali.


https://m.facebook.com/AbuSyafiq1/posts/2300078606749239?substory_index=0

Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.

Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.

Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib.

https://www.malaysiakini.com/news/464559?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

BILA TUN M 'GAMEKAN' MUSUH DAN KAWAN POLITIKNYA, NAMPAKNYA SANGAT TERDESAK #viralhancing

Apa yang dilihat, memungkinkan ada sesuatu berlaku bila Dewan Rakyat pada Mac nanti, sebab itulah Perdana Menteri ke-7 sangat gusar, sangat panik, malah tindakannya menampakkan krisis dalaman Pakatan Harapan tidak mampu disorok lagi.

Anwar dalam diam, menyusun bermacam-macam lenggok seni, walaupun dimedia-media maya, Anwar menampakkan seorang yang longlai, menjadi pak turut, PKR berpecah dua dan Azmin sudah nampak arah mana dia mahu sujud, arah Mahathir atau Anwar.

Namun kita semua mungkin sedang terperangakap dengan alih tumpuan, sebenar-benarnya yang kalut dan risau adalah Mahathir sendiri.


Minggu yang Tun Dr Mahathir ‘gamekan’ semua orang - FMT

Dua bulan lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PPBM berkata mereka tidak akan melebarkan sayap parti ke Sabah.

Minggu lepas, Dr Mahathir berubah nada. Katanya, PPBM tetap akan masuk Sabah kerana ada orang Umno yang enggan menyertai Warisan tapi mahu menyertai PPBM.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal terdiam sehingga kini.

Dua bulan lepas, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa bagi meneliti dan menapis permohonan keahlian daripada bekas pemimpin Umno yang ingin menyertai PPBM sejurus selepas 7 ahli Parlimen Umno keluar parti dan PPBM menerima permohonan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyertai PPBM.


Jawatankuasa itu diwujudkan selepas parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) membuat bising terhadap penerimaan orang-orang Umno berkontroversi ke dalam PPBM, lalu menjadi sebahagian daripada PH.

Minggu lepas, tetiba semua ahli Parlimen Umno yang melompat diterima sekali gus memasuki PPBM. Tidak pasti sama ada Rahim juga diterima di dalam PPBM. Tapi sekiranya PPBM bimbang terhadap protes dalaman, Rahim boleh menjadi seperti Superman Hew yang tidak lagi menjadi ahli DAP tapi tetap menjadi pendokong utama parti sehingga dianugerahkan jawatan penting di dalam kerajaan.

Presiden parti PH yang pertama memberikan sokongan kepada penyertaan 7 bekas ahli Parlimen Umno ini ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang masih terdiam. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menyuarakan bahawa PKR tidak akan menerima ahli Parlimen Umno pula sekadar berkata penyertaan 7 bekas ahli Parlimen tidak akan menggagalkan agenda reformasi PH.

Di dalam penjelasannya, Dr Mahathir berkata apa yang penting ialah pendirian 7 bekas ahli Parlimen Umno itu sekarang kerana semua orang pernah melakukan kesalahan.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir memberikan amaran kepada parti-parti PH iaitu PKR, DAP dan Amanah bahawa sekiranya mereka membelot dan tidak lagi setia kepada negara, beliau juga akan bertukar kepada parti lain.


“Kita boleh berubah, kita bukan tetap selamanya,” katanya.

Sudah sebulan lebih khabar angin bertiup kencang mengenai rombakan Kabinet termasuk ura-ura bahawa Datuk Seri Azmin Ali akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri. Namun begitu, Dr Mahathir telah menafikannya pada 6 Februari yang lalu.

Jika mengikut trend penafian Dr Mahathir, ini bermakna rombakan Kabinet sudah pasti berlaku di dalam kira-kira 2 bulan akan datang.

Buat sementara waktu, Dr Mahathir mengejutkan semua pihak dengan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang boleh dilihat sebagai Kabinet di dalam Kabinet. Mengapa tindakan ini diambil sedangkan beliau sentiasa berkata beliau berpuas hati terhadap prestasi Kabinetnya?

Anwar, insan yang dijanjikan akan diserah jawatan PMnya secara terbuka berkali-kali selepas bersara tetap tidak dipilih menganggotai EAC ini. Bukan itu sahaja, isteri bakal PM yang juga timbalan perdana menteri juga tidak dipilih dan tiada juga seorang pun pimpinan tertinggi Amanah yang dilantik ke EAC.

Hanya 4 ahli Kabinet yang dipilih menganggotai EAC, itu Azmin, (menteri hal ehwal ekonomi) Lim Guan Eng (menteri kewangan), Darrell Leiking (menteri perdagangan antarabangsa dan industri) dan Baru Bian (menteri kerja raya).

Walaupun Azmin tidak dilantik sebagai TPM lagi di Kabinet Dr Mahathir yang asal, nampaknya beliau sudah dilantik menjadi timbalan de-facto kepada Dr Mahathir di dalam Kabinet di dalam Kabinet ini.

Apakah di sini tempat beliau memulakan latihannya menjadi sebagai seorang timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir?

Setakat ini Anwar, Wan Azizah, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan seluruh kepimpinan tertinggi Amanah masih terdiam meskipun ramai menggaru kepada apabila melihat bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz juga terpilih menganggotai EAC.

Aksi politik Dr Mahathir minggu lepas menunjukkan bahawa pergerakan politik perdana menteri ke-7 ini jauh lebih berbisa daripada perdana menteri ke-4. Kini, pergerakannya susah dihidu. Banyak lawannya termasuk yang masuk penjara di zamannya menjadi PM ke-4 kini duduk di bawah ketiaknya, dan banyak kawannya dan anak buahnya dulu menjadi musuhnya terkini.

Namun, hubungannya dengan PAS tetap tidak berubah, barangkali kerana kedua-duanya masih gagal menawan sesama sendiri selama ini kerana dapat saling menghidu pergerakan masing-masing.

Contoh terbaru dapat dilihat melalui kontroversi yang tercetus susulan perjumpaan Dr Mahathir dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari sebelum hari penamaan calon PRK DUN Semenyih yang masih hangat dibincangkan semasa artikel ini ditulis.

Apakah PH akan bergolak selepas minggu kena ‘game’ oleh Dr Mahathir? Apakah amaran Dr Mahathir kepada DAP, PKR dan Amanah bersifat serius atau main-main?

Atau apakah sebenarnya ini semua berkait dengan nasib Anwar untuk menjadi PM kerana kebetulan Dr Mahathir menggerakkan percaturan politiknya, Anwar juga memainkan semula isu janji Dr Mahathir menyerahkan kuasa PM kepadanya di dalam masa kurang 2 tahun?

Nampaknya negara terus sibuk berpolitik, dan barangkali itulah kegunaan EAC yang ditubuhkan Dr Mahathir; untuk memastikan negara terus ditadbir belakang takbir ketika beliau melakukan apa yang dikehendaki di dalam politik sebelum bersara.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/02/18/minggu-yang-tun-dr-mahathir-gamekan-semua-orang/

Ahad, 17 Februari 2019

CERAMAH BOSSKU DISERBU 1000 ORANG MANAKALA CERAMAH PH HANYA 100 ORANG HADIR DI SEMENYIH #viralhancing

HULU LANGAT 17 Feb. - Kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Branang di sini mencuri perhatian penduduk.



Lebih 1,000 penduduk memilih untuk mendengar ceramah BN berbanding Pakatan Harapan (PH) yang dihadiri kurang 100 orang.


Kedua-dua ceramah berkenaan dijalankan dalam kawasan pangsapuri yang sama dengan perbezaan jarak kira-kira 100 meter.

Kehadiran Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ke tempat ceramah PH ternyata gagal menarik perhatian pengunjung.

Kebanyakan pengunjung yang hadir tanpa rasa malu bersorak dan berkali-kali melaungkan slogan, 'malu apa bossku'.

Selepas berucap, Najib kemudiannya melawat perniagaan trak makanan dalam perkarangan pangsapuri tersebut. - UTUSAN ONLINE

RUMAH MAMPU MILIK DAN MURAH 1 JUTA UNIT PASTI AKAN DIBINA DALAM MASA 10 TAHUN KATA PM KE-7

PUCHONG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membina sejuta unit rumah mampu milik dan rumah murah dalam masa 10 tahun.


Menurut beliau, walaupun kerajaan menghadapi pelbagai kekangan dalam melunaskan janji tersebut,  namun ia tetap akan dilaksanakan demi membantu golongan kurang berkemampuan terutama kumpulan B40, dengan kerjasama pihak swasta.

"Kerajaan tak mampu dirikan sejuta rumah dalam masa 10 tahun, perlu kerjasama dengan swasta. Hari ini kita lihat banyak pihak swasta sambut baik rancangan kita ini termasuk dalam susunan komuniti bagi memastikan ada perusahaan ditempatkan di kawasan komuniti yang akan dibina.

"Kita harap dengan adanya komuniti tersusun dan dilengkapi kelab yang boleh menjadi perantara untuk menyampaikan masalah penduduk setempat kepada wakil rakyat serta dilengkapi bengkel bagi membolehkan mereka terlibat dengan perniagaan, akan memajukan ekonomi komuniti setempat, " katanya pada pemberita selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara (DKN) yang digubal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti setempat, khususnya di kawasan berstrata kos rendah di seluruh negara.

Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, beberapa menteri kabinet dan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari.

Mahathir berkata, dasar itu juga menggalakkan penduduk di komuniti berkenaan terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan aspek pemasaran yang lebih tersusun.

"Kita mahu komuniti yang lebih tersusun dan lebih baik, itu hasrat kerajaan dan ramai pihak swasta yang sambut baik hasrat ini.

"Hasrat kita bina sejuta unit dalam 10 tahun mungkin ada lebih atau kurang (sasaran 100,000 rumah dibina dalam setahun) namun kita harap dalam 10 tahun, kita boleh bina ikut sasaran," jelasnya.

Harga bagi seunit rumah mampu milik ialah di bawah RM300,000 dan ditetapkan mengikut lokaliti. - Bernama

KERANA PAYUDARANYA BESAR SANGAT, GADIS 20 TAHUN ALAMI TRAUMA #global #viralhancing

MEMILIKI payu dara bersaiz luar biasa ternyata menghantui kehidupan seorang gadis berusia 20 tahun. Dani Markerson bukan sahaja menjadi...