Sabtu, 2 Mac 2019

BN MENANG BERGAYA DI SEMENYIH #viralhancing

Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 DUN Semenyih setakat ini menyaksikan Barisan Nasional berjaya merampas kerusi berkenaan daripada Pakatan Harapan yang memenanginya dalam PRU yang lepas.



PRK Semenyih diadakan selepas kematian penyandangnya, Bakhitar Mohd Nor daripada PH pada 11 Januari yang lalu.

Pengundian kali menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali, 30, (PH); Zakaria Hanafi, 58, (BN); Nik Aziz Afiq Abdul, 25, (Parti Sosialis Malaysia); dan Kuan Chee Heng,  56, (Bebas).

Menurut BERNAMA, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68 peratus sehingga pukul 4 petang.

Proses pengundian yang berakhir pada pukul 5.30 petang tadi menyaksikan seramai 52,411 pengundi layak mengundi dan boleh berbuat demikian di 24 buah pusat mengundi dengan 120 saluran yang dikendalikan oleh SPR.

Jumaat, 1 Mac 2019

BOSNIA AKAN LABUR BINA HOSPITAL DI SEMENYIH, INI BENAR TIDAK TIPU #viralhancing

KUALA LUMPUR 1 Mac - Hasrat rakyat Semenyih yang mahu sebuah hospital dibina di sini demi keselesaan dan kemudahan perubatan mereka mungkin bakal terlaksana.


Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, beliau telah berunding dengan sekumpulan pelabur dari Bosnia yang berminat untuk melabur dalam bidang kesihatan di negara ini.

Walaupun nama syarikat berkenaan tidak didedahkan namun dikatakan syarikat itu telah melabur dalam bidang kesihatan di serata dunia dan memiliki rangkaian hospital dengan lebih 150,000 katil.

Menurut Mohd Redzuan, pihak pelabur berkenaan berminat untuk membina sebuah hospital yang memiliki 150 katil di pinggir Kuala Lumpur dan Semenyih adalah lokasi terbaik memandangkan belum ada hospital di sana.

Selain berminat melabur dalam bidang kesihatan, Mohd Redzuan juga mendedahkan pelabur dari Bosnia itu juga mempelawa usahawan Malaysia untuk melabur dalam projek halal hub di Sarajevo.

Ujar beliau pelaburan dalam projek halal hub itu penting sebagai pintu masuk ke negara-negara di Eropah serta Rusia.

Selain itu projek halal hub itu juga boleh menjadi pemangkin kepada keperluan memenuhi kehendak pasaran halal penduduk beragama Islam di sana.

Mohd Redzuan mengulas tentang perkara ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu pihak pelabur berkenaan turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan pelabur Malaysia yang berminat untuk berkolaborasi dalam penghasilan gelatin halal yang boleh digunakan sebagai bahan asas untuk produk halal. - UTUSAN ONLINE

BANTUAN UNTUK ORANG TUA PUN PH POTONG TANPA SEBAB, APA NAK JADI #viralhancing

Saya telah dimaklumkan bahawa ada kes bantuan kebajikan masyarakat kepada rakyat miskin, orang tua atau yang memerlukan telah dipotong oleh Kerajaan.


Beberapa penerima bantuan kebajikan telah menerima surat penamatan bantuan ini berkuatkuasa hari ini.

Sebab penamatan bantuan ini seperti yang dinyatakan dalam surat adalah “Lain-lain”.

Saya harap pihak Kerajaan lebih prihatin kepada golongan miskin dan tidak sewenang-wenangnya memotong bantuan kepada mereka atau sekurang-kurangnya memberikan penjelasan yang munasabah dan lebih terperinci mengapa bantuan ini dipotong.

Saya tidak boleh terima cara Kerajaan kini mengagihkan peruntukan yang tidak masuk akal:

Bantuan kepada rakyat miskin, orang tua atau memerlukan dipotong namun peruntukan kepada sekolah swasta dan projek kereta terbang diberikan pula.

Jika keadaan ini berterusan, jurang antara yang miskin dan yang kaya akan bertambah semula seperti yang berlaku pada tahun 1990an dahulu. Ini amat tidak baik.

Saya menunggu penjelasan Kerajaan PH berkenaan hal ini.

ISHAM JALIL
Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA
1 Mac 2019

FB Isham Jalil

Kredit: Suhasni Al-Hayan

KERAJAAN PH SEDANG TURUNKAN HARGA BARANG, RAKYAT USAH RISAU KATA PERDANA MENTERI #viralhancing

SEMENYIH: Kerajaan sedar akan keperitan hidup rakyat disebabkan beban kos sara hidup dan harga barang yang tinggi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Menurut Dr Mahathir, ketika ini kerajaan sedang berusaha meringankan beban rakyat dengan menurunkan kos sara hidup serta harga barangan.

“Saya sedar bahawa harga barangan naik sikit. Insha-Allah apabila kita usahakan, dan sekarang sedang ambil tindakan untuk turunkan kos sara hidup, saya yakin kita akan dapat nikmat dalam usaha turunkan harga barang.

“Kita ada rancangan untuk memperkayakan negara kita. Kita (Pakatan Harapan) ada pengalaman. Kita tahu bagaimana nak majukan negara dan rakyatnya,” katanya dalam ucapan pada Ceramah Perdana PH di sini pada Khamis.

Kata Pengerusi PH itu, ini termasuk dengan memberi bantuan subsidi serta latihan kemahiran untuk pengusaha kecil.


“Kita ingin perkayakan Semenyih dan Beranang. Saya tahu di Beranang ramai penduduk yang terdiri daripada orang Melayu.

“Mereka berusaha menternak lembu dan tanam serai dan mereka berjaya. Tapi mereka perlu bantuan daripada kerajaan supaya lebih berjaya.

“Kita juga ingin memberi ilmu dan kecekapan supaya mereka boleh lebih berjaya dan boleh kayakan diri mereka,” katanya.

Namun, kata Perdana Menteri, bantuan subsidi tidak seharusnya diberikan kepada pengusaha yang sama selamanya.

Sebaliknya kata Dr Mahathir, PH mahu memastikan pengusaha-pengusaha boleh berdiri atas kaki sendiri selepas beberapa kali menerima bantuan kerajaan.

“Memanglah senang kalau kita diberi bantuan dan subsidi, tapi mereka yang dapat subsidi tak kaya sampai bila-bila. Sebaliknya mereka yang tak dapat subsidi jadi kaya sebab mereka berusaha.

“Itulah hasrat PH, kami ingin kayakan yang miskin. Bukan ingin mereka kekal miskin dan bergantung kepada subsidi dan bantuan sahaja,” tambahnya lagi.

ASTROAWANI

PAS DAN UMNO YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MELAYU ITULAH PENUNGGANG AGAMA KATA MENTERI

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan atas isu penghinaan Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang bersifat politik dan ‘menunggang agama’.

Katanya, beliau tidak melihat pun kepentingan menganjurkan sebarang perhimpunan aman kerana mereka yang didakwa sudah diambil tindakan.


“Saya mengesyaki ada pihak mahu kekalkan kebencian kepada kerajaan seakan-akan kita tidak menjaga kepentingan agama.

“Sepatutnya mereka sokong (tindakan kerajaan) sebab kita sudah ambil tindakan pantas jatuhkan hukuman, bukan mahu adakan perhimpunan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Mujahid mengulas cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS yang mahu mengadakan perhimpunan dengan alasan membantah kes penghinaan ke atas Nabi Muhammad.

Mujahid berkata perhimpunan itu dilakukan atas kepentingan politik, mungkin sebab Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih atau sengaja untuk mengembar-gemburkan, kononnya pihak berkenaan lebih pertahankan Nabi Muhammad berbanding orang lain.

“Ini yang kita kata mereka ‘menunggang agama’ untuk kepentingan politik,” katanya.

Ahad lalu, sebuah portal berita melaporkan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS mendesak peguam negara mengambil tindakan segera terhadap individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Kedua-dua pergerakan itu juga mengugut untuk mengadakan perhimpunan jika pihak berkuasa bersikap sambil dan mahu peguam negara segera mendakwa individu yang dibebaskan atas jaminan polis selepas ditahan kerana memuat naik status Facebook menghina Nabi Muhammad.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam memerintahkan warga emas itu dihantar ke penjara kerana gagal melunaskan jaminan mahkamah RM20,000 selepas dituduh dengan dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad dan Saidatina Aisyah serta menggunakan laman Facebook membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Pada Selasa lalu, seorang operator kilang berusia 22 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan menghina Nabi Muhammad melalui akaun Facebook.

Pada Ahad lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan polis membuka tiga kertas siasatan berhubung kes penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Mengulas mengenai gesaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya polis tidak bertolak-ansur terhadap pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad, Mujahid bersetuju dengan kenyataan Anwar.

MYSENTRAL

Khamis, 28 Februari 2019

SAYA TETAP AKAN JADI PM SIKIT MASA LAGI KATA ANWAR IBRAHIM #viralhancing

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun.



Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.


“Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja. Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa.

“Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah me­nyatakan dengan jelas (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun,” katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan keputusannya memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik.

Katanya, kerjasama dengan Dr. Mahathir akan memberi manfaat besar kepada rakyat selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dilihat komited dengan beberapa agenda reformasi PKR.


Selain itu, Anwar turut menzahirkan keyakinan Dr. Mahathir tidak akan melakukan rombakan Kabinet seperti didakwa segelintir pihak dalam media sosial.

“Dr. Mahathir telah memberitahu dengan jelas tidak akan berlaku rombakan Kabinet dan saya berpegang kepada kata-katanya. Secara amnya, beliau perlu berbincang de­ngan kepemimpinan komponen PH sekiranya mahu melakukan rombakan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-saya-tetap-jadi-pm-8217-1.841160

Rabu, 27 Februari 2019

PH KALAH, SEMENYIH AKAN DISEKAT SEGALA BANTUAN #viralhancing

BARISAN Nasional (BN) tidak boleh terlalu selesa pada waktu ini dan perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.


Terbaru, BN tampil dengan sasaran 60 peratus peluang untuk menang manakala Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan sebarang angka.

Sungguhpun begitu, peratusan yang dianggarkan BN itu mampu berubah pada bila-bila masa dan juga mungkin pada saat akhir kerana PH sudah semestinya tidak akan berdiam diri dan memiliki indikator tersendiri untuk menang.

Sepanjang tempoh berkempen, PH dilihat mempunyai strategi-strategi tertentu yang mampu memujuk dan mempengaruhi para pengundi di Semenyih.

Sudah tentunya, PH mempunyai kelebihan sebagai sebuah kerajaan.

Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah kerajaan negeri Selangor dan negara, faktor itu ia sentiasa menjadi modal ceramah PH untuk berkempen.

PH menggunakan 'senjata' bahawa bantuan dan kemajuan ke DUN Semenyih akan terganggu sekiranya pengundi memilih wakil rakyat dalam kalangan BN dan suara mereka tidak akan didengari kerana tidak berada dalam kem yang sama.

Selain itu, faktor bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan pertuduhan-pertuduhan serta punca kerajaan BN tumbang pada 9 Mei tahun lalu sentiasa menjadi mainan bibir pemimpin-pemimpin PH.

Namun, kini, ia terpulang kepada rakyat untuk menilai sama ada memilih parti berpengalaman dalam kerajaan selama 61 tahun atau parti yang masih di peringkat bayi, sembilan bulan.

Perlu diingatkan bahawa jumlah hadirin ke ceramah-ceramah PH semakin meningkat saban hari. Malah, penonton ceramah BN
 juga merupakan penonton yang sama yang hadir ke ceramah-ceramah PH.

Dalam tempoh sekarang,  penduduk sudah mulai berfikir, mencerap dan menilai.

Paling mengggerunkan apabila sorakan dan tepukan gemuruh penduduk  turut  kedengaran di ceramah-ceramah PH. Adakah ia merupakan tanda mereka bersetuju?

Bagaimanapun, para pengundi di Semenyih tidak bodoh dan matang dalam membuat pilihan masing-masing dan akan memilih parti yang benar-benar membela nasib rakyat. Semoga mereka membuat pilihan tepat.-UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/politik/ph-sekat-bantuan-jika-kalah-prk-1.849590

TIGA MENTERI DAP SANGAT DISANJUNGI RAKYAT SETAKAT INI MENURUT KAJIAN #viralhancing

Sebuah syarikat perhubungan awam mendapati Anthony Loke, Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo adalah antara pemimpin DAP yang paling diyakini rakyat menerusi satu kaji selidik yang dijalankan mereka.


Mereka masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat di belakang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Pengurus Citrine One, Ivlynn Yap, kemampuan pemimpin Pakatan Harapan itu dalam menyampaikan maklumat dengan mudah menjadi antara faktor mengapa mereka dipilih sebagai menteri paling diyakini.

“Cara pemilihan ayat oleh Mahathir sendiri memberi kesan yang mendalam sehingga mampu menggulingkan kerajaan terdahulu,” katanya seperti dilapor media.

Menurut Citrine, kaji selidik itu melibatkan 321 responden di seluruh negara. Mengikut pecahan kaum, responden Melayu adalah yang paling ramai melibatkan 43.69 peratus diikuti Cina (17.8 peratus); India (34.6 peratus) dan lain-lain (4 peratus).

Ia dijalankan selama sebulan, dari 22 Januari hingga 21 Februari lalu.

Di bawah Kabinet Mahathir, Guan Eng antara pemimpin DAP terawal yang dilantik sebagai Menteri Kewangan dan disusuli dengan pelantikan Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan dan Gobind sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. – Roketkini.com

https://www.roketkini.com/2019/02/27/3-pemimpin-dap-di-tangga-teratas-menteri-paling-diyakini/

BANGKAI ANAK IKAN PAUS TERDAMPAR DI HUTAN, MEMBINGUNGKAN SAINTIS #viralhancing

BRASILIA - Seekor anak paus kelasa seberat 10 tan ditemukan tidak bernyawa di hutan Amazon baru-baru ini, jauh daripada habitat asalnya hingga mengakibatkan pakar bingung akan kejadian itu.



Mirror.co.uk melaporkan, ma­malia marin berukuran 11 meter panjang itu ditemukan di pulau Marajo di luar pantai Araruna dekat muara sungai Amazon.


Saintis percaya haiwan itu mati di laut dan mungkin terdampar di kawasan hutan ber­kenaan selepas dihanyutkan ombak ke pulau tersebut, jauh daripada habitat asalnya.

Sekumpulan penyiasat dari Jabatan Kesihatan, Sanitasi dan Alam Sekitar (Semma) bergegas ke kawasan berdekatan untuk menyiasat bangkai paus berusia 12 bulan itu.

Pasukan Semma mengumpul maklumat bagi mengetahui bagaimana haiwan marin itu boleh berada di hutan Amazon.

Wakil Semma, Dirlene Silva memberitahu, pihaknya mene­mukan paus jenis kelasa itu setelah mengesan kehadiran burung pemangsa di kawasan ber­kenaan.

“Burung-burung tersebut dikesan terbang menghampiri bangkai paus berkenaan yang ketika itu terdampar di dalam semak, jauh dari laut.

Sementara itu, ahli biologi dari Institut D’agua juga dike­rahkan ke kawasan yang sama untuk mengambil sampel bagi mengetahui punca kematian haiwan berkenaan.

Pakar hidupan marin, Renata Emin berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan punca kehadiran paus itu di kawasan tersebut.

“Kehadiran paus kelasa di kawasan perairan utara Brazil sekitar bulan Februari adalah satu situasi yang amat jarang berlaku,” katanya. – AGENSI

Selasa, 26 Februari 2019

UMAT ISLAM PUN ADA HINA NABI BUKAN ORANG BUKAN ISLAM SAHAJA KATA YADIM #viralhancing

Proses keadilan - terutama dalam Islam - perlu dijalankan secara teliti dan adil, bukannya semberono bagi memastikan sesuatu hukuman dikenakan dengan tepat.


Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zolkharnain Abidin berkata seseorang suspek tidak boleh ditangkap dan terus dijatuhkan hukuman.

Bagi sesetengah orang katanya lebih keras dan berat hukuman dikenakan ia lebih baik.

"Malaysia bukan negara Taliban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zolkharnain yang juga pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah mengulas kes individu tertentu yang disyaki menghina nabi dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Pagi tadi Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun menjelaskan suspek terbabit dibebaskan selepas tempoh reman yang dibenarkan mahkamah tamat.

Baca selanjutnya

https://www.malaysiakini.com/news/465748?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

MENGAPA AIMAN CALON PH TIDAK MUNCUL DI PUSAT PENGUNDIAN AWAL? PETANDA PUTUS ASA ATAU STRATEGI PH #viralhancing

HULU LANGAT - Tiga calon yang bertanding Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih berada di pusat pengundian awal di Kem Pasukan Gerakan Am, Batalion ke-4 Semenyih di sini pagi ini.


Calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi tiba di pusat pengundian kira-kira 8.50 pagi manakala calon Parti Sosialis Malaysia, Nik Aziz Afiq Abdul tiba kira-kira pukul 9.50 pagi.

Calon Bebas, Kuan Chee Heng pula tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Sekali lagi, calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali tidak muncul setakat pukul 10.30 pagi ini.

Ketiadaan Muhammad Aiman menimbulkan tanda tanya dalam kalangan media yang menunggunya sejak pusat pengundian awal dibuka pada pukul 8 pagi tadi.-UTUSAN ONLINE

Isnin, 25 Februari 2019

RAKYAT KENA FAHAM, SUKAR UNTUK MANSUH TOL KATA TUN M #viralhancing

KLANG - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat memahami tentang kos yang perlu ditanggung untuk kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya daripada syarikat konsesi.


Ini kerana, menurut beliau, proses pengambilalihan konsesi lebuh raya melibatkan wang rakyat yang dikutip melalui cukai.

sepanjang masa, itu juga kena dibelanja oleh kerajaan tidak lagi oleh syarikat konsesi.

"Ini juga bermakna sebahagian daripada cukai yang kita kutip mestilah digunakan untuk menyelenggara jalan, bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk lain-lain projek yang juga perlu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kilang Metrod Holdings Bhd. di sini hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan rakyat selepas kerajaan mengeluarkan kenyataan berhubung rundingan dengan Gamuda Bhd. untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti. - Bernama

SATU PERSATU TOL KERAJAAN PH AKAN AMBIL DENGAN JAYANYA KATA MENTERI

Pengambilalihan tol akan dibuat kerajaan secara berperingkat dan mengambil waktu, maklum Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.


Beliau mengulas pertikaian Timbalan Presiden yang menjalankan tugas presiden Umno Mohamad Hasan tentang kenapa kerajaan tidak turut mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya milik Plus Malaysia Berhad (Plus).

“Ye lah, satu persatulah. Kamu (wartawan) kata tadi beban kewangan besar.

“Kamu pun, jangan percaya Umno sangat. Bila kita ambil alih empat (syarikat konsesi) dia kata kita tak ada kemampuan. Kemudian nak suruh ambil satu lagi? Jadi? Mana satu ni?” katanya kepada pemberita semalam.

Gambar - MalaysiaGazette

Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu-isu Semasa di tapak padang permainan Pangsapuri Fasa 6 di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Tasek Kesuma malam tadi.

Kata Azmin, soal pengambilalihan tersebut bukannya baru seminggu dibincang, sebaliknya telah dibincangkan sejurus PH mengambil alih kerajaan daripada BN, termasuk hal-hal lain yang termaktub dalam manifesto pilihan raya PH.

“Kerana ini manifesto, jadi kita bincang dalam kabinet dan ini adalah proses yang mengambil masa.

“Apabila saya hendak mengambil alih syarikat air di Selangor (ketika menjadi menteri besar), itu pun mengambil masa hampir sepuluh tahun.

“Sebab kena fikir implikasi kewangan, soal perjanjian yang telah ditandatangani, sebab itulah ia memerlukan satu proses rundingan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad yang mempersoalkan motif di sebalik langkah kerajaan mengambil alih syarikat konsesi yang dimiliki oleh Gamuda Bhd (Gamuda).

Menurut Mohamad, adalah lebih wajar jika kerajaan mengambil alih Plus yang sahamnya dimiliki oleh Khazanah Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, berbanding Gamuda yang dimiliki pihak swasta.

Malah, Mohamad turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menyatakan jumlah yang digunakan bagi mengambil alih kepentingan tersebut.

Caj kesesakan lalu lintas

Mengulas hal itu, Azmin menjelaskan perkara itu tidak dapat dilakukan kerana perkara tersebut masih dalam perbincangan.

“Ini (masih) dalam rundingan. Bagaimana mungkin kamu dedahkan maklumat perbincangan sedangkan perbincangan itu belum habis?” Soalnya.

Semalam, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mempunyai pegangan syarikat terbabit.

Pengambilalihan tersebut adalah bagi menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada dan kerajaan akan memperkenalkan caj kesesakan (congestion charge).

Melalui perkiraan caj tersebut, pengguna lebuh raya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sekarang pada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Bayaran tol untuk waktu di antara 11 malam dan 5 pagi pula dihapuskan.

Lebuh raya yang terlibat dalam rancangan pengambilalihan itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

JANGAN GANGGU DIA JADI PM, BIAR DIA BUAT KERJA DIA KATA ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulangi sokongannya terhadap kepimpinan Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak akan mengganggu kerjanya sebagai perdana menteri.


Bercakap di ceramah di Taman Sri Jenaris malam tadi, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak akan campur tangan hal ehwal pentadbiran Mahathir dan beliau berharap tidak akan diganggu apabila tiba gilirannya nanti untuk beliau menjadi perdana menteri.


"Kita bagi full support (sokongan penuh), kita bagi sokongan, you buat. saya tak mau campur sebab saya tak mahu ganggu kerjanya,

"Masa giliran saya itu, saya buat, jangan ganggulah saya. Itu understanding (persefahaman) kita," jelasnya.

Ahad, 24 Februari 2019

RAKYAT USAH GUSAR LAGI UNTUK BAYAR TOL-ARTIKEL ROKETKINI APRIL 2018

Rakyat Malaysia tidak perlu gusar lagi untuk membayar tol sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum-ke14 (PRU14) ini.


Calon HARAPAN Parlimen P76 Teluk Intan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan baru HARAPAN akan memansuhkan semua tol termasuk Lebuhraya Persisiran Pantai Barat yang mempunyai Susur Keluar Teluk Intan sekiranya berjaya membentuk kerajaan baru.

“Usaha untuk menghapuskan semua tol adalah salah satu iltizam Pakatan Harapan sekiranya berjaya mentadbir Putrajaya.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan mendedahkan segala kontrak perjanjian lebuh raya yang disembunyikan UMNO BN selama ini dan mengkaji cara terbaik untuk menghapuskan tol demi meringankan beban rakyatm” katanya dalam satu ceramah megar baru-baru ini.

Nga berkata, pembinaan lebuh raya menghubungkan Teluk Intan dan Kuala Lumpur memang memberi manfaat kepada rakyat namun pelaksanaan kutipan tol telah menyebabkan beban kos hidup rakyat bertambah.

Beliau pada masa yang sama turut mencabar bakal calon BN Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyatakan pendiriannya mengenai pemansuhan kutipan tol.

“Sekiranya Mah bersetuju, adakah dia berani mendesak bos sebenarnya iaitu Najib Razak untuk menghapuskan tol atau terus membisu seperti biasa?” soalnya lagi.

Nga yang juga Pengerusi DAP Perak itu turut menyeru seluruh anak rantau di Teluk Intan supaya pulang mengundi pada 9 Mei ini untuk melakukan perubahan. – Roketkini.comhttps://www.roketkini.com/2018/04/19/tak-perlu-bayar-tol-kalau-harapan-menang/

ISU SALAH CAKAP-SAYA TIDAK TERKESAN DAN YAKIN MAMPU MENANG KATA CALON PH SEMENYIH

Calon Pakatan Harapan (PH), Muhamnad Aiman Zainali mengakui dirinya tidak terkesan dengan cercaan warganet berhubung isu tersalah cakapnya dalam ceramah kempen yang dijalankan di Pusat Daerah Mengundi Batu 26, Beranang, kelmarin.


Katanya yang juga Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, kejadian itu sebenarnya hanya menunjukkan dirinya yang begitu bersemangat untuk membantu rakyat.

Selain itu, katanya, beliau juga berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh.

“Itu menunjukkan semangat saya. Apabila menang, hari seterusnya saya akan turun, saya akan bantu rakyat. Saya akan selesaikan masalah-masalah yang ada di Semenyih ini. Itu maksudnya.

“Ini menunjukkan kesungguhan saya. Saya tidak terkesan dan itu adalah janji saya untuk bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sembang Mesra Bersama Penduduk Taman Pelangi Semenyih di sini hari ini.

Tetamu kenamaan pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir ialah Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar.

Muhammad Aiman ditanya mengenai kesilapannya yang mengeluarkan kenyataan bahawa hari ini menang, esok selesai semua masalah penduduk dalam ceramah kempen PH di Batu 26, Beranang,kelmarin.

Malah, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengakui kesilapan yang dilakukan calon itu dan ia masih boleh diperbetulkan.

Tambah Muhammad Aiman, beliau juga ada dinasihatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini.

Beliau dinasihatkan menggunakan perkataan yang sesuai, difahami dan tidak mudah disalah tafsir oleh orang lain. -UTUSAN ONLINE

VERSI PENUH VIDEO INTIM IRAS MENTERI KINI DIMUAT NAIK KE LAMAN WEB LUCAH #viralhancing

Klip itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan video dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini. Sebuah ...